Selasa, 24 November 2015

Tropika, My Choice

Hello...Hello

Maaflah sesangat lama tak post...tapi yalah...blog ini bermula kerana IVF...bila takde nak cerita pasal IVF...jadi blank nak menulis di blog ini.

Tapi Hanum tetap ucapkan terima kasih kepada yang masih baca blog ini bila ada update. Kepada yang PM Hanum untuk bertanya, Hanum amat hargai.

Perkembangan baru Hanum ialah sekarang Hanum ditugaskan sebagai Pegawai Kesihatan Daerah. Jadi skop kerja telah berubah sikit. Insyaallah kalau ada rezeki, tahun depan akan mohon untuk sambung belajar. Tahun ni, husband yang mohon.

Okay...berkaitan tajuk blog kali ni. Tropika. Tropika ialah jenama virgin coconut oil yang Hanum gunakan untuk anak2 Hanum.

Kali pertama Hanum kenal dan guna produk ini apabila diberikan secara percuma semasa membeli breastpump. Hanum dapat Tropika Baby Herbal Crream dan Tropika Gift Set.

Setelah pakai produk-produk tersebut pada Inarah, Hanum dapati eczema Inarah berkurang. Pada malam-malam tertentu, Hanum dapati batuk malam anak-anak berkurangan bila disapu Baby Herbal Cream.






Sejak itu, Hanum jadi pelanggan setia Tropika. Mulai dua bulan kebelakangan ini, suami pula bersetuju untuk jadi agen kecil-kecilan untuk produk-produk tersebut.

Alhamdulillah, ada yang membeli dari Hanum. Memang tak banyak lagi jualan. Tapi cukup seronok bila ada yang membeli. Hehehehe.

Anyway, boleh cek di website ini untuk produk-produk mereka. Kalau nak order atau bertanya sila ya.

http://tropikabeauty.com/

Rabu, 26 Ogos 2015

Ogos 2015

Macam-macam dah berlaku...tapi yelah hal kerja dan budak2 je. Takde yang baru sangat. Kalau ada yang follow...masa Mei lepas Hanum ada ikut kursus reproduktif Likas. Jadi sana Hanum dapat tahu kriteria untuk mendapatkan rawatan IVF dan IUI di sana.

Dengan izin mereka Hanum publishkan kriteria tersebut di blog Hanum. Jadi sila baca dan kongsi saja maklumat tersebut dengan dokter anda ya. Kalau dokter anda dapati anda tak memenuhi kriteria mereka, minta bantuan mereka supaya anda memenuhi kriteria (seperti turunkan berat badan dulu, berhenti merokok dan lain-lain) atau rujukan ke dokter swasta seperti Dr Cheong di Sabah Care.

Please be free to ask.

Isnin, 22 Jun 2015

Salam Ramadhan

Lama dah tak post..Alhamdulillah berjumpa lagi dengan bulan Ramadhan. Tahun lepas sedang hamilkam Ijlal. Sekarang menyusukan Ijla.

Ijla dah 9 bulan dan Alhamdulillah, Hanum masih boleh breastfeed. Ramadhan ni pun masih ada tenaga untuk memerah dan menyusukan Ijlal. Tapi memang tak dinafikan ia mencabar.

Hanum hanya pastikan kurma dan air yang banyak diambil masa buka dan sahur. Jam perah pun takleh ubah sangat. Konsisten is the key.

Kepada yang sedang berusaha IVF, sedang hamil atau menyusu...kuatkan semangat. Insyaallah Ramadhan ini kita akan cemerlang.

Mohon maaf juga sekiranya ada salah dan silap sepanjang Hanum menulis blog ini.

Rabu, 11 Mac 2015

Freemie As A Suggestion

Okay...so post2 Hanum sebelum tetang Hanum pam sambil kerja atau buat apa2 adalah dengan bantuan handsfree pumping bra dan nursing cover.

Tapi baru2 ini Hanum terjumpa produk yang cukup menarik iaitu Freemie colloection cups. Boleh dipakai dengan macam2 jenis pam.

Boleh tengok di website dia. Freemie ni kelihatan amat mudah untuk dipakai. Junior Hanum pun sarankan untuk pakai, sebab sangat mudah untuk bila2 masa.



Tapi Hanum ni hanya beri saranan. Hanum rasa sayang nak beli sebab Ijlal dah nak 6 bulan dan untuk tambah anak, lum tentu lagi. Pam guna handsfree bra dan nursing cover pun masih memadai untuk Hanum.

