Jumaat, 4 Julai 2014

Second child, 26 Weeks

Alhamdulillah......

Setelah sekian lama tak update...sedar tak sedar sekarang Hanum dah masuk usia kandungan 26 minggu. Macam-macam berlaku sejak update yang lepas. Kita mulakan dari mana ya?

26 weeks with Inarah


Kita mulakan dari review dengan pakar pada 20 minggu. Alhamdulillah semua okay waktu tu. Hanum juga pergi buat detail scan dengan pakar feto maternal di Sabah Care Specialist Clinic. Alhamdulillah, pakar tu kata takda nampak kecacatan. Legalah juga. Kali ini takda CD USG baby ni. Tapi takpelah. Susah juga nak simpan CD ni. Letak merata jadinya. Cukup dengan gambar-gambar jelah.

Pada usia kandungan 22 minggu, Hanum buat ujian MOGTT, iaitu ujian maternal oral glucose tolerance test. Ujian ini dilakukan untuk mengesan samada ibu hamil itu ada kencing manis kehamilan atau tidak. Kerana adik Hanum ada glucometer, Hanum pinjam dan bawa glucose tu di rumah (mentang2lah dokter). Lepas sembahyang subuh, cek darah. Alhamdulillah, nilai gula ialah 5.3. Masih normal. Bancuhlah 75g glucose tu dalam air (tak ingatlah pula sekarang berapa mil), dan minum dalam sekali teguk. Memang manis yang teramat sangat. Sebab tu kena minum sekali teguk. Takleh pelan2. 2 jam kemudian, cek darah lagi. Kali ni 7.9. alalah.....ni dah kira GDM, Gestational Diabetes Melitus. Kencing Manis Kehamilan. Sabar jelah.

Mulalah diet sikit. Diet kencing manis ni sebenarnya taklah susah sangat. Masih boleh makan nasi dalam 2 senduk. Tapi kena lebihkan sayur. Makanan dan minuman manis mesti dielakkan. Tapi kerana Hanum ni memang suka makanan manis, adalah juga makan. Cuma bila makan tu, taklah makan banyak. Kalau dulu satu bekas kecil kek coklat leh dihabiskan sekali makan, sekarang hanya makan satu sudu sahaja setiap kali makan. Jam makan pun kena teratur. Alhamdulillah, stakat ini, Blood Sugar Profile (BSP) Hanum masih terkawal.

Tak lama lepas dah tau ada kencing manis, Hanum dihantar berkursus di Klang. Tahan diri jelah bila tengok makanan manis di buffet yang tak seberapa tu. Berkursus kali ni, Hanum tak bawa Inarah. Kali pertama tinggalkan Inarah selama 2 malam. Hanum tinggalkan Inarah dengan bibik dan mak Hanum. Alhamdulillah, takda masalah sangat. Inarah okay je. Maknya yang tak berapa okay. Hehehehe...yang paling tak okay ialah bila flight balik. Rasa sakit pinggang duduk dalam flight selama 2 jam setengah tu. Rasa dah tak larat dah nak naik kapal terbang lama2 sepanjang mengandung ni.

Apapun sekarang dah masuk bulan puasa. Alhamdulillah okay berpuasa. Inarah hanya menyusu di malam hari. itu pun sekejap. Jadi tahanlah juga puasa. BSP masa puasa pun okay. Semoga okay jelah sepanjang masa puasa ni.


2 ulasan:

  1. Salam Dr Hanum,

    Memandangkan Dr pernah buat ivf sbyk 2 kali dan kedua-dua nya berjaya, sye ade beberapa soalan utk Dr. Sye br lepas buat ivf, ET pd 9/9/14 aritu. So far tiada bleeding langsung, tp perut cram n sakit pinggan tu biasa. Hari ni hari ke 14 slps ET. Sye check UPT, tp -ve. Last month period sye 27/8/14, so sye skrg ni pun tgh tggu kalo2 sye period utk bln ni. Sye x buat test HCG pun sbb next appointment sye dgn Dr sye next week 2/10/14.
    drpd post2 Dr sblm ni, Dr buat test UPT dlm masa 10 hari slps ET pun dh nampak 2 line, tp sye x nampak pun 2 line. Any komen Dr? Tq for ur comment.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Saya buat IVF dua kali iaitu OPU dua kali, ET tiga kali. OPU kali pertama, kesemua ET saya tidak berhasil. Pada OPU kedua, kali ketiga ET (dihitung dari OPU pertama), baru saya mengandung anak pertama saya. Pada ET yang keempat, baru saya mengandung anak kedua saya. Itu merupakan rezeki perjalanan IVF saya. Harus diingat kemungkinan penempelan atau setiap kali ET berhasil adalah sama pada setiap kali ET, iaitu dalam 25%-50%.

      Apabila belum lagi berjaya mengandung, perasaan kecewa dan sedih memang akan timbul. Tapi percayalah dengan kuasa tuhan. Yakin dengan tuhan yang DIA mengetahui apa yang terbaik dan masa yang terbaik buat kita. Jangan putus asa. Bangkit semula dan cuba lagi.

      Padam

Terima kasih untuk ulasan/komen/pertanyaan.
Saya akan cuba balas secepat yang mungkin. Kalau inginkan maklumblas yang lebih segera, boleh ke FB atau Google+ saya.

Thank you for comments/questions.
I will try to respond as soon as possible. If need a quicker response, you can try to reach me through FB or Google+