Memaparkan catatan dengan label Pregnancy. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Pregnancy. Papar semua catatan

Jumaat, 2 Januari 2015

Semasa Bersalin Part 2

Lamakan Hanum nak update. Anyway kita sambung cerita.

Dalam jam 9 malam, dokter pakar buat rounds dan jumpa Hanum. Dia periksalah waktu bukaan serviks. Dia kata dalam 2 ke 3 cm tapi serviks dah lembut. Waktu tu dia tanya nak ubat tahan sakit tak. Memikirkan bukaan serviks yang masih kecil, Hanum jawap nak lah. Paling lewat pun ni akan bersalin esok pagi atau malam.

Sebelum dapat Nubain lagi, buat lagi CTG. Awal2 tu sleeping pattern juga, tapi alhamdulillah CTG menjadi okay. Dapatlah Nubain dan Hanum dapat tidur lagi sampai jam 11 malam.

Jam 11 Hanum terbangun. Sakit kontraksi kuat betul terasa di belakang. Tapi bila Hanum timing, macam masih 3 in 10. Kerana curiga kiraan timing, Hanum download 'contraction timing' app. Waktu pakai fon Nokia lama. Nasib baik ada juga app tu walaupun lama juga nak download. Sejam juga Hanum timing. Tapi sambil tu, boleh juga Hanum terlelap.









Dari app tu, Hanum taulah juga berapa lama setiap contraction dan selang berapa minit sekali. Bila dah sejam timing, dah tak berapa tahan sakit dah. Panggilah nurse. Sekali nurse periksa, Hanum dah 8 cm.Terkejut Hanum. Nurse pun panik. Takut Hanum bersalin di wad. Cepat-cepat mereka hantar Hanum ke labour room.

Di labour room, Hanum telefon suami. Bagitau dah 8cm dan dah di labour room di bilik bersalin nombor berapa (sekarang dah tak ingat nombor berapa). Naim datang tak lama kemudian. Kerana baru 8 cm bagi peluang jelah dulu untuk lengkap 10 cm.

Tapi bila Naim cerita balik, tak sampai setengah jam...dah jadi 10 cm. Hanum pun waktu tu dah tak tahan, memang nak meneran.

Alhamdulillah, setelah nak 40 minit kot meneran...baby lelaki selamat dilahirkan pada jam 2 pagi. Baby terus kena bagi pada Hanum sampailah dah siap nak dijahit luka epi. Naim temankan sampai Hanum dan baby dah dibersihkan. Rasanya dalam jam 4 Naim balik rumah, sebab pagi tu juga dia kena balik Pitas untuk kerja. Huhuhu...dia tak dapat nak ambil paternity leave terus sebab takde yang boleh cover dia.

Lepas Naim balik, Hanum diberi milo dan biskut untuk alas perut. Tapi lepas bersalin tu Hanum rasa sakit yang teruk betul di bahagian coccyx (hujung tulang belakang). Nak bangun sendiri waktu tu memang susah. Kena minta tolong orang utk bangun.

Dalam jam 8 atau 9 pagi, Hanum dipindahkan ke wad. Dapat bilik wad kelas satu berdua. Sampai je di wad, telefon Naim bagitau dah masuk wad bilik berapa. Beritahu dia yang coccyx sakit sangat. Nak baring terlentang pun tak boleh dan rasa susah bila nak duduk atau bangun. Beritahu yang pain score dalam 7-8. Naim suruh minta ubat tahan sakit.

Bila dapat berdiri, Hanum cari nurse dan mintalah ubat tahan sakit. Nurse pun beritahu nanti dia bagitau dokter. Tak lama kemudian datanglah HO dan tanya2 tentang sakit tu. Dan tak lama kemudian datang pula MO. Tapi kerana Hanum boleh bergerak dan berjalan, dia kata ni sakit belakang yang biasa lepas bersalin. Tapi dia akan bagi ubat tahan sakit. Alhamdulillah lepas dapat ubat tahan sakit tu, kuranglah sikit sakit. Pain score dalam 3-4.

Bila dah kurang sakit...barulah rasa senang sikit untuk susukan baby dan bergambar2. Lepas ni kita cerita pasal pantang pula.
Breastfeeding in the ward. Rasmikan nursing cover baru.

Baby boy. Namanya Ijlal Zabib.




Selasa, 21 Oktober 2014

Semasa Bersalin Part 1

Okay...kita sambung cerita.

Jadi setelah buat keputusan untuk dibedah pada 25 Sept, Naim on-call dan saya kerja macam biasa. Isi borang permohonan cuti bersalin dan mohon mula cuti mulai pada 22 Sept. Tapi balik kerja hari Jumaat tu, 19hb, cakap lagi dengan suami yang rasa nak balik KK pada hari Sabtu. Suami tetap kata tak boleh. Sedih betul rasa...tapi apa nak buat...sabar jelah.

Malam tu tidur jelah dengan Inarah. Berdua je sebab Naim kerja dan tidur di hospital. Malam tu balik2 bangun rasa sakit perut nak berak. Tapi tak juga berak. Terfikir yang ni mungkin 'contractions', tapi kerana jarak sakitnya agak jauh juga dan masih ngantuk dan nak tidur...tidur jelah.

