Khamis, 15 Januari 2015

Selepas Bersalin, Day 1

Di post sebelum ni Hanum ada beritahu Ijlal kuat tidurkan? Selain dari kuat tidur waktu di hospital tu, Hanum juga menunggu2 untuk Ijlal ni kencing. Dia tu selalu berak, tapi langsung tak kencing. Waktu malam, dalam jam 8 atau 9, dokter kanak-kanak datang tengok Ijlal sebab dia dirujuk kerana merupakan baby of GDM mother dan tak kencing lagi. Dia bagitaulah kat Hanum, kalau lepas 24 jam dilahirkan tak kencing juga, Ijlal akan ditahan di wad. Dia ada bagitau juga yang mungkin kerana diapers yang terlalu efisien menyerap kencing, jadi itu yang nampak macam belum kencing lagi. Jadi bila Hanum ganti diapers Ijlal seterusnya, Hanum pakai bedung yang bentuk macam lampin dah dilipat sebagai diapers Ijlal. Pengganti lampin kain. Luar lampin tu, Hanum letak diapers.

Nurse juga tolong periksakan lampin tu. Berak je. Kencingnya tak. Nurse juga periksa, samada Hanum ada susu ke tak. (Obviously ada susu. Very rare new mom takde susu after delivery. Lagipun Hanum baru hentikan Inarah BF) Jam 2 pagi, nurse ambil anak Hanum (setelah berkali-kali mereka tolong periksakan kencing dan ganti lampin) sebab memang tak kencing lagi. Berak je. Nurse tu dah cuba rangsang untuk kencing dan akhirnya terpaksa juga bagi cup feeding 1 oz of formula milk. Takpelah, for the sake of Ijlal. Tapi masih juga tak kencing. Dan akhirnya dalam jam 4 pagi, nurse bagitau, yang Ijlal dah diadmit di NICU level 1. Istighfar jelah. Hanum pun tau itu procedure. Lagipun selalunya baby akan kencing juga. Doa je banyak2 yang Ijlal akan okay.

Hanum ke NICU level 1 dalam jam 6 atau 6.30 pagi. Tak tahan, ngantuk dan penat sangat sebelum tu. Lagipun Hanum tau Ijlal takkan nak susu lagi lepas baru je diberi susu. Di NICU, dia dah diberikan 1 oz lagi cup feeding. Takpelah. Apa nak buat. Hanum nak perah, rasanya memang takkan sampai 1 oz di hari 0 atau 1 lepas melahirkan. Darah dia dah diambil untuk periksa keadaan buah pinggang dan juga kuning dia.

Ijlal dah memang agak kuning. Baby of GDM mother memang mempunyai risiko untuk dapat severe jaundice. Jadi Hanum memang nak suruh mereka periksa serum bilirubin dia. Tapi waktu Hanum naik tu, memang belum keluar keputusan darah. Cuma Hanum berdoa yang Ijlal akan kencing dan kuningnya tak perlu ditahan. Bercakap dengan Ijal supaya dia kencing dan kuning okay. Dah rindukan Inarah. Nak balik jumpa kakak Ijlal.

Hanum berikan lagi dia breastfeeding dan biarkan je Ijlal tidur lepas tu. Hanum juga bawa barang-barang Ijlal ke NICU. Jumpa nurse yang bagi cup feeding. Dia beritahu Ijlal tak habiskan semua, dan macam tak suka formula. Hahaha...baguslah...tak suka formula. Maknya ni kena lebih breastfeeding. Tapi, mungkin lebih kerana kenyang sebab perut baby baru lahir ni kecil je. Tak sampai 1 oz. Diapers Ijlal, Hanum periksa, mereka letakkan gauze supaya nampak basah atau tidak kerana kencing. Tapi memang masih kering.

Tidur lepas feeding dan ambil darah

Ada juga tag nama jadinya untuk Ijal

Dalam jam 7 lebih ke jam 8, Hanum turun balik ke wad Hanum. Penat kalau di NICU lama-lama sebab duduk atau berdiri je. Coccyx yang sakit itu tak membenarkan Hanum duduk lama-lama. Baring pun kena mengiring. Hanum juga fikir, nanti kalau HO atau MO nak buat rounds, Hanum takde...susahlah pula mereka nanti.

Tapi lamalah pula mereka rounds. Yelah...Hanum ni pesakit stabil, jadi MO atau specialist memang akan tengok kemudian. Sementara tunggu mereka, anak Hanum dah dihantar ke Hanum dalam jam 11 lebih. Katanya dah kencing dalam jam 9 atau 10 pagi. Kuning pun tak tinggi sangat. Alhamdulillah. Sekarang tunggu maknya pula untuk discharge. Tak lama kemudian, MO buat rounds dan juga benarkan Hanum pulang. Yay.

