Khamis, 15 Januari 2015

Selepas Bersalin, Day 1

Di post sebelum ni Hanum ada beritahu Ijlal kuat tidurkan? Selain dari kuat tidur waktu di hospital tu, Hanum juga menunggu2 untuk Ijlal ni kencing. Dia tu selalu berak, tapi langsung tak kencing. Waktu malam, dalam jam 8 atau 9, dokter kanak-kanak datang tengok Ijlal sebab dia dirujuk kerana merupakan baby of GDM mother dan tak kencing lagi. Dia bagitaulah kat Hanum, kalau lepas 24 jam dilahirkan tak kencing juga, Ijlal akan ditahan di wad. Dia ada bagitau juga yang mungkin kerana diapers yang terlalu efisien menyerap kencing, jadi itu yang nampak macam belum kencing lagi. Jadi bila Hanum ganti diapers Ijlal seterusnya, Hanum pakai bedung yang bentuk macam lampin dah dilipat sebagai diapers Ijlal. Pengganti lampin kain. Luar lampin tu, Hanum letak diapers.

Nurse juga tolong periksakan lampin tu. Berak je. Kencingnya tak. Nurse juga periksa, samada Hanum ada susu ke tak. (Obviously ada susu. Very rare new mom takde susu after delivery. Lagipun Hanum baru hentikan Inarah BF) Jam 2 pagi, nurse ambil anak Hanum (setelah berkali-kali mereka tolong periksakan kencing dan ganti lampin) sebab memang tak kencing lagi. Berak je. Nurse tu dah cuba rangsang untuk kencing dan akhirnya terpaksa juga bagi cup feeding 1 oz of formula milk. Takpelah, for the sake of Ijlal. Tapi masih juga tak kencing. Dan akhirnya dalam jam 4 pagi, nurse bagitau, yang Ijlal dah diadmit di NICU level 1. Istighfar jelah. Hanum pun tau itu procedure. Lagipun selalunya baby akan kencing juga. Doa je banyak2 yang Ijlal akan okay.

Hanum ke NICU level 1 dalam jam 6 atau 6.30 pagi. Tak tahan, ngantuk dan penat sangat sebelum tu. Lagipun Hanum tau Ijlal takkan nak susu lagi lepas baru je diberi susu. Di NICU, dia dah diberikan 1 oz lagi cup feeding. Takpelah. Apa nak buat. Hanum nak perah, rasanya memang takkan sampai 1 oz di hari 0 atau 1 lepas melahirkan. Darah dia dah diambil untuk periksa keadaan buah pinggang dan juga kuning dia.

Ijlal dah memang agak kuning. Baby of GDM mother memang mempunyai risiko untuk dapat severe jaundice. Jadi Hanum memang nak suruh mereka periksa serum bilirubin dia. Tapi waktu Hanum naik tu, memang belum keluar keputusan darah. Cuma Hanum berdoa yang Ijlal akan kencing dan kuningnya tak perlu ditahan. Bercakap dengan Ijal supaya dia kencing dan kuning okay. Dah rindukan Inarah. Nak balik jumpa kakak Ijlal.

Hanum berikan lagi dia breastfeeding dan biarkan je Ijlal tidur lepas tu. Hanum juga bawa barang-barang Ijlal ke NICU. Jumpa nurse yang bagi cup feeding. Dia beritahu Ijlal tak habiskan semua, dan macam tak suka formula. Hahaha...baguslah...tak suka formula. Maknya ni kena lebih breastfeeding. Tapi, mungkin lebih kerana kenyang sebab perut baby baru lahir ni kecil je. Tak sampai 1 oz. Diapers Ijlal, Hanum periksa, mereka letakkan gauze supaya nampak basah atau tidak kerana kencing. Tapi memang masih kering.

Tidur lepas feeding dan ambil darah

Ada juga tag nama jadinya untuk Ijal

Dalam jam 7 lebih ke jam 8, Hanum turun balik ke wad Hanum. Penat kalau di NICU lama-lama sebab duduk atau berdiri je. Coccyx yang sakit itu tak membenarkan Hanum duduk lama-lama. Baring pun kena mengiring. Hanum juga fikir, nanti kalau HO atau MO nak buat rounds, Hanum takde...susahlah pula mereka nanti.

Tapi lamalah pula mereka rounds. Yelah...Hanum ni pesakit stabil, jadi MO atau specialist memang akan tengok kemudian. Sementara tunggu mereka, anak Hanum dah dihantar ke Hanum dalam jam 11 lebih. Katanya dah kencing dalam jam 9 atau 10 pagi. Kuning pun tak tinggi sangat. Alhamdulillah. Sekarang tunggu maknya pula untuk discharge. Tak lama kemudian, MO buat rounds dan juga benarkan Hanum pulang. Yay.

Tengahari dah boleh balik, tapi mak Hanum hanya boleh ambil petang. Alhamdulillah, nurses kata takpe. Hanum juga hubungi nurse fertiliti, tanya boleh jumpa di wad tak untuk ambil gambar. Bila dah nak habis office hours tu dan mereka dah habis kerja, mereka jumpa Hanum di wad. Masa tu mak Hanum pun dah datang. Memang dah siap2 untuk balik.

Ijlal dah keluar wad

Gilir2 ambil gambar dengan unit fertiliti




Lepas bergambar tu Hanum dan Ijlal pun pulang ke rumah. Lepas ni mulalah pantang di rumah.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih untuk ulasan/komen/pertanyaan.
Saya akan cuba balas secepat yang mungkin. Kalau inginkan maklumblas yang lebih segera, boleh ke FB atau Google+ saya.

Thank you for comments/questions.
I will try to respond as soon as possible. If need a quicker response, you can try to reach me through FB or Google+