Esok pagi 20hb, walaupun suami kata balik hari Selasa, tapi bangun tu, Hanum mula kemas beg Hanum. Pilih baju, seluar dan barang-barang yang nak dibawa ke KK. Bila maid nampak kita kemas, dia tanya, balik hari ni ke. kata taklah, cuma nak kemas je. Tapi nak makan sarapan takde selera.

Masa kemas-kemas tu, mula terasa perut mengeras dan pinggang mulai sakit. Ni mula betul2 terasa jam 8 pagi. Mulalah tengok jam dan buat timing. Bila timing, dapati perut tu mengeras dalam setiap 10 minit. Ada yang macam 2 kali dalam 10 minit. Bila suami balik rumah sebelum sambung lagi kerja lagi, bagitau dia. Dia tanya betul ke. Kalau ya ke hospital..periksa lagi di sana. Jam 9.20 pagi, dapati ada darah sikit di seluar dalam. Wah dah ada show. Kasi tunjuk suami. Suami kata marilah, bersiap ke hospital. Periksa je dulu.

Jadi jam 10 pagi, pergilah ke dewan bersalin Hospital Pitas. Terkejut staff sana dan segan pula mereka nak periksa Hanum. Tapi Hanum cakap, jangan segan. Buat je kerja macam biasa. Sementara mereka buat CTG dan timing contraction, Naim pergi sambung kerja.

Bila buat CTG tu, nervous. Harap sangat baby okay. Awal-awal tu CTG 'sleeping pattern'. Alahai..tukar katil dan terpaksalah maknya pakai oksigen. Baru CTG tu cantik. Lepas timing, dapati contractions dah 2 in 10. Tinggal nak periksa bukaan rahim. Itu Naim sendiri yang buat. Tapi kerana serviks masih tinggi, sakitnya masa dia periksa. Dahlah baru habis contraction. Nangis dibuatnya. Serviks dah buka 1cm. Memandangkan Hanum tak pernah bersalin biasa, jadi dianggap seperti melahirkan anak pertama. 1 cm tu bukaan rahmlah. Jadi established labour.

Tak balik rumahlah terus. Tukar baju, pakai baju pink hospital. Kawan yang on call labor room telefon pakar dan rujuk kes Hanum sebab Hanum ada bekas parut bedah. Pakar pun kata hantarlah ke Likas. Aiii...mulut masin Naim jadi lagi. Kali ini tentang Hanum akan dihantar ke KK dengan ambulans. Ambulans akan gerak jam 1 tengahari. Pergilah makan soto daging dulu di kantin hospital. Naim pun suruh sesiapa yang ada di rumah juga untuk bersiap. Hanum minta ambilkan stokin dan telekung.

Sebelum jalan, solat zuhur dan Hanum terus jama' asar terus. Perjalanan ke KK akan ambil masa dalam 2 jam setengah ke 3 jam. Jadi khuatir tak sempat solat asar kalau dah sampai Likas. Bila Naim dan Inarah hantar telekung, peluk cium dulu anak tu. Ahh...dah rasa rindu dengan anak tu. Rasa excited nak jumpa baby baru...nthahlah....lebih berdebar nervous sebenarnya.

Apapun jam satu geraklah dengan ambulans. Kalau ikutkan nak duduk je, tapi tempat terhad, sebab letak barang-barang lagi. Jadi baring jelah di katil stretcher tu. Walaupun goyang-goyang dan ada juga sakit contraction, tapi alhamdulillah, dapat juga tidur semasa perjalanan tu. Jadi dapatlah cover sikit kurang tidur malam sebelumnya yang akibat balik-balik bangun sakit perut.

Akhirnya dalam jam 3 lebih nak dekat jam 4, sampailah ke Hospital Likas. Daftarlah diri sebagai pesakit Likas pula. Ada beberapa staff masih kenal Hanum. MO yang bertugas malam tu lelaki, Dia ada tanya nak MO perempuan tak untuk periksa, tapi cakap tak  kisahlah. Tak nak menyusahkan mereka sangat. Bukan tak tahu macam mana kerja mereka. Tapi HO, auto segan sikit dengan MO sebagai pesakit, tapi untuk mereka ambilkan darah dan pasang IV line, Hanum bagi je. Sepanjang dulu masa IVF proses, ada medical student pun Hanum tak kisah.

CTG di PAC tu pun mula-mula agak sleeping pattern. Nervous jadinya. Terpaksa kali ini pasang IV drip. Lepas ada IV drip, baru okay CTG lagi. Hanum dah terfikir akan LSCS lagilah kalau macam ni. Kerana sakit contraction, MO offer Nubain. Kerana serviks baru 2 cm, dan contraction baru 2 in 10, Hanum terima offer tu. Lepas dapat Nubain, tak lama kemudian masuk wad. Di wad, Hanum terus tidur, penanngan Nubain tu. Troli makanan lalu, Hanum dengar, tapi tak larat nak bangun. Lagipun tempat makan pun takde. Masuk Maghrib, baru rasa nak bangun. Sembahyang Maghrib dan jama' terus Isyak. Lepas tu baring lagi sambil tunggu Naim datang untuk bawakan barang-barang dan makanan.

