Salam.
Saya buat page ini kerana hairannya, apabila sekarang ada yang bertanya di page IVF Sabah, saya tak dapat reply. Reply saya tak dipublish. Oleh kerana itu saya akan cuba jawap di sini. Mohon maklum dan mohon maaf atas segala kesulitan.
Saya juga mengharapkan sesiapa yang ada pertanyaan boleh bertanya disini dan saya boleh reply disini. Kita cuba ye page baru ini.
Update pada jam 11:03AM 28 Jan 2017
Saya dah dapat balas komen. Rupanya gara2 setting cookies pada Chrome. Jadi ان شألله saya dapat balas seperti dulu.
Tapi kepada yang nak bertanya di sini boleh saja. Lebih kemas sikit kot sebab di page yang lain dah agak banyak. ☺
Terima kasih.
Pertanyaan 10 Jan 2017
Jawapan 28 Jan 2017
Hi.
Mohon maaf saya lambat membalas. IVF memang boleh dilakukan sebagai salah satu ikhtiar setelah melakukan BTL.
Namun harus saya mengingatkan puan tujuan BTL dinasihatkan kepada puan untuk dilakukan setelah melahirkan anak ketiga.
Tujuan BTL tersebut adalah untuk mencegah kehamilan keoada puan kerana kehamilan seterusnya amat berisiko kepada diri puan semasa kehamilan dan juga semasa proses kelahiran (berisiko tinggi pendarahan dan rahim koyak samada kelahiran normal ataupun bedah).
Di Malaysia khususnya hospital kerajaan, IVF bertujuan untuk mendapatkan kehamilan. Tidak bertujuan khusus untuk mendapatkan kehamilan kembar, memilih jantina ataupun bebas kecacatan atau penyakit. Ini adalah kerana ia akan menambah kos dan secara peribadi saya merasakan ia kurang beretika (kecuali untuk beberapa kes untuk bebas penyakit dan kecacatan).
Adalah saya mengharapkan puan dapat menerima penerangan saya yang lambat ini.
Saya memahami perasaan yang menginginkan anak perempuan, tapi saya mendoakan puan dapat fokus dan redha dengan ujian tanpa anak perempuan sendiri demi diri, keluarga dan agama puan.
Hi Hazwani,
BalasPadamYour second IVF was more successful than the first one. What did you do differently before going into the second cycle?