Tapi Hanum hanya nak kongsi produk yang Hanum rasa amat membantu untuk wanita bekerjaya dan ingin memberi susu ekslusif untuk anaknya.

Jumaat, 6 Mac 2015

Pumping Masa Kerja

Ini kiranya sambungan post yang sebelum ini. Ada yang bertanya di page FB Hanum. Jadi Hanum bawa ke sini.

Pertama tanya beli handfree bra di mana. Kalau di KK ni, leh cari di Happy Mums dan Baby Wonderland. Kalau online, Google je Simple Wishes handsfree pumping bra. Hanum pernah belanja di littlewhiz.com.

Kedua, masa kerja tu...part botol dan pam tu Hanum buat macam mana.

Lepas Hanum pam, Hanum simpan je botol dan part2 pam tu ke dalam plastic storage, dan masukkan je dalam cooler bag Hanum. Bila nak perah, perah je terus. Hanum tak bilas atau cuci. Kenapa?




Sebab susu perahan yang tertinggal di botol dan pam itu seperti susu perahan yang kita dah simpan dalam plastik breastmilk. Ia akan dijaga oleh suhu sejuk dalam cooler bag tu.

Sebab tu jugalah Hanum pakai cooler bag yang agak besar dan ice pack yang agak banyak. Supaya semua botol dan part2 tu sejuk. Kalau ofis ada peti sejuk, masukkan jelah dalam peti sejuk. Susu perahan dalam peti sejuk biasakan leh tahan 3-5 hari.

Cuma bila tak cuci ni, Hanum akan anggap semua susu tu diperah pada waktu yang sama, walaupun sebenarnya tak. Susu perahan tu Hanum akan label dengan masa susu perahan pertama pada hari itu. Jadi semua susu perahan semasa kerja tu Hanum akan label dengan masa yang sama. Faham tak? Tengok gambar mesti fahamnyalah.



Lupa nak add dulu, berapa lama session pumping Hanum. Hanum ni selalunya perah dalam 15-30 minit. Ikut keadaan masa. Puratanya dalam 20 minitlah setiap session. Hasil..seperti yg diketahui..berubah2 ikut hari. Jadi jangan stress tengok jumlah. Yang penting perah je.

Hope this helps.

Dermanic+ Transcap and Transinject From My View

Kawan hari tu tanya tentang suplemen ni. Maaflah...Hanum pun baru dengar tentang suplemen ni.



Hanum pun carilah di website2 tentang suplemen ni. Rupanya isi dia adalah tranexamic acid 250mg.
Aiii....ikut Malaysia ni...ubat ni masih kategori B. Iaitu mesti dipreskribsikan oleh dokter. Tak boleh dijual secara over the counter.

MAKSUDNYA tak boleh dijual orang awam atau beutician. Kat botol tu pun jelas2 tulis ****for professional use only***. Golongan professional ni siapa? Dokter jelah. Maaf ya...tapi beautician bukan golongan professioanl walaupun dia belajar untuk jadi beautician. Untuk pengetahuan semua juga, di Malaysia, semua ubat-ubatan atau suplemen yang dijarum hanya boleh diberikan oleh tenaga kesihatan yang bertauliah iaitu dokter atau nurse. Kengkawan dokter yang ambil aesthetic, tolong betulkan saya kalau saya salah.

Hanum tak nak cakap panjang tentang ni, sebab di botol tu sendiri tulis  ****for professional use only***. Nak benda ni jumpa dokter yang buka klinik kecantikan. Jangan minta di klinik kerajaan ya kecuali jumpa dokter kulit kerajaan.. Jangan beli dari online2 tu. Salah tu.

Maaflah ya kepada penjual online, apapun alasan korang dengan kata kerajaan Malaysia ni ketinggalan dari segi produk kecantikan, tapi produk korang jual tu sendiri tulis  ****for professional use only***. Kalau pun di negara luar, itu tetap bermaksud hanya orang yang certified yang ada lesen professional je yang boleh jual.

Wallahualam.

Khamis, 5 Mac 2015

Pumping and Storing EBM For Ijlal

Kali ini Hanum akan cerita macam mana Hanum pump dan simpan EBM.

Pertama Hanum akan beritahu barang-barang wajib yang perlu ada untuk pumping terutama masa kerja serta review ringkas tentangnya. Ada apa2 nak tanya..tanya ya.