Tak lama lepas tu, Naim sampai bawakan barang-barang dan makanan. Dia bawakan ayam dan spaghtetti carbonara Pizza Hut. Cubalah makan. Tapi mungkin kerana Nubain, mual jadinya nak makan carbonara tu. Dapat masuk sikit. Ayam dapat habiskan. Tapi, tak lama lepas tu muntah semua tu. Nasib baik Naim bawakan susu kotak dan cereal yang kotak-kotak kecil tu. Dapatlah makan dan yang ni tak keluar.

Naim lepak jap dan tak lama lepas tu dia balik dan Hanum tidur.

Gambar Setelah Admit Wad
Jangan lupa jaket sbb hospital ni sejuk

Khamis, 2 Oktober 2014

Sebelum Bersalin

Lama tak update....maaflah ya...bukan tak nak update...tapi bila dah ada satu anak, susah sikit nak curi masa. Masa yang ada pun untuk hobi yang lain. hehehe...sorry lagi sekali.

Kerana lama tak update, jadi banyak juga yang nak diceritakan. Supaya lebih teratur, Hanum akan cerita dalam tiga bab..Bab Sebelum Bersalin...Bab Semasa Bersalin dan di Hospital..dan Bab Pantang.

Jadi terus jelah ya ke Bab Sebelum Bersalin. Last Hanum cerita ialah masa raya. Sebelum raya tu, Hanum berklinik dengan Dr Hatta. Growth scan biasa dan review GDM bila temujanji dengan pakar. Usia kandungan dalam 28 minggu. Lumayan gak saiz baby waktu tu. Kepala dia dah berukuran 32 minggu. Lingkar perut dan paha pula dalam 30 minggu. Waktu tu juga Dr Hatta tanya nak bersalin di mana, swasta ke kerajaan. Sebenarnya Hanum pun bingung nak jawab soalan tu.

Memandangkan yang pertama dibedah, kalau nak cuba bersalin biasa,sebaiknya di kerajaan kerana di swasta lebih cenderung untuk bedah...apatah lagi ini anak IVF. Tapi nak bersalin di kerajaan, memikirkan masalah pelawat takleh datang suka hati, dan takleh ada peneman selalu. Tanya balik soalan tu pada Dr Hatta. Bagi pandangan dia apa yang terbaik. Dia akhirnya kata, kita tengok lagi pada 36 minggu. Keadaan baby besar ke atau yang lain2 masalah.

3 Ogos pada 31 minggu 2 hari


Jadi Hanum kerja macam biasa. Cuba kawal makan dan periksa BSP dalam 2 minggu sekali sebab ada glucometer sendiri. ok jugalah kawalan gula walaupun ada makan durian, coklat dan aiskrin serta manisan lain sikit2.

Tiba masa 36 minggu. Waktu tu, Dr Hatta tengah sibuk, jadi Dr Natirah yang scan. Saiz baby dia kata dalam 2.6 kg ikut scan. Dalam hati, tak caya. Sebab perut Hanum memang dah besar waktu tu. Adik pun rasa mesti dah capai 3 kg. Tapi itulah scan..Memang akan tambah tolaknya. Kalau dari scan 2.6 kg, tambah tolak 500 gm. Jadilah baby tu 3 kg. Lepas tu bincang lagi tentang pilihan cara nak bersalin. Nak cuba beralin biasa ke atau bedah je. Kerana saiz baby okay, GDM terkawal, tekanan darah terkawal...okay je untuk bersalin biasa.

Tapi Hanum masih gelisah nak beranak dengan cara apa dan di mana. Kenapa gelisah? Beranak biasa memang lebih baik untuk ibu dan anak. Itu Hanum takkan sangkal. Tapi kelahiran pembedahan yang dirancang adalah kurang berisiko untuk anak yang dikandung, walaupun risiko untuk ibu lebih sikit. Yalah...semasa proses kelahiran biasa, kita takkan tahu apa akan jadi pada baby tu pada bila-bila masa semasa proses nak bersalin. Tali pusat mngkin kat leher, baby terberak dan nak lemas atau mulut rahim tak buka-buka dan macam-macam lagi. Yang pasti Hanum tak nak di'induce'. Ini kerana induce labor lebih berisiko dari sakit bersalin spontan. (Ini pendapat untuk kehamilan Hanum. Induce labor secara umum adalah selamat dan dilakukan dengan prosedur yang betul untuk memastkan keselamatan ibu dan anak. Tanya dokter anda lebih tentang induce kalau ada keraguan. Jangan buat keputusan bersalin anda berdasarkan blog saya ya).

Pergilah jumpa Dr Mary di KPJ Sabah Specialist (dulu namanya SMC) pada 37 minggu kehamilan. Ni minta pandangan kedua. Dia pun scan dapat 3 kg. Pandangan dia memang jangan induce. Kalau datang sakit bersalin spontan, okay. Cuba bersalin biasa. Tapi kalau nak bedah, boleh bedah pada 40 minggu kehamilan. Maksudnya dia bagi masa untuk datang sakit bersalin spontan. Kiranya samalah dengan apa yang Hanum nak dan juga konsisten dengan Likas juga buat.

