Memaparkan catatan dengan label Confinement. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Confinement. Papar semua catatan

Jumaat, 13 Februari 2015

Selepas Bersalin, Minggu Kedua dan Ketiga

Alhamdulillah minggu kedua bersalinkan Ijlal ni Hanum sihat. Takde masalah sangat. Minggu kedua ni adalah bersamaan dengan Parent Expo di 1Borneo dan raya haji.

Hanum ni memang agak degil...Parent expo tu memang Hanum teringin sangat nak pergi. Jadi, walaupun dalam pantang, Hanum bawa Ijlal. Naim, Inarah dan ayah mertua ikut sekali. Naimlah yang drive. Hanum beli nursing pillow, Medela collecting shells, diapers dan satu ring sling carrier. Perlahan2 jalan dan lepas siap shopping terus balik. Kalau nak suruh husband yang beli semua tu, belum tentu akan dapat apa yang kita nak. Tapi jalan tu, Hanum pakai bengkung dan stokin.

Minggu kedua dan tiga pantang ni, adalah minggu raya haji. Husband bawa family dia datang Sabah. Berkeras juga dia nak bawa family dia jalan ke Kundasang dan Ranau. Memandangkan family Hanum pun balik kampung, Hanum dan Ijlal pun dibawa ke Kundasang. Tak jalan sangat. Banyak tinggal di rumah home stay je. Itupun satu malam je nginap. Masa yang lain dalam kereta. Tapi nak dalam kereta lama sangat pun tak boleh, sebab sakit coccyx kalau duduk lama. Jadi beberapa tempat Hanum turun kereta juga.

Dalam kereta sementara yang lain pergi Rumah Terbalik

Makan tengahari di Mesilau Nature Resort

Di Desa Farm sebelum Check In di Home Stay

On the way to Home Stay

Pagi2 Sebelum Breakfast

Ijlal di Home Stay sementara yang lain jalan ke Poring dan Tagal Sungai Moroli
Sewaktu Hanum ditinggalkan di home stay, Hanum berurut dengan tukang urut kampung tu. Okaylah juga, nak legakan belakang. Tak lama berurutnya, sekejap je. Beberapa tempat tak nak urut kalau masih dalam pantang, tapi yang ni sudi urut masa dalam pantang. Okaylah juga. Dan petangnya kami balik KK.

Minggu depan lepas jalan tu, Hanum balik Pitas. Sekali-sekali je turun rumah. Pergi makan dan ikut pertandingan anak comel Hari Keluarga Pitas dan bawa Inarah keluar rumah untuk spend time masa berdua je.
Lunch Hari Keluarga Hospital Pitas

Ijlal pun lunch

Inarah Main je
Bukan apa kena bawa Inarah keluar rumah berdua. Minggu pertama di Pitas tu, Inarah mengamuk beberapa malam. Lambat nak tidur dan kalau tidur, mengigau. Ada yang dia bangun2, terus nangis, jerit 'tak nak', ulang2. Nampak adik dia, dia terus tolak2 kepala adik dia..

Jadi kami andaikan bahawa dia cemburu. Jadi untuk kurangkan cemburu tu Hanum layan Inarah betul2 waktu siang. Dan Alhamdulillah..kuranglah amukannya di malam hari itu.

Waktu di Pitas ni juga baru Hanum mula makan jamu. Beli jamu Binari dan minuman dalam pantang Atika Beauty. Cuma yelah..kena hati2 ya minum jamu2 ni. Pastikan lulus dari KKM. Tapi jamu Binari memang tak habis makan. Minuman tu Hanum habiskan dan sekarang minum ASI pula. Sedaplah gak airnya. Tapi nak kata berkesan sangat utk Hanum taklah. Tapi tak jugalah membawa apa2 keburukan. Just as a supplement.

Okay, Jadi ni jelah cerita masa pantang. Lepas ni Hanum akan cerita pasal breastfeeding and pumping for Ijlal.

Ahad, 1 Februari 2015

Selepas bersalin, bercukur rambut



Sebenarnya ini masuk minggu pertama selepas bersalin, tapi Hanum rasa panjang sangat pula post yang tu nanti kalau bab ini juga dimasukkan.