1. Breastpump
    Nak pakai tangan kaedah marmet pun boleh, tapi Hanum pernah terpaksa marmet dua hari....Hanum tak berapa sangguplah. Sebab ambil masa dan lenguh bahu bila marmet

    Jadi untuk Ijlal ni, Hanum pakai Medela Freestyle (FS). Memang berbeza dengan Autmunz dan Swing Hanum yang dulu. Freestyle lebih ringan, kecil, timer dan battery yang sedia ada membuatkan FS ini jauh lebih mudah untuk dipakai semasa kerja atau berjalan. Battery dia pun tahan agak lama. Rasanya setiap 2-3 hari kerja je Hanum perlu caj.

My FS

   Hanum beli FS di website tropikababies.blogspot.com. Hanum beli basic set sahaja, sebab yang lain-lain Hanum dah ada. Hanum beli ni pun masa Ijlal dah berumur 2 bulan lebih. Sebelum itu Hanum pakai Swing dan Autmunz Hanum.

2. Handsfree pumping bra



    Hanum pakai jenama Simple Wishes. A bit expensive tapi ia sungguh mudah untuk dipakai semasa pumping bila2 masa (actually, I am typing this while pumping. I had also pump while driving and while seeing and scan patients). Hanum ada tengok jenama lain yang lebih murah, tapi ia amatlah leceh untuk dipasang. Sekarang Hanum ada dua. Masa Inarah dulu, Hanum ada satu je.

3. Belt bag

Beli di Daiso je.

    Ya..Medela ada belt clip, tapi agak susah sikit nak selit klip tu di baju kurung masa kerja. Kerana FS ni kecil, jadi masukkan jelah dalam belt bag dan klip di pinggang. Belt bag ini juga berfungsi untuk simpan pump, tubing dan chargernya. Semua tu masukkan je terus dalam beg kerja atau beg masa jalan. Kalau malas nak pakai belt bag ni, Hanum selitkan je dalam poket White Coat Hanum masa kerja. Tapi kalau di rumah, masa nak pam sambil buat breakfast ke atau apa2, lebih mudah pakai beg belt ni. I couldn't have done this with Autmunz or Swing.

4.  Breastmilk storage bags and pen marker


Bila dah perah ni...mesti ada tempat untuk simpankan. Hanum memang suka pakai breast milk storage bagslah. Senang nak pakai. Nanti kita akan cerita macam mana Hanum pakai. Hanum pakai jenama Autmunz sebab tu yang Hanum leh dapat pada harga yang agak murah di kedai Baby Wonderland di KK. Dalam sebulan Hanum akan menggunakan 6 ke 8 kotak.

Pen tu tentulah utk label tarikh. Yang penting permanent marker.

5.  Nursing cover


   Kerana nak perah sambil kerja atau drive...nursing cover apron style wajib. Kekadang bila pam di rumah pun Hanum pakai sebab segan dengan pengasuh budak2 tu walaupun dia tu perempuan. Sekarang Hanum ada dua nursing cover. Masa Inarah dulu ada satu je.

6. Cooler beg dan ice pack


Hanum pakai cooler bag Nestle..mak mentua Hanum berikan. Okay gak beg tu. Tapi kena pakai dua ice pack baru cukup sejuk sampai petang.

Jadi, seperti yang diceritakan sebelum ini Hanum perah dalam 4 kali sehari bila kerja ni. Pertama bila bangun atau sampai2 je ke tempat kerja. Kedua bila dalam jam 9 ke 11. Ketiga dalam jam 12 lebih sebelum balik rumah tengah hari dan last dalam jam 4 petang. Waktu malam dalam jam 9 atau 10 kalau rasa perlu.

So itu bahan2 yang diperlukan. Sekarang macam mana nak store milk.

1. Bila dah siap perah, pastikan berapa oz atau ml yang ada.

Kalau sebelah lebih banyak, Hanum akan sama ratakan
Biasanya Hanum ni akan dapat dalam 2 oz ke 8 oz. Kekadang 110ml.

2. Sediakan breastmilk storage bag


    Jumlah susu yang ada Hanum bahagikan kepada beberapa plastik kalau perah dapat banyak. Kalau sikit, satu plastik je. Selalunya Hanum akan simpan 2oz-110ml setiap beg.

   Hanum akan labelkan tarikh dan masa perah. Bawahnya tarikh expired 6 bulan kemudian, sebab Hanum simpan susu dalam deep freezer. Terakhir Hanum akan tulis jumlah susu yang disimpan.

3. Simpankan susu dan pastikan hampir semua udara dikeluarkan.

Udara yang sikit akan mengurangkan freezer burn pada susu dan juga sudut susu yang agak tajam.