Keputusan di tangan Hanum. Setelah bincang dengan suami dan solat istikharah selama lima malam, akhirnya pada pagi Isnin tu 15 September, usia kandungan 37 minggu 3 hari, Hanum hubungi jururawat klinik fertiliti dan minta tarikh pembedahan di Likas. Ini kerana Hanum tak nak induce dan rasa kali ni, takpelah bersalin di kerajaan walaupun dengan cara bedah. Kerana kita ni laki bini dokter, selalunya dapat jugalah kelonggaran sikit di mana yang boleh, bila masuk wad. Jangan pula kerana baca ni, nak buat komplen ke hospital ya. Hanum cakap sikit kelonggaran, bukan kelonggaran penuh. Jangan berkira sangatlah ya. :D

FB post semasa membuat keputusan dapat tarikh bedah


Setelah dibelek-belek oleh jururawat tu, dapatlah tarikh bedah 25 September. Kira cantiklah juga tu pada usia kandungan 38 minggu 6 hari. Suami pun mulalah atur 'on-call' dia supaya dapat ada pada hari bedah tu dan terus ambil 'paternity leave'. Kalau timbul sakit bersalin sebelum tu, akan cuba bersalin biasa.

Jadi minggu tu, Hanum kerja lagi....dan gelisah...kali ni....kerana belum siapkan beg untuk ke hospital. Baju baby, kain bedung, towel baby dah cuci..tapi lum masuk beg. Barang2 untuk Hanum langsung belum kemas. Arghh..nak balik KK. Tapi suami tak bagi Dia kata dua hari sebelum bedah je baru balik KK. Sabar jelah kita. Apa nak buat. Tunggu jelah harinya.

Kita akan sambung lagi di bab seterusnya.


Rabu, 30 Julai 2014

Selamat Hari Raya

Hari ini ringkas jelah ya...

Hanum dan keluarga mengucapkan selamat hari raya dan maaf zahir batin.

Raya kali ni tak balik kampung suami. Raya di kampung nenek Hanum di Kota Marudu. Taklah semeriah di Batu Pahat, tapi kami cuba yang boleh. Ada juga parents Hanum.

Masak ketupat, rendang, sambal kacang, sambal goreng pengantin dan lodeh. Puaslah makan pada raya pertama tu. Pasal GDM? Wahahahaha....kita lupakan kejap.







Inarah pun comel je dengan baju raya dia. Baju kurung raya tahun lepas, dipakai pada malam hari. Tahun ni baru muat dan ngam di badan dia. Tahun depan baru buat lagi baju kurung atau jubah dengan kain sama ngan mak.




Sekarang ni dah nak masuk 30 minggu kehamilan. Tapi terasa betul macam baby kali ni besar dari Inarah. Adik Hanum pun ngandung sama. EDD kami tak jauh. Tapi jauh beza saiz perut. Takpelah. Tawakal je. Insyaallah semua berjalan lancar. Amin.

Jumaat, 4 Julai 2014

Second child, 26 Weeks

Alhamdulillah......

Setelah sekian lama tak update...sedar tak sedar sekarang Hanum dah masuk usia kandungan 26 minggu. Macam-macam berlaku sejak update yang lepas. Kita mulakan dari mana ya?

26 weeks with Inarah


Kita mulakan dari review dengan pakar pada 20 minggu. Alhamdulillah semua okay waktu tu. Hanum juga pergi buat detail scan dengan pakar feto maternal di Sabah Care Specialist Clinic. Alhamdulillah, pakar tu kata takda nampak kecacatan. Legalah juga. Kali ini takda CD USG baby ni. Tapi takpelah. Susah juga nak simpan CD ni. Letak merata jadinya. Cukup dengan gambar-gambar jelah.

Pada usia kandungan 22 minggu, Hanum buat ujian MOGTT, iaitu ujian maternal oral glucose tolerance test. Ujian ini dilakukan untuk mengesan samada ibu hamil itu ada kencing manis kehamilan atau tidak. Kerana adik Hanum ada glucometer, Hanum pinjam dan bawa glucose tu di rumah (mentang2lah dokter). Lepas sembahyang subuh, cek darah. Alhamdulillah, nilai gula ialah 5.3. Masih normal. Bancuhlah 75g glucose tu dalam air (tak ingatlah pula sekarang berapa mil), dan minum dalam sekali teguk. Memang manis yang teramat sangat. Sebab tu kena minum sekali teguk. Takleh pelan2. 2 jam kemudian, cek darah lagi. Kali ni 7.9. alalah.....ni dah kira GDM, Gestational Diabetes Melitus. Kencing Manis Kehamilan. Sabar jelah.

Mulalah diet sikit. Diet kencing manis ni sebenarnya taklah susah sangat. Masih boleh makan nasi dalam 2 senduk. Tapi kena lebihkan sayur. Makanan dan minuman manis mesti dielakkan. Tapi kerana Hanum ni memang suka makanan manis, adalah juga makan. Cuma bila makan tu, taklah makan banyak. Kalau dulu satu bekas kecil kek coklat leh dihabiskan sekali makan, sekarang hanya makan satu sudu sahaja setiap kali makan. Jam makan pun kena teratur. Alhamdulillah, stakat ini, Blood Sugar Profile (BSP) Hanum masih terkawal.

Tak lama lepas dah tau ada kencing manis, Hanum dihantar berkursus di Klang. Tahan diri jelah bila tengok makanan manis di buffet yang tak seberapa tu. Berkursus kali ni, Hanum tak bawa Inarah. Kali pertama tinggalkan Inarah selama 2 malam. Hanum tinggalkan Inarah dengan bibik dan mak Hanum. Alhamdulillah, takda masalah sangat. Inarah okay je. Maknya yang tak berapa okay. Hehehehe...yang paling tak okay ialah bila flight balik. Rasa sakit pinggang duduk dalam flight selama 2 jam setengah tu. Rasa dah tak larat dah nak naik kapal terbang lama2 sepanjang mengandung ni.