So mengikut sunah nabi, antaranya adalah sunnah rambut anak dicukur pada hari ketujuh. Kenduri aqiqahnya, kalau dapat buat, baguslah...kalau tak pun takpe. Banyak2 amalan sunnah lepas kelahiran ni, mencukur rambut ini antara yang paling mudah untuk dilakukuan sendiri.

Waktu tu, suami pun dah ada. Semasa Inarah dulu, kami bawa ke kedai. Tapi untuk Ijlal ni, suami kata kita cukur sendiri. Memula tu Hanum nervous juga, tapi suami ingatkan yang bayi2 di kecemasan atau wad kanak-kanak selalu je dicukur rambut. Tenang sikit lepas tu.

Sebelum bercukur, kami sekeluarga bergambar dulu. Ini gambar pertama sekeluarga.
Gambar pertama abah dengan 2 anaknya

Gambar pertama abah dengan Ijlal

Gambar pertama berdua 

Gambar pertama bertiga
Lepas bergambar tu, mulalah kami cukur rambut Ijlal. Kami guna pencukur rambut pakai buang je. Cukuran pertama dimulakan dengan bismillah dan selawat. Lembut-lembut je cukur. Jangan tekan sangat cukur tu supaya tak tertarik juga kulit. Cukur pun ikut arah rambut. Jangan lawan arah rambut. Kami cukur bersama, tapi takde gambar Hanum cukur sebab Hanum je yang sudi jadi camerawoman. Rambut yang dah dicukur, Hanum kumpul guna 'kitchen paper' dan kemudian masukkan dalam plastik with seal. Nanti pergi kedai yang ada penimbang digital, leh timbang untuk dapatkan berat rambut. Bawa juga plastik kosong yang sama untuk timbang berat plastik.

Ijlal dibedung dan disusukan sampai tidur sebelum dicukur
Kakak Inarah join tengok


Posisikan Ijlal untuk cukur rambut belakang

Rambut yang dah siap dikumpul

 
Ijlal yang dah dicukur. Sikit-sikit je yang tingggal

Kebetulan, tali pusat juga tertanggal waktu tu

1st Family Pic
Tambahan..lepas dah agak berbulan lepas cukur tu, Suami timbang rambut tu di Milimewa. Dapat 4g. Hanum pula timbang plastik kosong di Milimewa yang sama pada hari lain. Berat plastik 2g. Jadi kiranya berat rambut tu lebih kurang 2g, tapi kami anggap je lebih sikit. Duitnya kami sedekahkan kepada mangsa banjir Pantai Timur.

Kalau nak tanya apa2 tentang ni, sila tanya ya.



Selepas bersalin, minggu pertama

Lama juga cerita ya. Anyway lepas balik hospital, Inarah alhamdulillah okay je. Memandangkan suami lum lagi balik dari Pitas, malam tu kami bertiga je buat kali pertama. Hanum tidur di tengah2. Inarah hanya sebab sebut baby sambil tunjuk kat adik dia bila dia nampak adiknya. Takdelah juga dia memukul atau nak menolak adiknya. Tapi, tak juga dia nak memanjang cium je.

Takde apa sangat yang berlaku dalam pantang ni. Bila bersalin biasa ni, mudah sikit nak gerak. Memang coccydynia Hanum agak teruk, tapi pain killer memang membantu. Tapi yang paling Hanum syukuri apabila tak dibedah ialah dapat dukung Inarah sekali sekala, sekejap sekejap.

Bukannya apa, untuk mencegah Inarah cemburu, setiap kali dia panggil Hanum, Hanum akan cuba layan. Walaupun tengah menyusu Ijlal, Hanum akan cuba juga untuk layan. Alhamdulillah, cemburu Inarah tidak terlalu teruk dan Hanum tak pernah lagi perlu marah Inarah kerana Ijlal.

Ijlal dan Raudha, sepupunya lahir di awal bulan

Inarah dan Ijlal first pic together 

Gambar buka mata pertama

Gaya tidur waktu malam kalau maknya lum tidur lagi

Baby's tag Ijlal untuk kenangan

Mother's tag untuk kenangan
Alhamdulillah juga sepanjang minggu berklinik di KK Menggatal, semua okay. Jaundice Ijlal menurun dan tekanan darah Hanum tak naik. Memandangkan Ijlal dulu tak kencing dalam 24 jam, ujian darah fungsi ginjal dia perlu diperiksa lagi pada umur seminggu. Alhamdulillah juga, fungsi ginjal dia pun okay.