4.  Bekukan susu secara rata. Ini akan membuatkan beg nipis dan mudah disusun. Kalau simpan sikit2, akan lebih nipis dan rata. Sebab tu Hanum tak simpan banyak2. Cukup2 untuk sekali feeding je. Ijlal tak minum banyak setiap kali feeding. Jadi paling banyak memang simpan 110ml. Lagipun bila simpan nipis, susu nak defrost dan memanas pun cepat.


Pertama memang Hanum bekukan di freezer peti sejuk biasa. Susun je dengan benda2 lain dalam freezer.

5. Bila dah beku...pindahkan dan susun ke dalam plastic storage freezer yang besar. Nak beli plastik storage besar yang murah...beli di Daiso. Jenama dalam gambar ni, harganya dalam RM11 sekotak, dan ada dalam 15 ke 16 plastik je.  


Satu beg plastik ini bila dah penuh, cukup untuk Ijlal dalam 3-4 hari kerja. Kekadang seminggu pun boleh.

6. Hanum tandakan plastik storage besar itu dengan paper clip yang dilabel.


 Satu bermaksud plastik dengan stok susu yang paling awal. Dua dan seterusnya untuk stok susu yang seterusnya. Hanum tak label plastik storage besar tu dengan tarikh, sebab plastik tu boleh dipakai balik atau dipakai untuk simpan makanan lain.

Lagipun bila plastik satu dah habis...Hanum hanya perlu pindahkan klip2 itu ke plastik yang seterusnya. Hanum ada lima klip...bermaksud Hanum ada lima beg plastik berisi stok susu. Plastik keenam Hanum tak klip, sebab ianya setiap hari akan dibuka untuk simpan stok baru. Bila yang keenam dah penuh, selalunya yang pertama pun dah habis. Jadi klip pun berpindah plastik.

Faham tak bahagian ni? Tak faham leh tanya.

7. Susun plastik ikut turutan.


Jadi Hanum susun stok ikut turutanlah. Yang menegak tu adalah plastik satu dan enam. Ia untuk memudahkan nak ambil dan simpan stok. Plastik 2 hingga 5 Hanum susun secara rata, bertindih antara satu sama lain dengan 2 paling atas dan lima paling bawah. Seminggu sekali bila beg satu dah habis, Hanum susunlah balik supaya letak beg lima di bawah. Tapi okaylah. tak juga susah sangat.

Semua stok dalam gambar ini terkumpul dalam 2 bulan lebih sikit. Hanum ada dua plastik di rumah di KK, yang Hanum kumpul semasa pantang dan bila berada di KK.

Hanum ada deep freezer ni sebenarnya bukan khas untuk susu, tapi beli kerana peti sejuk bahagian freezer Hanum kecil...tak muat nak simpan ayam, ikan, udang kalau balik belanja dari tamu. Serai, lengkuas, halia, kunyit, cekur, rempah-ratus dan daun2 untuk masak pun Hanum simpan dalam freezer. Deep freezer Hanum ni pun saiz kecil dan sepertiga (nampak macam separuh, tapi bawah plastik tu ada bahagian freezer yang tinggi) yang dipenuhi dengan stok susu dan ice pack.

Jadi, inilah cara Hanum simpan susu EBM Hanum. Sekadar berkongsi pengalaman. Thank you for reading.

Jumaat, 27 Februari 2015

Breastfeeding and Bottle feeding Ijlal dan Inarah

Alhamdulillah...untuk breastfeeding Ijlal, Hanum takde masalah sangat. Nipple sore dan bengkak di ketiak pun takde. Okay je sepanjang pantang sampailah sekarang. Yang penting breastfeeding ni ialah, POSITION, ATTACHMENT, LATCHING yang betul. Lepas tu jangan putus semangat dan jangan stress sangat. Insyaallah boleh. Doa banyak-banyak dan niatkan breastfeeding kerana Allah.

So yang penting untuk diceritakan ialah pumping and storing breast milk kerana Hanum ialah working mom yang nak berikan exclusive breast milk feeding untuk anaknya.

Pertama Hanum nak beritahu ialah bila Hanum mula memerah dan berapa kali sehari memerah. Hanum mula memerah semasa hari ketiga atau keempat lepas bersalin lagi.

Waktu tu colostrum dan susu mula nak membanyak, tapi baby masih minum sikit sehingga kalau tidak diperah, payudara akan bengkak dan sakit. Ini juga salah satu sebab kenapa kali ini Hanum takde bengkak ketiak semsa dalam pantang. Jangan risau kalau lepas perah, (payudara rasa kosong dan perah pun memang dah tak banyak susu yang menitik), baby nak minum. Bagi je baby minum. Susu tetap akan mengalir bila bayi yang hisap lepas kita memerah. Hisapan bayi berbeza dengan mesin perah.