Apapun sekarang dah masuk bulan puasa. Alhamdulillah okay berpuasa. Inarah hanya menyusu di malam hari. itu pun sekejap. Jadi tahanlah juga puasa. BSP masa puasa pun okay. Semoga okay jelah sepanjang masa puasa ni.


Ahad, 6 April 2014

14 weeks dah

Wah...tak sedar yang tak update tentang after chemically pregnant. Bila whatsapp dengan kawan tadi baru perasan.

Anyway...alhamdulillah. Kehamilan Hanum sekarang dah mencapai 14 minggu. Pada minggu ke 6 dan 12 scan dengan Dr Hatta dan Dr Dayang.

Kali ini memang yang menjadi satu je. Tapi tetap ada bleeding. Terpaksalah upkan dos utrogestan. Alhamdulillah baby okay dan sekarang bleeding stop. Tapi scan pada 12 minggu hari, dokter nampak macam ada retroplacental clot. Apa retroplacental clot? Maksudnya ada darah beku belakang tembuni. Mungkin bekas perdarahan dulu.

Teruslah dibagi nasihat untuk tidak stress, jangan angkat berat dan travel yang jauh dan banyak. Ubat duphaston kena teruskan sampai 20 minggu. Usia 20 minggu, scan lagi. Susah juga untuk tidak stress, tak angkat berat dan tak travel ni.

Stress sebab kerja dan melayan kerenah anak, suami dan bibik..tapi....masih okaylah. Takdelah sampai nak tarik rambut punya stress. Tak angkat berat....paling berat, Inarahlah sekarang ni. Dalam 9 kg. Lain dari tu, suruh suami atau bibik yang angkat.....Travel.....emmm...lawatan kerja ke klinik yang jalannya buruk...tak buat..tapi kalau ke Kota Kinabalu, Kota Marudu atau Kudat...macam seminggu sekali pasti pergi ke salah satu tempat tu. Tawakal jelah bila buat benda2 tu semua...Tapi yang utama dielakkan juga ialah mencegah membuat hubungan suami isteri..(segan nak cakap sebenarnya. Tapi rasa penting untuk dikongsikan). Yalah...hubungan tu selamat kalau kehamilan takda masalah...tapi kalau dah macam ni...terpaksalah dielakkan.

Morning sickness tak teruk sangat...tapi afternoon dan motion sickness pula. Bila tak tahan, ambil jelah Veloxin. Tapi alhamdulillah, masih leh kerja dan layan Inarah.

okaylah...ni update malam-malam sebab rasa malas nak tidur...namun, mata dah tak tahan. Nighty nite.

Rabu, 29 Januari 2014

2WW done

Mesti ada yang menunggu keputusan Beta HCG Hanumkan? Maaflah, seminggu lepas embryo transfer Hanum ke Batu Pahat dan KL. Balik kampung suami dan menghadiri perkahwinan sepupu dan adik dia.

Hanum periksa darah di Hospital Putra Batu Pahat. Bayar makmal Clinipath RM45. Alhamdulillah dapat keputusan pada hari yang sama. Hanum periksa darah pada 22 Januari. Dan sebenarnya sebelum terbang ke Johor ada periksa UPT pada 20 Jan.

UPT Results
 Nampak tak dua garis tu?
Quantitative Beta HCG
 Nampakkan nilai 367.9?
Results, Inarah and I
Dan gambar kami berdua yang gembira dengan keputusan darah ini?

Alhamdulillah, Hanum sekarang dah chemically pregnant. Maksudnya FET kali ini berhasil. Kenapa chemically pregnant? Sebab, embryo yang menampal tak semestinya menjadi fetus. Boleh jadi blighted ovum atau molar pregnancy. نعوذ بالله من ذلك. Tapi itulah kemungkinan-kemungkinan bila seseorang perempuan mempunyai UPT positif.  Sekarang tinggal menunggu minggu depan, dalam 5 atau 6 Feb untuk TVS. Kalau nampak fetal heart, sahlah pregnant.

So, tunggu minggu depan untuk update seterusnya.

Sabtu, 25 Ogos 2012

Delivery

Setelah berhari-hari menunggu, tak juga2 bersalin, akhirnya suami balik 8 Ogos malam sebab terpaksalah ikut plan Dr untuk induce pada 9 Ogos pagi. Hari sebelumnya pula mak dan ayah mertua pun dah datang untuk sambut cucu ni. Mereka datang dengan anak bongsu mereka, Wajihah umur 10 tahun. Kerana disuruh puasa mulai jam 12 malam, kami 'bersahur' di McDonald's. Sedap pula makan McD malam tu. Malam tu agak susah tidur. Nervous kot. Bila bangun, orang lain sahur, kita gi mandi dan siap2 untuk jalan. Masuk je subuh, sembahyang dan jalan. Ayah mertua pun ikut hantar.

 Updated dengan gambar;
Ready for induction!