Cerita2 pasal KKIA Menggatal, susanannya dah jauh lebih baik berbanding waktu Inarah dulu baru lahir. Masa menunggu lama atau sekejap, tak perlu ceritalah ya. Itu rezeki masing2 dan menunggu itu biasa. Anyway keep up the good work KKIA Menggatal.
   

Khamis, 15 Januari 2015

Selepas Bersalin, Day 1

Di post sebelum ni Hanum ada beritahu Ijlal kuat tidurkan? Selain dari kuat tidur waktu di hospital tu, Hanum juga menunggu2 untuk Ijlal ni kencing. Dia tu selalu berak, tapi langsung tak kencing. Waktu malam, dalam jam 8 atau 9, dokter kanak-kanak datang tengok Ijlal sebab dia dirujuk kerana merupakan baby of GDM mother dan tak kencing lagi. Dia bagitaulah kat Hanum, kalau lepas 24 jam dilahirkan tak kencing juga, Ijlal akan ditahan di wad. Dia ada bagitau juga yang mungkin kerana diapers yang terlalu efisien menyerap kencing, jadi itu yang nampak macam belum kencing lagi. Jadi bila Hanum ganti diapers Ijlal seterusnya, Hanum pakai bedung yang bentuk macam lampin dah dilipat sebagai diapers Ijlal. Pengganti lampin kain. Luar lampin tu, Hanum letak diapers.

Nurse juga tolong periksakan lampin tu. Berak je. Kencingnya tak. Nurse juga periksa, samada Hanum ada susu ke tak. (Obviously ada susu. Very rare new mom takde susu after delivery. Lagipun Hanum baru hentikan Inarah BF) Jam 2 pagi, nurse ambil anak Hanum (setelah berkali-kali mereka tolong periksakan kencing dan ganti lampin) sebab memang tak kencing lagi. Berak je. Nurse tu dah cuba rangsang untuk kencing dan akhirnya terpaksa juga bagi cup feeding 1 oz of formula milk. Takpelah, for the sake of Ijlal. Tapi masih juga tak kencing. Dan akhirnya dalam jam 4 pagi, nurse bagitau, yang Ijlal dah diadmit di NICU level 1. Istighfar jelah. Hanum pun tau itu procedure. Lagipun selalunya baby akan kencing juga. Doa je banyak2 yang Ijlal akan okay.

Hanum ke NICU level 1 dalam jam 6 atau 6.30 pagi. Tak tahan, ngantuk dan penat sangat sebelum tu. Lagipun Hanum tau Ijlal takkan nak susu lagi lepas baru je diberi susu. Di NICU, dia dah diberikan 1 oz lagi cup feeding. Takpelah. Apa nak buat. Hanum nak perah, rasanya memang takkan sampai 1 oz di hari 0 atau 1 lepas melahirkan. Darah dia dah diambil untuk periksa keadaan buah pinggang dan juga kuning dia.

Ijlal dah memang agak kuning. Baby of GDM mother memang mempunyai risiko untuk dapat severe jaundice. Jadi Hanum memang nak suruh mereka periksa serum bilirubin dia. Tapi waktu Hanum naik tu, memang belum keluar keputusan darah. Cuma Hanum berdoa yang Ijlal akan kencing dan kuningnya tak perlu ditahan. Bercakap dengan Ijal supaya dia kencing dan kuning okay. Dah rindukan Inarah. Nak balik jumpa kakak Ijlal.

Hanum berikan lagi dia breastfeeding dan biarkan je Ijlal tidur lepas tu. Hanum juga bawa barang-barang Ijlal ke NICU. Jumpa nurse yang bagi cup feeding. Dia beritahu Ijlal tak habiskan semua, dan macam tak suka formula. Hahaha...baguslah...tak suka formula. Maknya ni kena lebih breastfeeding. Tapi, mungkin lebih kerana kenyang sebab perut baby baru lahir ni kecil je. Tak sampai 1 oz. Diapers Ijlal, Hanum periksa, mereka letakkan gauze supaya nampak basah atau tidak kerana kencing. Tapi memang masih kering.

Tidur lepas feeding dan ambil darah

Ada juga tag nama jadinya untuk Ijal

Dalam jam 7 lebih ke jam 8, Hanum turun balik ke wad Hanum. Penat kalau di NICU lama-lama sebab duduk atau berdiri je. Coccyx yang sakit itu tak membenarkan Hanum duduk lama-lama. Baring pun kena mengiring. Hanum juga fikir, nanti kalau HO atau MO nak buat rounds, Hanum takde...susahlah pula mereka nanti.