Semasa dalam pantang dan cuti bersalin itu, Hanum memerah dalam 2-3 kali sehari. Biasanya sekali waktu pagi lepas bangun tidur dan sekali waktu malam sebelum tidur. Kalau payudara rasa penuh atau mula menitik dan Ijlal tak nak minum atau tidur waktu tu, Hanum akan perah je.

Untuk Ijlal, semua susu perahan Hanum terus bekukan. Hanum tak pernah berikan susu perahan segar kepada Ijlal. Semua yang defrosted. Ini untuk mencegah dia dari memilih susu seperti kakaknya, Inarah.

Hanum juga mulakan ajar Ijlal terima susu perahan dari botol apabila dia berusia 4 minggu. Hanum bagi sekali atau dua kali sehari. Ini juga untuk mencegah dia dari menolak botol atau susu perahan. Ini Hanum lakukan berdasarkan pengalaman dengan Inarah dan juga dari panduan http://www.breastandbottlefeeding.com/. Mulai itu juga, Hanum pun dah dapat gerak sendiri untuk buat apa2 urusan.

Puting susu yang Hanum gunakan tetap Fiffy dan NUK orthodontic latex. Takde cuba yang lain. Hanum beli je yang untuk newborn dan Inarah juga pakai puting yang sama. Alhamdulillah takde masalah mereka berkongsi botol dan puting. Lagipun harganya taklah mahal sangat.

Gaya dua beradik ni

Sayangnya, Inarah memang tak nak susu perahan. Dia dah kenal sangat susu Dutch Lady dia. Tapi takpelah. Bila Hanum cek blog Hanum, Hanum takde pula cerita macam mana Inarah breastfeeding lagi. Hanum dan keluarga gelarkan beri susu badan ni, "mimi".

Inarah masih mimi sampai umur dia 2 tahun 2 minggu. Maksudnya Hanum okay je beri mimi Inarah sepenjang mengandung. Memang agak penat, tapi okaylah. Hanum mula kenalkan Inarah dengan susu formula bila umur dia setahun lebih. Sekarang dia minum susu tepung dan susu kotak full cream milk Dutch Lady. Yang tepung dibancuh waktu siang dan sebelum tidur. Kalau berjalan dan waktu malam Inarah nak susu, kami bagi susu kotak kecil Dutch Lady tu. Senang sikit, sebab tak perlu bancuh2.

Bila nak hentikan Inarah susu badan tu, waktu tu Inarah hanya menyusu di malam hari je sebelum tidur atau kalau terbangun tidur. Bila nak hentikan tu, Hanum hanya tahan diri tak beri dia dan pujuk je dia untuk minum susu dari botol sambil peluk dia. Kesian juga kat dia waktu tu dan memang rasa sedih sangat bila tak beri bila dia berkali2 sebut "mimi" sambil tarik baju Hanum...tapi memang kena kuatkan semangat untuk tak bagi supaya dia berhenti. Waktu tu pun Hanum dah mula rasa sakit breast sebab susu dah kurang dan juga mengandung. Alhamdulillah selepas seminggu Hanum tahan diri, Inarah dah tak minta mimi sampailah adik dia lahir. Dia pun macam dah tak ingat sangat tentang mimi.

Beberapa minggu pertama lepas Ijlal lahir dan Inarah nampak Ijlal mimi, dia senyum je. Kalau Hanum tengah baring dan baru lepas mimikan Ijlal, dia akan datang dan main2 mimi sambil senyum. Tapi dia dah tak hisap betul2. Cuma nak ikut adiknya. Tapi itu sekali-sekala je.

Okay...tu jelah dulu part breastfeeding dan bottle feeding anak2 Hanum. Lepas ni Hanum akan kongsi cara Hanum pump dan simpan EBM. Thanks for reading.


Jumaat, 13 Februari 2015

Selepas Bersalin, Minggu Kedua dan Ketiga

Alhamdulillah minggu kedua bersalinkan Ijlal ni Hanum sihat. Takde masalah sangat. Minggu kedua ni adalah bersamaan dengan Parent Expo di 1Borneo dan raya haji.

Hanum ni memang agak degil...Parent expo tu memang Hanum teringin sangat nak pergi. Jadi, walaupun dalam pantang, Hanum bawa Ijlal. Naim, Inarah dan ayah mertua ikut sekali. Naimlah yang drive. Hanum beli nursing pillow, Medela collecting shells, diapers dan satu ring sling carrier. Perlahan2 jalan dan lepas siap shopping terus balik. Kalau nak suruh husband yang beli semua tu, belum tentu akan dapat apa yang kita nak. Tapi jalan tu, Hanum pakai bengkung dan stokin.

