Selasa, 13 Januari 2015

Selepas Bersalin, Day 0

Dah bersalin...sekarang kita cerita lepas bersalin.

Hanum di wad dua hari lepas bersalin. Kerana hari pertama bersalin jam 2 pagi dan masuk wad jam 9 atau 10 pagi (kot...memory tak berapa ingat dah), jadi tak mungkinlah dapat keluar petang tu juga. Lagipun kerana ada GDM masa mengandung, baby Ijlal perlu diperiksa kadar glucose dia setiap 4 jam selama 24 jam. Ini untuk memastikan baby tak kekurangan gula kerana bila dalam perut dah terbiasa dengan gula yang tinggi, bila keluar dan baby mungkin tak dapat nak stabilkan kadar gula dia.

Setiap kali cek, berdoa yang tak hypo(kurang). Tapi adalah sekali di waktu petang, Ijlal hypo. Berabislah lepas tu pujuk dia supaya menyusu. Alhamdulillah bila diperiksa setengah jam kemudian, glukose dia normal. Jadi takdelah Ijlal perlu diberi cup feeding. Tapi risau juga waktu tu, sebab Ijlal kuat tidur. Susah betul nak bagi dia menyusu waktu tu. Balik2 kena bangunkan dia.

Cerita pasal hypo ni....ada satu pesakit Hanum GDM masa mengandung. Lepas lahirkan anak dia, anak dia balik-balik hypo. Seminggu ditahan di wad kerana hypo tu. Pada umur 7 bulan, didapati anaknya perkembangan lambat. Bila dibawa ke pakar, pakar mengesahkan anak dia cerebral palsy dan besar kemungkinan disebabkan kejadian hypo semasa lahir. Itulah ujian Allah pada keluarga tu yang disebabkan GDM.

Kes seperti ini memang jarang terjadi, tapi itulah antara risiko pada bayi yang dilahirkan oleh ibu2 GDM. Jadi pada siapa2 yang GDM atau DM tu, jaga makan baik2 dan control glukos dengan baik. Lepas bersalin, breastfeeding anak tu cukup2. Doa banyak2.

Bab breastfeeding pula, Alhamdulillah dengan Ijlal ni Hanum tak sakit sangat masa mula2 menyusu. Mungkin sebab Hanum baru je hentikan Inarah menyusu dalam 2 minggu lebih sebelum bersalin. Jadi susu masih ada dan payudara agak lembut. Tapi nanti kita cerita lebih pasal breastfeeding Ijlal ni.

Tengahari lepas Hanum bersalin, mak Hanum datang. Bawakan barang-barang yang tak sempat di bawa dan makanan sikit lagi. Kerana kali ni bersalin biasa, Hanum terus dibelikan bengkung kain yang moden punya. Dah siap ada tali dan pakai macam tali kasut. Sedap sikit belakang bila dah pakai bengkung. Mak Hanum memang sungguh2 ajar dan suruh pakai bengkung. Tapi Hanum tak nafikan bengkung memang penting. Masa Inarah, pakai corset Skiva (jenis velcro. Bukan jenis yang kancing) selepas 1 bulan lepas bersalin. Bengkung atau korset yang dipakai masa pantang ni boleh membantu membentukkan badan selain dari breastfeeding, sebab badan masa pantang ni senang sikit nak buang lemak tambahan gara2 mengandung tu. Jadi rajin2 ya pakai bengkung atau corset kalau nak cantik balik.

Ramai juga yang ziarah Hanum hari tu. Pertama menang mak Hanumlah. Kedua adik hanum, Hanim dan kelurganya. Lepas tu sepupu Hanum pun datang ziarah sebab kebetulan anak dia masuk wad kanak-kanak. Di waktu petang pula, pakcik Hanum dan isterinya datang ziarah. Seronok juga dapat banyak tetamu, tapi penat gak...sebab tidur lum cukup.

Bila dah sampai waktu malam, mak Hanum balik. Alhamdulillah okay je walaupun coccyx sakit dan susah nak bergerak, tapi Hanum lebih mudah nak uruskan diri dan bayi sendiri. Jadi malam tu tinggal Hanum dan baby di wad menunggu esok hari datang.




Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih untuk ulasan/komen/pertanyaan.
Saya akan cuba balas secepat yang mungkin. Kalau inginkan maklumblas yang lebih segera, boleh ke FB atau Google+ saya.

Thank you for comments/questions.
I will try to respond as soon as possible. If need a quicker response, you can try to reach me through FB or Google+