Isnin, 24 Disember 2012

Inarah Menyusu Lagi

Wah....lama dah tak menulis. Sebenarnya lama nak post tapi susah betul nak gerak untuk menaip. Lebih suka nak main game, tengok TV dan main dengan Inarah. Tapi hari ni, sedang hujan di klinik dan tiada pelanggan, Hanum menaiplah.

Hanum nak cerita tentang breast pump lagi. Hanumkan pakai Medela Swing sebelum ni. Bagus memang bagus, tapi bila dah mula kerja adalah kekurangannya. Kekurangannya ialah Swing hanya boleh pump sebelah saja pada satu masa. Memang ada cara untuk guna Swing pump dua2 belah, tapi takut cepat rosaklah pula kalau buat macam tu. Kenapa Hanum nak pump dua belah satu masa? Sebab nak cepat. Bila dah kerja, nak ambil break setengah jam atau 40 minit untuk pump, rasa stress bila tengok banyak lagi patient tengah tunggu giliran untuk diperiksa. Jadi Hanum nak double pump supaya ambil break 15-20 minit sahaja.

Setelah pujuk2 dan fikir2, double breast pump yang dibeli ialah Autumnz - ULTIMATE Double Electric Breastpump. Puas juga mencari review tentang product ni, tapi tak banyak yang ada. Jadi Hanum akan bagi review Hanum.
Autumnz - ULTIMATE Double Electric Breastpump *BPA Free*
Nilah gambar pump yang Hanum beli. Produk ni buatan Malaysia. Tak mahal sangat. Hanya RM499. Motornya pun tak berat, hanya dalam setengah kilo dan saiz pun tak besar sangat. Muat je dengan cool box dalam beg Medela Citystyle Hanum. Bunyi dan suction dia agak kuat bila banding dengan Swing. Kerana suction dia kuat, agak sakit sikit juga bila pump, tapi Hanum pakai yang paling rendah je. Okaylah bila pump dan cepatlah sikit. Bahan2 yang digunakan pun berkualiti bagus. BPA free dan spare part pun senang nak cari secara online.

Namun Hanum tetap sukakan Medela lebih dari Autumnz. Reasons are.......Medela parts tak banyak. Autumnz terlalu banyak parts yang kecil2. Ini bikin susah nak assemble. Kedua yang Hanum tak suka ialah corongnya besar dan mesti dipasang ke botol sebelum pam. Kerana Hanum pakai breast pump bra, Hanum dapati agak susah sikit nak pasang breast pump kalau dah sambung dengan botol. Kalau pakai Medela, boleh pasang bra dulu, kemudian pasang corong. Bila rasa leceh nak pasang....jadilah stress dan dapat pump sikit je.

Jadi, untuk memudahkan Hanum, Hanum beli spare parts Medela. Beli corong size S, connector, head valve, valve dan tube baru. Guna barang2 Medela dan sambung ke tube Autmunz. Dapat juga pump guna motor unit Autmunz tapi barang2 Medela untuk yang lainnya. Sekarang ni pun Hanum tinggalkan motor, pumping bra dan tube2 di klinik. Bawa balik dan datang kerja benda2 yang perlu dicuci dan satu Medela tube je. Di rumah pump pakai Swing. Rasa mudah je sekarang bila pump di tempat kerja.

Mesti ada yang nak tahu berapa banyak Hanum dapat pump. Sebenarnya Hanum hanya dapat dalam 3-6 oz je setiap kali pump. Tapi ini mencukupi untuk Hanum sebab masih ada yang frozen dan Hanum ada balik lunch. Lepas tu Inarah tak menyusu banyak masa Hanum kerja. Mungkin kalau Inarah lebih banyak nyusu, Hanum kena lebih rajin pump supaya lebih banyak susu. So, lain baby and mother, lainlah keperluannya. Wishing all the best kepada yang nak BF. It is truly a wonderful experience.