Minggu kedua dan tiga pantang ni, adalah minggu raya haji. Husband bawa family dia datang Sabah. Berkeras juga dia nak bawa family dia jalan ke Kundasang dan Ranau. Memandangkan family Hanum pun balik kampung, Hanum dan Ijlal pun dibawa ke Kundasang. Tak jalan sangat. Banyak tinggal di rumah home stay je. Itupun satu malam je nginap. Masa yang lain dalam kereta. Tapi nak dalam kereta lama sangat pun tak boleh, sebab sakit coccyx kalau duduk lama. Jadi beberapa tempat Hanum turun kereta juga.

Dalam kereta sementara yang lain pergi Rumah Terbalik

Makan tengahari di Mesilau Nature Resort

Di Desa Farm sebelum Check In di Home Stay

On the way to Home Stay

Pagi2 Sebelum Breakfast

Ijlal di Home Stay sementara yang lain jalan ke Poring dan Tagal Sungai Moroli
Sewaktu Hanum ditinggalkan di home stay, Hanum berurut dengan tukang urut kampung tu. Okaylah juga, nak legakan belakang. Tak lama berurutnya, sekejap je. Beberapa tempat tak nak urut kalau masih dalam pantang, tapi yang ni sudi urut masa dalam pantang. Okaylah juga. Dan petangnya kami balik KK.

Minggu depan lepas jalan tu, Hanum balik Pitas. Sekali-sekali je turun rumah. Pergi makan dan ikut pertandingan anak comel Hari Keluarga Pitas dan bawa Inarah keluar rumah untuk spend time masa berdua je.
Lunch Hari Keluarga Hospital Pitas

Ijlal pun lunch

Inarah Main je
Bukan apa kena bawa Inarah keluar rumah berdua. Minggu pertama di Pitas tu, Inarah mengamuk beberapa malam. Lambat nak tidur dan kalau tidur, mengigau. Ada yang dia bangun2, terus nangis, jerit 'tak nak', ulang2. Nampak adik dia, dia terus tolak2 kepala adik dia..

Jadi kami andaikan bahawa dia cemburu. Jadi untuk kurangkan cemburu tu Hanum layan Inarah betul2 waktu siang. Dan Alhamdulillah..kuranglah amukannya di malam hari itu.

Waktu di Pitas ni juga baru Hanum mula makan jamu. Beli jamu Binari dan minuman dalam pantang Atika Beauty. Cuma yelah..kena hati2 ya minum jamu2 ni. Pastikan lulus dari KKM. Tapi jamu Binari memang tak habis makan. Minuman tu Hanum habiskan dan sekarang minum ASI pula. Sedaplah gak airnya. Tapi nak kata berkesan sangat utk Hanum taklah. Tapi tak jugalah membawa apa2 keburukan. Just as a supplement.

Okay, Jadi ni jelah cerita masa pantang. Lepas ni Hanum akan cerita pasal breastfeeding and pumping for Ijlal.

Ahad, 1 Februari 2015

Selepas bersalin, bercukur rambut



Sebenarnya ini masuk minggu pertama selepas bersalin, tapi Hanum rasa panjang sangat pula post yang tu nanti kalau bab ini juga dimasukkan.

So mengikut sunah nabi, antaranya adalah sunnah rambut anak dicukur pada hari ketujuh. Kenduri aqiqahnya, kalau dapat buat, baguslah...kalau tak pun takpe. Banyak2 amalan sunnah lepas kelahiran ni, mencukur rambut ini antara yang paling mudah untuk dilakukuan sendiri.

Waktu tu, suami pun dah ada. Semasa Inarah dulu, kami bawa ke kedai. Tapi untuk Ijlal ni, suami kata kita cukur sendiri. Memula tu Hanum nervous juga, tapi suami ingatkan yang bayi2 di kecemasan atau wad kanak-kanak selalu je dicukur rambut. Tenang sikit lepas tu.