Suami yang tetap tak nak bergambar!
Bersama ayah mertua

























Lengang hospital pagi2 tu. Nurses pun tengah buat kerja pagi mereka masa tu. Dalam jam 6 lebih lepas diperiksa dan case note dah sampai, ubat pun dimasukkan jam 6.50 pagi. CTG baby awalnya tak berapa cantik sebab sleeping pattern, tapi alhamdulillah dapat juga nak induce. Berbaringlah selama dua jam supaya ubat tu bekerja. CTG pun berpasang. Dua jam baring memang rasa penat dan sakit pinggang. Bila mengiring, CTG jadi poor tracing pula. Bila kita dan suami tengok2 pattern CTG, macam tak berapa cantik. Susah betul rasa. Dalam jam 10 lebih Dr Krishen datang tengok CTG. Tengok reaksi dia , rasanya dia pun rasa CTG tak berapa cantik. Tapi dia bagi peluang sampai jam 11 lebih.

Pada jam 11 lebih, nurse periksa, cerviks masih posterior lagi. Jauh betul dan susah nak dirasa. Sakit jadinya bila diperiksa. Jadi terpaksalah nurse mengandaikan cerviks belum buka. Tekanan darah pun bila diperiksa, agak tinggi. Ada yang jejak 160/90. Bila dilaporkan ke Dr Krishen, dia pun suruh preparelah untuk operation jam 12 tengah hari. Memang dah dijadualkan jam 12. Nampak sangat Dr pun dah agak memang akan bedah. Aiii....banda yang dikhuatirkan tapi dah diagak akan terjadi.

Di SMC ni, terkejut juga bila nurse cukur bulu ari bila sedia kita untuk operation. Sepanjang masa belajar dan bekerja, cukur bulu ari dah tak dilakukan. Tapi ikut jelah cara Dr Krishen ni. Tengah bersiap2 tu, contraction yang kuat mula rasa. Sebelum tu ada gak rasa, tapi masih boleh tahan. Tapi yang semasa nak tunggu operation, komainlah sakit. Tak tahan betul dan buat rasa tak sabar nak dapatkan ubat bius. Teringat masa pasang CTG nila contraction tu ada yang jejak 70 lebih. Nasib baik suami dibenarkan masuk dalam bilik operation. Mula-mula dia tak nak masuk atas alasan selsema, tapi dah Dr suruh masuk, dia turut jelah. Syukur alhamdulillah suami masuk. Masa sakit contraction tu dapatlah minta tolong dia gosok belakang dan pegang tangan.

Dr bius SMC ni baik dan lembut. Pasang branulla warna pink pun dia bagi ubat bius dulu (tapi jarum). Ni pun tak biasa dilakukan oleh nurse atau Dr lain (termasuk saya sendiri. Biasanya spray lignocaine je) sebab buat apa nak cucuk 2 kali. Tapi rupanya, kebaikannya adalah, sakit atau ngilu ada IV line tu berkurang. Bila dia bagi ubat spinal pula dengan cara baring mengiring. Kalau kat Hospital Likas, biasanya dalam keadaan mak2 tu duduk. Nasib baik cucuk sekali je dah dapat bius. Berat kaki dan kebas bila dibius spinal ni.

Bila Dr Krishen dah start, Dr bius baik hati bagitau dah mula dah. Suami diam je tengok kita dibedah. Cepat je Dr krishen buat. dalam 10-15 minit. Dia bagitau juga dah ada meconium juga rupanya dan cerviks baru buka 1-2cm. Pada jam 1215 tengah hari, lahirlah baby perempuan kami. Naim disuruh ikut baby. Ingatkan dia akan datang balik. Rupanya dia terus ikut keluar je. Tapi baby sempat dibawa masuk balik oleh Dr anak lepas dibersihkan untuk ditunjuk dan dicium kita. Mula-mula kekok gak tengok baby tu. Dahlah dah buka mata. Lambat sikit reaksi untuk cium dia. Lepas cium pipi baby, baru Dr bawa keluar balik baby. Selepas setengah jam kita dijahit tutup, kita dibawa keluar. Dr bius pun ingatkan jangan gerak selama enam (baring flat) tapi dah boleh minum air biasa dulu. Keluar-keluar, mommy, daddy, mak dan ayah mertua dan suami dah tunggu kat luar. Tanya juga Naim tentang meconium tu. Dia kata memang dah berak dan agak coklat juga air ketuban. Cuma baby baru berak. tak lama sangat. Mungkin sebab tu CTG tak cantik sangat. Kiranya memang patut lahir cara bedah juga. Bayangkan, masa nak bedah, cerviks baru buka 1-2cm dia dah berak. Kalau tunggu beranak biasa, kena tunggu minimum 1 jam lagi untuk cerviks lebih buka (3-4cm) sebelum pecahkan air ketuban kalau tak pecah sendiri. Kemungkinan untuk jadi fetal distress memang tinggi. Belum lagi mengingatkan sakit contraction yang dah tak boleh tahan sedangkan baru 1-2cm. Kiranya memang Allah dah tentukan lahir cara pembedahan untuk anak ini adalah cara yang terbaik.

Welcome Inarah Zabdah

The baby cot tag

Father and daughter first picture


Dengan keluarnya bayi ni, Road to Baby selesai dan bermulalah pula chapter Road of Rearing pula.  