Tapi lamalah pula mereka rounds. Yelah...Hanum ni pesakit stabil, jadi MO atau specialist memang akan tengok kemudian. Sementara tunggu mereka, anak Hanum dah dihantar ke Hanum dalam jam 11 lebih. Katanya dah kencing dalam jam 9 atau 10 pagi. Kuning pun tak tinggi sangat. Alhamdulillah. Sekarang tunggu maknya pula untuk discharge. Tak lama kemudian, MO buat rounds dan juga benarkan Hanum pulang. Yay.

Tengahari dah boleh balik, tapi mak Hanum hanya boleh ambil petang. Alhamdulillah, nurses kata takpe. Hanum juga hubungi nurse fertiliti, tanya boleh jumpa di wad tak untuk ambil gambar. Bila dah nak habis office hours tu dan mereka dah habis kerja, mereka jumpa Hanum di wad. Masa tu mak Hanum pun dah datang. Memang dah siap2 untuk balik.

Ijlal dah keluar wad

Gilir2 ambil gambar dengan unit fertiliti




Lepas bergambar tu Hanum dan Ijlal pun pulang ke rumah. Lepas ni mulalah pantang di rumah.

Selasa, 13 Januari 2015

Selepas Bersalin, Day 0

Dah bersalin...sekarang kita cerita lepas bersalin.

Hanum di wad dua hari lepas bersalin. Kerana hari pertama bersalin jam 2 pagi dan masuk wad jam 9 atau 10 pagi (kot...memory tak berapa ingat dah), jadi tak mungkinlah dapat keluar petang tu juga. Lagipun kerana ada GDM masa mengandung, baby Ijlal perlu diperiksa kadar glucose dia setiap 4 jam selama 24 jam. Ini untuk memastikan baby tak kekurangan gula kerana bila dalam perut dah terbiasa dengan gula yang tinggi, bila keluar dan baby mungkin tak dapat nak stabilkan kadar gula dia.

Setiap kali cek, berdoa yang tak hypo(kurang). Tapi adalah sekali di waktu petang, Ijlal hypo. Berabislah lepas tu pujuk dia supaya menyusu. Alhamdulillah bila diperiksa setengah jam kemudian, glukose dia normal. Jadi takdelah Ijlal perlu diberi cup feeding. Tapi risau juga waktu tu, sebab Ijlal kuat tidur. Susah betul nak bagi dia menyusu waktu tu. Balik2 kena bangunkan dia.

Cerita pasal hypo ni....ada satu pesakit Hanum GDM masa mengandung. Lepas lahirkan anak dia, anak dia balik-balik hypo. Seminggu ditahan di wad kerana hypo tu. Pada umur 7 bulan, didapati anaknya perkembangan lambat. Bila dibawa ke pakar, pakar mengesahkan anak dia cerebral palsy dan besar kemungkinan disebabkan kejadian hypo semasa lahir. Itulah ujian Allah pada keluarga tu yang disebabkan GDM.

Kes seperti ini memang jarang terjadi, tapi itulah antara risiko pada bayi yang dilahirkan oleh ibu2 GDM. Jadi pada siapa2 yang GDM atau DM tu, jaga makan baik2 dan control glukos dengan baik. Lepas bersalin, breastfeeding anak tu cukup2. Doa banyak2.

Bab breastfeeding pula, Alhamdulillah dengan Ijlal ni Hanum tak sakit sangat masa mula2 menyusu. Mungkin sebab Hanum baru je hentikan Inarah menyusu dalam 2 minggu lebih sebelum bersalin. Jadi susu masih ada dan payudara agak lembut. Tapi nanti kita cerita lebih pasal breastfeeding Ijlal ni.