Sebelum bercukur, kami sekeluarga bergambar dulu. Ini gambar pertama sekeluarga.
Gambar pertama abah dengan 2 anaknya

Gambar pertama abah dengan Ijlal

Gambar pertama berdua 

Gambar pertama bertiga
Lepas bergambar tu, mulalah kami cukur rambut Ijlal. Kami guna pencukur rambut pakai buang je. Cukuran pertama dimulakan dengan bismillah dan selawat. Lembut-lembut je cukur. Jangan tekan sangat cukur tu supaya tak tertarik juga kulit. Cukur pun ikut arah rambut. Jangan lawan arah rambut. Kami cukur bersama, tapi takde gambar Hanum cukur sebab Hanum je yang sudi jadi camerawoman. Rambut yang dah dicukur, Hanum kumpul guna 'kitchen paper' dan kemudian masukkan dalam plastik with seal. Nanti pergi kedai yang ada penimbang digital, leh timbang untuk dapatkan berat rambut. Bawa juga plastik kosong yang sama untuk timbang berat plastik.

Ijlal dibedung dan disusukan sampai tidur sebelum dicukur
Kakak Inarah join tengok


Posisikan Ijlal untuk cukur rambut belakang

Rambut yang dah siap dikumpul

 
Ijlal yang dah dicukur. Sikit-sikit je yang tingggal

Kebetulan, tali pusat juga tertanggal waktu tu

1st Family Pic
Tambahan..lepas dah agak berbulan lepas cukur tu, Suami timbang rambut tu di Milimewa. Dapat 4g. Hanum pula timbang plastik kosong di Milimewa yang sama pada hari lain. Berat plastik 2g. Jadi kiranya berat rambut tu lebih kurang 2g, tapi kami anggap je lebih sikit. Duitnya kami sedekahkan kepada mangsa banjir Pantai Timur.

Kalau nak tanya apa2 tentang ni, sila tanya ya.



Selepas bersalin, minggu pertama

Lama juga cerita ya. Anyway lepas balik hospital, Inarah alhamdulillah okay je. Memandangkan suami lum lagi balik dari Pitas, malam tu kami bertiga je buat kali pertama. Hanum tidur di tengah2. Inarah hanya sebab sebut baby sambil tunjuk kat adik dia bila dia nampak adiknya. Takdelah juga dia memukul atau nak menolak adiknya. Tapi, tak juga dia nak memanjang cium je.

Takde apa sangat yang berlaku dalam pantang ni. Bila bersalin biasa ni, mudah sikit nak gerak. Memang coccydynia Hanum agak teruk, tapi pain killer memang membantu. Tapi yang paling Hanum syukuri apabila tak dibedah ialah dapat dukung Inarah sekali sekala, sekejap sekejap.

Bukannya apa, untuk mencegah Inarah cemburu, setiap kali dia panggil Hanum, Hanum akan cuba layan. Walaupun tengah menyusu Ijlal, Hanum akan cuba juga untuk layan. Alhamdulillah, cemburu Inarah tidak terlalu teruk dan Hanum tak pernah lagi perlu marah Inarah kerana Ijlal.

Ijlal dan Raudha, sepupunya lahir di awal bulan

Inarah dan Ijlal first pic together 

Gambar buka mata pertama

Gaya tidur waktu malam kalau maknya lum tidur lagi

Baby's tag Ijlal untuk kenangan

Mother's tag untuk kenangan
Alhamdulillah juga sepanjang minggu berklinik di KK Menggatal, semua okay. Jaundice Ijlal menurun dan tekanan darah Hanum tak naik. Memandangkan Ijlal dulu tak kencing dalam 24 jam, ujian darah fungsi ginjal dia perlu diperiksa lagi pada umur seminggu. Alhamdulillah juga, fungsi ginjal dia pun okay.

Cerita2 pasal KKIA Menggatal, susanannya dah jauh lebih baik berbanding waktu Inarah dulu baru lahir. Masa menunggu lama atau sekejap, tak perlu ceritalah ya. Itu rezeki masing2 dan menunggu itu biasa. Anyway keep up the good work KKIA Menggatal.
   

Khamis, 15 Januari 2015

Selepas Bersalin, Day 1

Di post sebelum ni Hanum ada beritahu Ijlal kuat tidurkan? Selain dari kuat tidur waktu di hospital tu, Hanum juga menunggu2 untuk Ijlal ni kencing. Dia tu selalu berak, tapi langsung tak kencing. Waktu malam, dalam jam 8 atau 9, dokter kanak-kanak datang tengok Ijlal sebab dia dirujuk kerana merupakan baby of GDM mother dan tak kencing lagi. Dia bagitaulah kat Hanum, kalau lepas 24 jam dilahirkan tak kencing juga, Ijlal akan ditahan di wad. Dia ada bagitau juga yang mungkin kerana diapers yang terlalu efisien menyerap kencing, jadi itu yang nampak macam belum kencing lagi. Jadi bila Hanum ganti diapers Ijlal seterusnya, Hanum pakai bedung yang bentuk macam lampin dah dilipat sebagai diapers Ijlal. Pengganti lampin kain. Luar lampin tu, Hanum letak diapers.