Tengahari dah boleh balik, tapi mak Hanum hanya boleh ambil petang. Alhamdulillah, nurses kata takpe. Hanum juga hubungi nurse fertiliti, tanya boleh jumpa di wad tak untuk ambil gambar. Bila dah nak habis office hours tu dan mereka dah habis kerja, mereka jumpa Hanum di wad. Masa tu mak Hanum pun dah datang. Memang dah siap2 untuk balik.

Ijlal dah keluar wad

Gilir2 ambil gambar dengan unit fertiliti




Lepas bergambar tu Hanum dan Ijlal pun pulang ke rumah. Lepas ni mulalah pantang di rumah.

Selasa, 13 Januari 2015

Selepas Bersalin, Day 0

Dah bersalin...sekarang kita cerita lepas bersalin.

Hanum di wad dua hari lepas bersalin. Kerana hari pertama bersalin jam 2 pagi dan masuk wad jam 9 atau 10 pagi (kot...memory tak berapa ingat dah), jadi tak mungkinlah dapat keluar petang tu juga. Lagipun kerana ada GDM masa mengandung, baby Ijlal perlu diperiksa kadar glucose dia setiap 4 jam selama 24 jam. Ini untuk memastikan baby tak kekurangan gula kerana bila dalam perut dah terbiasa dengan gula yang tinggi, bila keluar dan baby mungkin tak dapat nak stabilkan kadar gula dia.

Setiap kali cek, berdoa yang tak hypo(kurang). Tapi adalah sekali di waktu petang, Ijlal hypo. Berabislah lepas tu pujuk dia supaya menyusu. Alhamdulillah bila diperiksa setengah jam kemudian, glukose dia normal. Jadi takdelah Ijlal perlu diberi cup feeding. Tapi risau juga waktu tu, sebab Ijlal kuat tidur. Susah betul nak bagi dia menyusu waktu tu. Balik2 kena bangunkan dia.

Cerita pasal hypo ni....ada satu pesakit Hanum GDM masa mengandung. Lepas lahirkan anak dia, anak dia balik-balik hypo. Seminggu ditahan di wad kerana hypo tu. Pada umur 7 bulan, didapati anaknya perkembangan lambat. Bila dibawa ke pakar, pakar mengesahkan anak dia cerebral palsy dan besar kemungkinan disebabkan kejadian hypo semasa lahir. Itulah ujian Allah pada keluarga tu yang disebabkan GDM.

Kes seperti ini memang jarang terjadi, tapi itulah antara risiko pada bayi yang dilahirkan oleh ibu2 GDM. Jadi pada siapa2 yang GDM atau DM tu, jaga makan baik2 dan control glukos dengan baik. Lepas bersalin, breastfeeding anak tu cukup2. Doa banyak2.

Bab breastfeeding pula, Alhamdulillah dengan Ijlal ni Hanum tak sakit sangat masa mula2 menyusu. Mungkin sebab Hanum baru je hentikan Inarah menyusu dalam 2 minggu lebih sebelum bersalin. Jadi susu masih ada dan payudara agak lembut. Tapi nanti kita cerita lebih pasal breastfeeding Ijlal ni.

Tengahari lepas Hanum bersalin, mak Hanum datang. Bawakan barang-barang yang tak sempat di bawa dan makanan sikit lagi. Kerana kali ni bersalin biasa, Hanum terus dibelikan bengkung kain yang moden punya. Dah siap ada tali dan pakai macam tali kasut. Sedap sikit belakang bila dah pakai bengkung. Mak Hanum memang sungguh2 ajar dan suruh pakai bengkung. Tapi Hanum tak nafikan bengkung memang penting. Masa Inarah, pakai corset Skiva (jenis velcro. Bukan jenis yang kancing) selepas 1 bulan lepas bersalin. Bengkung atau korset yang dipakai masa pantang ni boleh membantu membentukkan badan selain dari breastfeeding, sebab badan masa pantang ni senang sikit nak buang lemak tambahan gara2 mengandung tu. Jadi rajin2 ya pakai bengkung atau corset kalau nak cantik balik.

Ramai juga yang ziarah Hanum hari tu. Pertama menang mak Hanumlah. Kedua adik hanum, Hanim dan kelurganya. Lepas tu sepupu Hanum pun datang ziarah sebab kebetulan anak dia masuk wad kanak-kanak. Di waktu petang pula, pakcik Hanum dan isterinya datang ziarah. Seronok juga dapat banyak tetamu, tapi penat gak...sebab tidur lum cukup.