Isnin, 6 Ogos 2012

Last Clinic Appointment

Today I went to my last planned clinic appointment. BP is well, so the doctor isn't worried. Well, since I will be 39 weeks this Friday, I asked him what is the plan if I don't go into labor. The plan is to induce me this Thursday. I will be admitted at around 5 am and reviewed if suitable for induction. So, I can still try for SVD. But, if the induction fails, then the baby will be delivered that day by Cesarean Section. Right now, all I can do is wait.

Feeling really nervous actually. I am actually really torn between SVD and CS. I mean, I know the benefits of natural birth and how it is way far better than CS, but.....there are still the feelings of what if....Haaa....wait and tawakkal. That is the only thing left. I trust God will give me the best despite the circumstances. Lots of 'bad' situation that happen in my life actually turns out for the better. I have faith that the delivery of this child will also be the best choice by God.

Sabtu, 4 Ogos 2012

Anniversary Alone

Sedihnya rasa hari ini. Kali pertama berjauhan dengan suami semasa anniversary. Dah enam tahun kahwin dan anak masih lum ada. Ingatkan dah pegang kat tangan, tapi masih nak kat dalam perut lagi. Takpelah. Tunggu Isnin untuk keluar, supaya abah leh bersama.

Alhamdulillah, gerak anak bagus. Tapi false labour atau Braxton Hicks agak berkurang. Dokter pun cakap hari tu, gara2 ambil ubat darah tinggi Nifedipine, mungkin boleh bikin lambat labour. Yelah, ubat tu pun digunakan untuk memberhentikan premature contraction. Tawakal jelah.

Tengah dah sarat ni pun, tadi tetap berjalan ke mall dengan daddy, mommy dan anak buah kita. Tak boleh nak tahan diri dari berjalan. Daddy nak cari baju raya untuk cucu2 dia. Selain itu, tolong transferkan duit untuk pembantu juga ke Indonesia. Di Parkson belilah baju raya. Beli juga baju raya baby. Mentang2 tau jantina, angkat ke baju skirt merah jnama Disney. Kat Giant pula terus dapat apa yang nak diinginkan, meja lipat kecil untuk dijadikan bed table. Selesalah sikit nak main laptop di atas katil dan kaki dapat diluruskan.

Jumaat, 3 Ogos 2012

POG 38 weeks

It is my birthday today! Plus my pregnancy reaches it 38 weeks. Hopefully I'll deliver next week. Any day as long as it starts on Monday. Don't make it this weekend as my husband can't be around. Anyway my PIH is well controlled. So we will have another appointment on Monday.

My birthday went well anyway. For iftar I managed to cook spaghetti bolognaise and after the Maghrib prayers, cut my birthday cake that I ordered after my previous clinic appointment. It was a delicious moist chocolate cake. Bought it from Strawberry Cake House at Damai. Enjoyed celebrating it with my family despite no husband around.


Tomorrow pula, will be celebrating my anniversary! Sayangnya husband jauh di Pitas. So celebrate long distancelah. In a way, I did wish for the baby to be born on 5th. Then next year, we will have 3 days in a row of celebration. But now I don't want that. I want my husband to be around when this baby is born, so earliest for this baby to come is the 6th. HOPEFULLY!

Selasa, 31 Julai 2012

POG 37 weeks

Wah...lama betul tak update blog. Alhamdulillah, kandungan sekarang dah capai 37 minggu. Sepanjang mengandung ni rasa happy betul. Alhamdulillah takda masalah. Kerja pun okay. Walaupun plan asal nak ada pembantu bila dekat2 ni, tak jadi, tapi dapat tahan juga. Bulan Ramadhan pun dah start. Dapat juga puasa.

Tapi sayangnya puasa dapat 9 hari je. Bila jumpa specialist pada 37mingggu 3 hari (kelmarin), kena diagnose dapat PIH lah pulak. PIH ialah pregnancy induced hypertension...tekanan darah tinggi akibat hamil. Terpaksa start makan ubat darah tinggi. Tak puasalah jadinya, sebab kalau kira2 masa, kalau puasa, lama sangat waktu siang tu tak makan ubat. PIH ni memang sering terjadi pada ibu hamil pertama kali dan apa lagi kalau IVF.

Kerana plan nak lahirkan kat hospital swasta (kerajaan penuh sangat. Specialist IVF pun galakkan ke hospital swasta), jadi tadi pergi pula appointment ke Dr swasta. Tambah lagi ubat darah tinggi sebab tekanan darah tak turun sangat. Scan tadi, berat baby dalam 3.2kg. BESAR gak. hehehe. Tapi Dr kata kerana tu leh dapat PIH. Esok kena ambik darah. Hari Khamis ni appointment lagi. Harap2 okay. Kalau dia nak paksa beranak pun harapnya hari Isnin depan, sebab laki kerja sampai hujung minggu ni. Tawakkal jelah.


Khamis, 12 April 2012

POG 22 wks

Lamalah sesangat tak publish blog ni. Nampak sangat yang kita ni bukan aktif menulis. Buat journal pregnancy pun tidak. Tapi alhamdulillah, baby IVF ni dah capai 22 minggu. Tak jadi kembar. Kantung janin yang satu lagi kosong. Tiada baby. Takpelah. Satu baby lagi sihat dan selamat.

Pregnancy sickness pun dah kurang banyak. Tapi sayangnya, baby ni macam tak suka susu. Masih muntah bila minum susu, minuman ada susu atau bila makan aiskrim atau yogurt. Aii...susah jadinya nanti kalau anak ni tak suka susu.