Nurse juga tolong periksakan lampin tu. Berak je. Kencingnya tak. Nurse juga periksa, samada Hanum ada susu ke tak. (Obviously ada susu. Very rare new mom takde susu after delivery. Lagipun Hanum baru hentikan Inarah BF) Jam 2 pagi, nurse ambil anak Hanum (setelah berkali-kali mereka tolong periksakan kencing dan ganti lampin) sebab memang tak kencing lagi. Berak je. Nurse tu dah cuba rangsang untuk kencing dan akhirnya terpaksa juga bagi cup feeding 1 oz of formula milk. Takpelah, for the sake of Ijlal. Tapi masih juga tak kencing. Dan akhirnya dalam jam 4 pagi, nurse bagitau, yang Ijlal dah diadmit di NICU level 1. Istighfar jelah. Hanum pun tau itu procedure. Lagipun selalunya baby akan kencing juga. Doa je banyak2 yang Ijlal akan okay.

Hanum ke NICU level 1 dalam jam 6 atau 6.30 pagi. Tak tahan, ngantuk dan penat sangat sebelum tu. Lagipun Hanum tau Ijlal takkan nak susu lagi lepas baru je diberi susu. Di NICU, dia dah diberikan 1 oz lagi cup feeding. Takpelah. Apa nak buat. Hanum nak perah, rasanya memang takkan sampai 1 oz di hari 0 atau 1 lepas melahirkan. Darah dia dah diambil untuk periksa keadaan buah pinggang dan juga kuning dia.

Ijlal dah memang agak kuning. Baby of GDM mother memang mempunyai risiko untuk dapat severe jaundice. Jadi Hanum memang nak suruh mereka periksa serum bilirubin dia. Tapi waktu Hanum naik tu, memang belum keluar keputusan darah. Cuma Hanum berdoa yang Ijlal akan kencing dan kuningnya tak perlu ditahan. Bercakap dengan Ijal supaya dia kencing dan kuning okay. Dah rindukan Inarah. Nak balik jumpa kakak Ijlal.

Hanum berikan lagi dia breastfeeding dan biarkan je Ijlal tidur lepas tu. Hanum juga bawa barang-barang Ijlal ke NICU. Jumpa nurse yang bagi cup feeding. Dia beritahu Ijlal tak habiskan semua, dan macam tak suka formula. Hahaha...baguslah...tak suka formula. Maknya ni kena lebih breastfeeding. Tapi, mungkin lebih kerana kenyang sebab perut baby baru lahir ni kecil je. Tak sampai 1 oz. Diapers Ijlal, Hanum periksa, mereka letakkan gauze supaya nampak basah atau tidak kerana kencing. Tapi memang masih kering.

Tidur lepas feeding dan ambil darah

Ada juga tag nama jadinya untuk Ijal

Dalam jam 7 lebih ke jam 8, Hanum turun balik ke wad Hanum. Penat kalau di NICU lama-lama sebab duduk atau berdiri je. Coccyx yang sakit itu tak membenarkan Hanum duduk lama-lama. Baring pun kena mengiring. Hanum juga fikir, nanti kalau HO atau MO nak buat rounds, Hanum takde...susahlah pula mereka nanti.

Tapi lamalah pula mereka rounds. Yelah...Hanum ni pesakit stabil, jadi MO atau specialist memang akan tengok kemudian. Sementara tunggu mereka, anak Hanum dah dihantar ke Hanum dalam jam 11 lebih. Katanya dah kencing dalam jam 9 atau 10 pagi. Kuning pun tak tinggi sangat. Alhamdulillah. Sekarang tunggu maknya pula untuk discharge. Tak lama kemudian, MO buat rounds dan juga benarkan Hanum pulang. Yay.

Tengahari dah boleh balik, tapi mak Hanum hanya boleh ambil petang. Alhamdulillah, nurses kata takpe. Hanum juga hubungi nurse fertiliti, tanya boleh jumpa di wad tak untuk ambil gambar. Bila dah nak habis office hours tu dan mereka dah habis kerja, mereka jumpa Hanum di wad. Masa tu mak Hanum pun dah datang. Memang dah siap2 untuk balik.

Ijlal dah keluar wad

Gilir2 ambil gambar dengan unit fertiliti




Lepas bergambar tu Hanum dan Ijlal pun pulang ke rumah. Lepas ni mulalah pantang di rumah.