Tengahari lepas Hanum bersalin, mak Hanum datang. Bawakan barang-barang yang tak sempat di bawa dan makanan sikit lagi. Kerana kali ni bersalin biasa, Hanum terus dibelikan bengkung kain yang moden punya. Dah siap ada tali dan pakai macam tali kasut. Sedap sikit belakang bila dah pakai bengkung. Mak Hanum memang sungguh2 ajar dan suruh pakai bengkung. Tapi Hanum tak nafikan bengkung memang penting. Masa Inarah, pakai corset Skiva (jenis velcro. Bukan jenis yang kancing) selepas 1 bulan lepas bersalin. Bengkung atau korset yang dipakai masa pantang ni boleh membantu membentukkan badan selain dari breastfeeding, sebab badan masa pantang ni senang sikit nak buang lemak tambahan gara2 mengandung tu. Jadi rajin2 ya pakai bengkung atau corset kalau nak cantik balik.

Ramai juga yang ziarah Hanum hari tu. Pertama menang mak Hanumlah. Kedua adik hanum, Hanim dan kelurganya. Lepas tu sepupu Hanum pun datang ziarah sebab kebetulan anak dia masuk wad kanak-kanak. Di waktu petang pula, pakcik Hanum dan isterinya datang ziarah. Seronok juga dapat banyak tetamu, tapi penat gak...sebab tidur lum cukup.

Bila dah sampai waktu malam, mak Hanum balik. Alhamdulillah okay je walaupun coccyx sakit dan susah nak bergerak, tapi Hanum lebih mudah nak uruskan diri dan bayi sendiri. Jadi malam tu tinggal Hanum dan baby di wad menunggu esok hari datang.




Khamis, 6 September 2012

Last Week Confinement

Eeh..ye ke dah minggu terakhir pantang? Kalau dikira memang dah habis minggu keempat pantang. Tapi sayangnya luka Hanum masih lum sembuh. Ada dalam 0.3-0.5cm lagi untuk tutup. Geram betul jadinya. Ya Allah, tutupkanlah luka dan sakit ni cepat2. Sakit perut dah kurang banyak tapi masih ada pedih-pedih. Takleh gerak banyak sangat dan angkat berat lagi. Cepat penat jadinya.

Minggu keempat pantang ni, Hanum dah balik ke Pitas dengan suami. Suami dah tak tahan ditinggal dan rumah bersepah. Bukan bermaksud Hanum mengemas dan masak masa pantang dan sakit ni. Cuma teman dan jaga baby je. Kerja rumah pembantu yang buat. Yelah...takkan kita kat KK, suami dan pembantu je kat Pitas. Bahaya tuh. Alhamdulillah pembantu okay dan baik walaupun baru kerja ngan kita. Sebelum ni dia kerja ngan adik dan mummy.

Inarah sekarang dah mula kenal sentuhan dan agak colic. Tidur dah minta dipeluk. Tak pun kena buai. Tetapi kerana tak beli buai dan baby cot dia belum bawa, Hanum tidur siangkan dan buai guna car seat dia. Dapatlah main FB dan blog. Esok nak balik KK. Semoga hari Sabtu lebih kuat. Hehehe...nak window shopping dan makan luar.


Rabu, 29 Ogos 2012

After Delivery

Sedar tak sedar, dah tiga minggu lepas melahirkan Inarah Zabdah. Macam-macam yang terjadi. Yelah raya pun tak lama lepas lahirkan Inarah. Minggu pertama, alhamdulillah berjalan lancar. Sayangnya, terjadi hematoma (lebam) yang besar kat perut berdekatan dengan tempat operation. Adik yang tengok dressing luka pun kata teruk berdarah. Mungkin lebam gara2 darah tinggi kot, jadi ada salur darah yang terputus masa operation. Apapun, gara-gara lebam tu, sakit perut jadinya. Minta tambah ubat tahan sakit. Bila keluar hospital, dapat paracetamol, tramadol dan sodium diclofenac. Bila fikir2 balik, kesalahan yang Hanum buat sebelum keluar hospital adalah, tidak menunjukkan luka dan lebam tu pada dokter kerana waktu tu sedang breast feeding dan juga tak tanya tentang tekanan darah tinggi Hanum. Dokter ingat okay je, sebab Hanum pun tak complain bila dia datang wad dan dia percaya pada nurse dia. Tapi, kalau ditunjukkan, takde apa yang dia boleh buat, kecuali tambah nasihat dan mungkin satu jenis ubat. Dengan adanya tiga ubat tahan sakit tersebut, aktiflah Hanum pada minggu pertama pantang ni. Semangat susukan anak, dukung anak, turun naik tangga (sekali sehari) dan keluar rumah untuk cek kuning dan cukur rambut anak mulai hari kelima hingga hari kelapan lepas operation. Siap bergambar2 dalam bilik untuk umumkan di FB tentang kelahiran baby. Mak dan mak mertua pun ada untuk tolong, jadi rasa sihat sangat. Makanan pun sedap2 yang dimasak. Ada masalah sikit bila nak susukan anak (bab ni kita cerita lain pula). Minggu pertama ni rasa minggu paling bahagia dalam hidup.