Walaupun ini baby IVF, alhamdulillah normal buat sampai masa sekarang. Siap berjalan-jalan lagi. Hari tu bila usia kandungan 3 bulan, balik kampung suami di Batu Pahat. Buat kenduri selamat sekali. Masa kandungan 18 minggu pula, berjalan-jalan ke Chiang Mai selama seminggu. Sekarang ni pun, 2 minggu sekali confirm akan turun ke Kota Kinabalu. Nanti hujung bulan ni pula akan balik ke kampung suami. Travelling baby! Doa dan tawakal supaya semua okay walaupun berjalan-jalan. Yelah, mak-mak dari kampung dengan jalan yang amat teruk pun leh keluar ke bandar/pekan untuk perikasa kehamilan. Jadi insyaallah, untuk kita ni pun takpe.

Selasa, 13 Disember 2011

Two Days After Scan

Lama tak tulis. Tak laratlah. Pregnancy sickness bertambah2. Lebih teruk waktu malam. Ni pun macam paksa diri. Makan yang leh masuk macam ikan, buah-buahan dan nestum. Tu pun kena makan sikit2. Bikin lagi nervous ni, hari ni adalah kali kedua ada bleeding dan spotting. Kali pertama satu hari je. Bed rest satu hari. Sekarang bleeding lagi masa kerja. Dah berhenti sekarang. Semoga takde papalah. Harap2 berdarah biasa je.

Anyway, 20 Disember hari appointment dengan doctor. Dorang pun excited. Kerana usia kandungan baru 6 minggu, jadi buat scan secara transvaginal. Alhamdulillah, nampak dua kantung janin. Satu janin dah nampak jantung. Satu lagi belum. Antara lambat tumbuh atau jadi 'vanishing twin'. Scan akan buat lagi pada 6 Januari ni.

Tapi bila bleeding lagi hari ni, kemungkinan untuk jadi vanishing twinlah. Tawakkal jelah pada Allah. Kita ni meminta yang terbaik. Kalau kembar tu okay, insyaallah nanti kembarlah. Kalau tak mungkin satu nilah yang terbaik.


Khamis, 8 Disember 2011

POG 4W

Alhamdulillah...hari ni genap 4 minggu usia kehamilan mengikut hari haid terakhir. Tu maksud title post kali ni. Period of gestation (POG) 4 weeks. Semoga kekallah kehamilan ni. Nak kata ada tanda2 tu takdelah lagi. Refluks (suka sendawa) dan mual sikit adalah. Tapi...kelmarin terpaksa ke Kudat. Jauh gak perjalanan. Ambil masa 2 jam. Pakai pula VIGO kerajaan yang suspension dan absorber dah rosak. Teruk jadinya mabuk perjalanan. Pergi balik, berkali-kali minta berhenti untuk muntah. Tapi tu pun gara-gara tak makan tengah hari sebelum jalan. Perut kosong, minum soya bean. Hah..tulah jadinya.

Nasib baik, Naim dah belikan makanan. Sampai je rumah (muntah sikit lagi), baring jap. Minta manja, picit sikit kepala. Lega je sikit, terus makan. Wah, terus segar lepas makan. Memang nak makanlah lepas ni sebelum jalan jauh. Another thing, is that I have to travel with a good car. Hari ni bagus. Langsung takda muntah. Sendawa nak naik atas je. Tu okay jelah. Nurses tadi sibuk tanya macam perjalanan kelmarin. Jawap jelah yang kita mabuk. Dah tau gak, mesti driver cerita. Pandai dorang cakap balik, yang mebuk tu buah2 cinta. Amin.

Dalam post kali ni saja je nak post gambar bukti hamil. Gambar ngan keputusan takleh post. Tak pakai tudung.
Nilah keputusan HCG. Jarum terakhir untuk pregnant.

   
5th December UPT pun positive.
Okay..sekarang nak cari-cari free sample susu untuk ibu mengandung pula.


Start of Pregnancy

A person had suggested to take a picture of myself on the day that we knew we were pregnant for the baby journal. It was a good idea. I took lots of self snap with the results. Turns out the best one was the one me holding the results upside down. I was too tired to take another right picture so I will use the upside down one.

On 5th December, despite just being 2 weeks pregnant, my reflux was getting worse. Usually I can hold my foods. Now, I had vomited twice. But it isn't that bad. No other sign and symptoms felt.

Naim is still in a hard to accept state. He asked me to do a UPT. To reconfirmed! Hmm...for his satisfaction I did the UPT in my afternoon break today. Duh! It was positive. Despite expected, I was still happy too see the lines. Took pictures of the strip too. Now Naim truly believes that I am pregnant. Currently he is impatient for me to start booking my ANC.

People at work also know about the results. They are also happy for us. A friend even ask why am I not on leave. I am feeling fine.  Working at KKIA is not that bad. I am also happier to see pregnant mothers and newborns. No envy or anger. Just what I had prayed for.

The doctor SMS me in the afternoon. My next appointment is on 20 December to scan. In the meantime continue all the meds. Since my crinone will be finishing tomorrow, I will changed to utrogestan. Naim said he will try to accompany me. He'll arrange his calls. He suggested for me to take leave on 19th, but we'll see. Other than all of this, life continues.