Selasa, 21 Oktober 2014

Semasa Bersalin Part 1

Okay...kita sambung cerita.

Jadi setelah buat keputusan untuk dibedah pada 25 Sept, Naim on-call dan saya kerja macam biasa. Isi borang permohonan cuti bersalin dan mohon mula cuti mulai pada 22 Sept. Tapi balik kerja hari Jumaat tu, 19hb, cakap lagi dengan suami yang rasa nak balik KK pada hari Sabtu. Suami tetap kata tak boleh. Sedih betul rasa...tapi apa nak buat...sabar jelah.

Malam tu tidur jelah dengan Inarah. Berdua je sebab Naim kerja dan tidur di hospital. Malam tu balik2 bangun rasa sakit perut nak berak. Tapi tak juga berak. Terfikir yang ni mungkin 'contractions', tapi kerana jarak sakitnya agak jauh juga dan masih ngantuk dan nak tidur...tidur jelah.

Esok pagi 20hb, walaupun suami kata balik hari Selasa, tapi bangun tu, Hanum mula kemas beg Hanum. Pilih baju, seluar dan barang-barang yang nak dibawa ke KK. Bila maid nampak kita kemas, dia tanya, balik hari ni ke. kata taklah, cuma nak kemas je. Tapi nak makan sarapan takde selera.

Masa kemas-kemas tu, mula terasa perut mengeras dan pinggang mulai sakit. Ni mula betul2 terasa jam 8 pagi. Mulalah tengok jam dan buat timing. Bila timing, dapati perut tu mengeras dalam setiap 10 minit. Ada yang macam 2 kali dalam 10 minit. Bila suami balik rumah sebelum sambung lagi kerja lagi, bagitau dia. Dia tanya betul ke. Kalau ya ke hospital..periksa lagi di sana. Jam 9.20 pagi, dapati ada darah sikit di seluar dalam. Wah dah ada show. Kasi tunjuk suami. Suami kata marilah, bersiap ke hospital. Periksa je dulu.

Jadi jam 10 pagi, pergilah ke dewan bersalin Hospital Pitas. Terkejut staff sana dan segan pula mereka nak periksa Hanum. Tapi Hanum cakap, jangan segan. Buat je kerja macam biasa. Sementara mereka buat CTG dan timing contraction, Naim pergi sambung kerja.

Bila buat CTG tu, nervous. Harap sangat baby okay. Awal-awal tu CTG 'sleeping pattern'. Alahai..tukar katil dan terpaksalah maknya pakai oksigen. Baru CTG tu cantik. Lepas timing, dapati contractions dah 2 in 10. Tinggal nak periksa bukaan rahim. Itu Naim sendiri yang buat. Tapi kerana serviks masih tinggi, sakitnya masa dia periksa. Dahlah baru habis contraction. Nangis dibuatnya. Serviks dah buka 1cm. Memandangkan Hanum tak pernah bersalin biasa, jadi dianggap seperti melahirkan anak pertama. 1 cm tu bukaan rahmlah. Jadi established labour.

Tak balik rumahlah terus. Tukar baju, pakai baju pink hospital. Kawan yang on call labor room telefon pakar dan rujuk kes Hanum sebab Hanum ada bekas parut bedah. Pakar pun kata hantarlah ke Likas. Aiii...mulut masin Naim jadi lagi. Kali ini tentang Hanum akan dihantar ke KK dengan ambulans. Ambulans akan gerak jam 1 tengahari. Pergilah makan soto daging dulu di kantin hospital. Naim pun suruh sesiapa yang ada di rumah juga untuk bersiap. Hanum minta ambilkan stokin dan telekung.

Sebelum jalan, solat zuhur dan Hanum terus jama' asar terus. Perjalanan ke KK akan ambil masa dalam 2 jam setengah ke 3 jam. Jadi khuatir tak sempat solat asar kalau dah sampai Likas. Bila Naim dan Inarah hantar telekung, peluk cium dulu anak tu. Ahh...dah rasa rindu dengan anak tu. Rasa excited nak jumpa baby baru...nthahlah....lebih berdebar nervous sebenarnya.

Apapun jam satu geraklah dengan ambulans. Kalau ikutkan nak duduk je, tapi tempat terhad, sebab letak barang-barang lagi. Jadi baring jelah di katil stretcher tu. Walaupun goyang-goyang dan ada juga sakit contraction, tapi alhamdulillah, dapat juga tidur semasa perjalanan tu. Jadi dapatlah cover sikit kurang tidur malam sebelumnya yang akibat balik-balik bangun sakit perut.

Akhirnya dalam jam 3 lebih nak dekat jam 4, sampailah ke Hospital Likas. Daftarlah diri sebagai pesakit Likas pula. Ada beberapa staff masih kenal Hanum. MO yang bertugas malam tu lelaki, Dia ada tanya nak MO perempuan tak untuk periksa, tapi cakap tak  kisahlah. Tak nak menyusahkan mereka sangat. Bukan tak tahu macam mana kerja mereka. Tapi HO, auto segan sikit dengan MO sebagai pesakit, tapi untuk mereka ambilkan darah dan pasang IV line, Hanum bagi je. Sepanjang dulu masa IVF proses, ada medical student pun Hanum tak kisah.

CTG di PAC tu pun mula-mula agak sleeping pattern. Nervous jadinya. Terpaksa kali ini pasang IV drip. Lepas ada IV drip, baru okay CTG lagi. Hanum dah terfikir akan LSCS lagilah kalau macam ni. Kerana sakit contraction, MO offer Nubain. Kerana serviks baru 2 cm, dan contraction baru 2 in 10, Hanum terima offer tu. Lepas dapat Nubain, tak lama kemudian masuk wad. Di wad, Hanum terus tidur, penanngan Nubain tu. Troli makanan lalu, Hanum dengar, tapi tak larat nak bangun. Lagipun tempat makan pun takde. Masuk Maghrib, baru rasa nak bangun. Sembahyang Maghrib dan jama' terus Isyak. Lepas tu baring lagi sambil tunggu Naim datang untuk bawakan barang-barang dan makanan.

Tak lama lepas tu, Naim sampai bawakan barang-barang dan makanan. Dia bawakan ayam dan spaghtetti carbonara Pizza Hut. Cubalah makan. Tapi mungkin kerana Nubain, mual jadinya nak makan carbonara tu. Dapat masuk sikit. Ayam dapat habiskan. Tapi, tak lama lepas tu muntah semua tu. Nasib baik Naim bawakan susu kotak dan cereal yang kotak-kotak kecil tu. Dapatlah makan dan yang ni tak keluar.

Naim lepak jap dan tak lama lepas tu dia balik dan Hanum tidur.

Gambar Setelah Admit Wad
Jangan lupa jaket sbb hospital ni sejuk

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih untuk ulasan/komen/pertanyaan.
Saya akan cuba balas secepat yang mungkin. Kalau inginkan maklumblas yang lebih segera, boleh ke FB atau Google+ saya.

Thank you for comments/questions.
I will try to respond as soon as possible. If need a quicker response, you can try to reach me through FB or Google+