Bila dah sampai waktu malam, mak Hanum balik. Alhamdulillah okay je walaupun coccyx sakit dan susah nak bergerak, tapi Hanum lebih mudah nak uruskan diri dan bayi sendiri. Jadi malam tu tinggal Hanum dan baby di wad menunggu esok hari datang.




Jumaat, 2 Januari 2015

Semasa Bersalin Part 2

Lamakan Hanum nak update. Anyway kita sambung cerita.

Dalam jam 9 malam, dokter pakar buat rounds dan jumpa Hanum. Dia periksalah waktu bukaan serviks. Dia kata dalam 2 ke 3 cm tapi serviks dah lembut. Waktu tu dia tanya nak ubat tahan sakit tak. Memikirkan bukaan serviks yang masih kecil, Hanum jawap nak lah. Paling lewat pun ni akan bersalin esok pagi atau malam.

Sebelum dapat Nubain lagi, buat lagi CTG. Awal2 tu sleeping pattern juga, tapi alhamdulillah CTG menjadi okay. Dapatlah Nubain dan Hanum dapat tidur lagi sampai jam 11 malam.

Jam 11 Hanum terbangun. Sakit kontraksi kuat betul terasa di belakang. Tapi bila Hanum timing, macam masih 3 in 10. Kerana curiga kiraan timing, Hanum download 'contraction timing' app. Waktu pakai fon Nokia lama. Nasib baik ada juga app tu walaupun lama juga nak download. Sejam juga Hanum timing. Tapi sambil tu, boleh juga Hanum terlelap.









Dari app tu, Hanum taulah juga berapa lama setiap contraction dan selang berapa minit sekali. Bila dah sejam timing, dah tak berapa tahan sakit dah. Panggilah nurse. Sekali nurse periksa, Hanum dah 8 cm.Terkejut Hanum. Nurse pun panik. Takut Hanum bersalin di wad. Cepat-cepat mereka hantar Hanum ke labour room.

Di labour room, Hanum telefon suami. Bagitau dah 8cm dan dah di labour room di bilik bersalin nombor berapa (sekarang dah tak ingat nombor berapa). Naim datang tak lama kemudian. Kerana baru 8 cm bagi peluang jelah dulu untuk lengkap 10 cm.

Tapi bila Naim cerita balik, tak sampai setengah jam...dah jadi 10 cm. Hanum pun waktu tu dah tak tahan, memang nak meneran.

Alhamdulillah, setelah nak 40 minit kot meneran...baby lelaki selamat dilahirkan pada jam 2 pagi. Baby terus kena bagi pada Hanum sampailah dah siap nak dijahit luka epi. Naim temankan sampai Hanum dan baby dah dibersihkan. Rasanya dalam jam 4 Naim balik rumah, sebab pagi tu juga dia kena balik Pitas untuk kerja. Huhuhu...dia tak dapat nak ambil paternity leave terus sebab takde yang boleh cover dia.

Lepas Naim balik, Hanum diberi milo dan biskut untuk alas perut. Tapi lepas bersalin tu Hanum rasa sakit yang teruk betul di bahagian coccyx (hujung tulang belakang). Nak bangun sendiri waktu tu memang susah. Kena minta tolong orang utk bangun.

Dalam jam 8 atau 9 pagi, Hanum dipindahkan ke wad. Dapat bilik wad kelas satu berdua. Sampai je di wad, telefon Naim bagitau dah masuk wad bilik berapa. Beritahu dia yang coccyx sakit sangat. Nak baring terlentang pun tak boleh dan rasa susah bila nak duduk atau bangun. Beritahu yang pain score dalam 7-8. Naim suruh minta ubat tahan sakit.

Bila dapat berdiri, Hanum cari nurse dan mintalah ubat tahan sakit. Nurse pun beritahu nanti dia bagitau dokter. Tak lama kemudian datanglah HO dan tanya2 tentang sakit tu. Dan tak lama kemudian datang pula MO. Tapi kerana Hanum boleh bergerak dan berjalan, dia kata ni sakit belakang yang biasa lepas bersalin. Tapi dia akan bagi ubat tahan sakit. Alhamdulillah lepas dapat ubat tahan sakit tu, kuranglah sikit sakit. Pain score dalam 3-4.

Bila dah kurang sakit...barulah rasa senang sikit untuk susukan baby dan bergambar2. Lepas ni kita cerita pasal pantang pula.
Breastfeeding in the ward. Rasmikan nursing cover baru.

Baby boy. Namanya Ijlal Zabib.