Khamis, 2 Oktober 2014

Sebelum Bersalin

Lama tak update....maaflah ya...bukan tak nak update...tapi bila dah ada satu anak, susah sikit nak curi masa. Masa yang ada pun untuk hobi yang lain. hehehe...sorry lagi sekali.

Kerana lama tak update, jadi banyak juga yang nak diceritakan. Supaya lebih teratur, Hanum akan cerita dalam tiga bab..Bab Sebelum Bersalin...Bab Semasa Bersalin dan di Hospital..dan Bab Pantang.

Jadi terus jelah ya ke Bab Sebelum Bersalin. Last Hanum cerita ialah masa raya. Sebelum raya tu, Hanum berklinik dengan Dr Hatta. Growth scan biasa dan review GDM bila temujanji dengan pakar. Usia kandungan dalam 28 minggu. Lumayan gak saiz baby waktu tu. Kepala dia dah berukuran 32 minggu. Lingkar perut dan paha pula dalam 30 minggu. Waktu tu juga Dr Hatta tanya nak bersalin di mana, swasta ke kerajaan. Sebenarnya Hanum pun bingung nak jawab soalan tu.

Memandangkan yang pertama dibedah, kalau nak cuba bersalin biasa,sebaiknya di kerajaan kerana di swasta lebih cenderung untuk bedah...apatah lagi ini anak IVF. Tapi nak bersalin di kerajaan, memikirkan masalah pelawat takleh datang suka hati, dan takleh ada peneman selalu. Tanya balik soalan tu pada Dr Hatta. Bagi pandangan dia apa yang terbaik. Dia akhirnya kata, kita tengok lagi pada 36 minggu. Keadaan baby besar ke atau yang lain2 masalah.

3 Ogos pada 31 minggu 2 hari


Jadi Hanum kerja macam biasa. Cuba kawal makan dan periksa BSP dalam 2 minggu sekali sebab ada glucometer sendiri. ok jugalah kawalan gula walaupun ada makan durian, coklat dan aiskrin serta manisan lain sikit2.

Tiba masa 36 minggu. Waktu tu, Dr Hatta tengah sibuk, jadi Dr Natirah yang scan. Saiz baby dia kata dalam 2.6 kg ikut scan. Dalam hati, tak caya. Sebab perut Hanum memang dah besar waktu tu. Adik pun rasa mesti dah capai 3 kg. Tapi itulah scan..Memang akan tambah tolaknya. Kalau dari scan 2.6 kg, tambah tolak 500 gm. Jadilah baby tu 3 kg. Lepas tu bincang lagi tentang pilihan cara nak bersalin. Nak cuba beralin biasa ke atau bedah je. Kerana saiz baby okay, GDM terkawal, tekanan darah terkawal...okay je untuk bersalin biasa.

Tapi Hanum masih gelisah nak beranak dengan cara apa dan di mana. Kenapa gelisah? Beranak biasa memang lebih baik untuk ibu dan anak. Itu Hanum takkan sangkal. Tapi kelahiran pembedahan yang dirancang adalah kurang berisiko untuk anak yang dikandung, walaupun risiko untuk ibu lebih sikit. Yalah...semasa proses kelahiran biasa, kita takkan tahu apa akan jadi pada baby tu pada bila-bila masa semasa proses nak bersalin. Tali pusat mngkin kat leher, baby terberak dan nak lemas atau mulut rahim tak buka-buka dan macam-macam lagi. Yang pasti Hanum tak nak di'induce'. Ini kerana induce labor lebih berisiko dari sakit bersalin spontan. (Ini pendapat untuk kehamilan Hanum. Induce labor secara umum adalah selamat dan dilakukan dengan prosedur yang betul untuk memastkan keselamatan ibu dan anak. Tanya dokter anda lebih tentang induce kalau ada keraguan. Jangan buat keputusan bersalin anda berdasarkan blog saya ya).

Pergilah jumpa Dr Mary di KPJ Sabah Specialist (dulu namanya SMC) pada 37 minggu kehamilan. Ni minta pandangan kedua. Dia pun scan dapat 3 kg. Pandangan dia memang jangan induce. Kalau datang sakit bersalin spontan, okay. Cuba bersalin biasa. Tapi kalau nak bedah, boleh bedah pada 40 minggu kehamilan. Maksudnya dia bagi masa untuk datang sakit bersalin spontan. Kiranya samalah dengan apa yang Hanum nak dan juga konsisten dengan Likas juga buat.

Keputusan di tangan Hanum. Setelah bincang dengan suami dan solat istikharah selama lima malam, akhirnya pada pagi Isnin tu 15 September, usia kandungan 37 minggu 3 hari, Hanum hubungi jururawat klinik fertiliti dan minta tarikh pembedahan di Likas. Ini kerana Hanum tak nak induce dan rasa kali ni, takpelah bersalin di kerajaan walaupun dengan cara bedah. Kerana kita ni laki bini dokter, selalunya dapat jugalah kelonggaran sikit di mana yang boleh, bila masuk wad. Jangan pula kerana baca ni, nak buat komplen ke hospital ya. Hanum cakap sikit kelonggaran, bukan kelonggaran penuh. Jangan berkira sangatlah ya. :D

FB post semasa membuat keputusan dapat tarikh bedah


Setelah dibelek-belek oleh jururawat tu, dapatlah tarikh bedah 25 September. Kira cantiklah juga tu pada usia kandungan 38 minggu 6 hari. Suami pun mulalah atur 'on-call' dia supaya dapat ada pada hari bedah tu dan terus ambil 'paternity leave'. Kalau timbul sakit bersalin sebelum tu, akan cuba bersalin biasa.

Jadi minggu tu, Hanum kerja lagi....dan gelisah...kali ni....kerana belum siapkan beg untuk ke hospital. Baju baby, kain bedung, towel baby dah cuci..tapi lum masuk beg. Barang2 untuk Hanum langsung belum kemas. Arghh..nak balik KK. Tapi suami tak bagi Dia kata dua hari sebelum bedah je baru balik KK. Sabar jelah kita. Apa nak buat. Tunggu jelah harinya.

Kita akan sambung lagi di bab seterusnya.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih untuk ulasan/komen/pertanyaan.
Saya akan cuba balas secepat yang mungkin. Kalau inginkan maklumblas yang lebih segera, boleh ke FB atau Google+ saya.

Thank you for comments/questions.
I will try to respond as soon as possible. If need a quicker response, you can try to reach me through FB or Google+