Happy at day 4


Aktif cam tu dan pada hari jumpa Dr hari kelapan (mula minggu kedua pantang), dah mula tak sedap badan. Rasa sakit sangat lebam perut tu. Nak jalan pun jadi pelan sikit berbanding hari sebelumnya. Hah, pada hari tu baru Dr nampak lebam tu, dia pun nampak terkejut. Nasib baik luka cantik dan nampak dah sembuh habis. Dia tambah ubat prolase untuk turunkan bengkak, ubat darah tinggi sebab darah tinggi masih ada dan suruh tuam ais kat lebam tu. Orang tuam panas bila pantang, Hanum lain sebab lebam. Balik dari jumpa dokter, dah rasa tak larat. Kalau hari sebelumnya boleh dukung anak naik tangga dengan bantuan JumpSac, hari tu langsung rasa tak larat. Waktu ni, mak dan ayah mertua dah balik. Suami pun dah habis paternity leave. Esok pagi, walaupun sepatutnya pergi klinik lagi untuk cek kuning anak, tapi dah tak larat. Rasa sejuk dan bila mak urut, kata kita demam. Tapi ingatkan tu demam pantang biasa. Demam pun okay bila makan ubat-ubat tahan sakit. Jadi bertahan jelah satu hari tu. Tapi untuk jaga2 pagi Sabtu tu SMS Dr, beritahu yang hanum demam dan sakit kepala. Dia terus nak jumpa jam 11 tu. Sampai2 ke hospital, tengok baju dah berdarah. Periksa di tandas, nampak darah keluar dari tempat luka. Penuh pad kita dengan darah sedangkan sebelum ni darah nifas skit. Aiiiii, nak nangis rasa. Dokter kata memang luka terbuka. Darah beku dalam lebam mencair dan cari cara keluar. Ditambahlah antibiotik lagi tapi tak ditahan wad. Jumpa dia lagi pada pagi raya. Tapi bila suami tengok dan bersihkan luka, dia kata ni lebih baik masuk wad. Raya pun tak dapat disambut gara2 luka berdarah tu. Pada pagi raya kedua setelah bincang dengan semua, akhirnya buat keputusan masuk hospital.  Pilih hospital tempat suami kerja sebab selesa dan mudah sikit walaupun tiga jam perjalanan. Mak Hanum dapat temankan. Lima hari di wad. Dua hari pertama, darah dari luka masih banyak. Mulai hari ketiga dah mula sikit. Luka pun nampak bersih dan tak bernanah. Tapi paling tak tahan, ubat IV cloxacilin. Ubat tu memang sakit bila masuk. Berkali-kali nangis masa di hospital tu. Rasa minggu kedua pantang ni merupakan minggu paling teruk dalam hidup.

Beberapa hari setelah masuk wad untuk infected wound. Paksa juga untuk ambil gambar bertiga dalam masa tempoh dua minggu lepas Inarah lahir.


Sekarang, dah nak habis minggu ketiga pantang. Keluar hospital, balik ke rumah di KK. Kali ni langsung tak turun tangga dan keluar bilik. Baby je yang keluar. Mak tolong bersihkan luka setiap hari dengan dermacyn. Makanan tambahan seperti, jelly gamat, pati ikan haruan, sarang burung dan jamu juga kita makan. Kebaikan luka ni terbuka dan darah beku tu keluar adalah, sekarang dah boleh baring mengiring kiri dan kanan. Pada minggu pertama pantang, hanya  boleh mengiring ke kiri. Luka pun dah semakin kecil dan kering. Ikut suami dan adik lebih jahit balik supaya luka tu cepat tutup balik, tapi tak sangguplah nak berjarum2 lagi. Sanggup nak tunggu seminggu dua untuk luka ni tutup sendiri. Esok jumpa pakar, nak tanya pendapat dia. Kalau boleh pakai glue, lebih baik. Lantaklah mahal. Minggu ketiga pantang ni, rasa biasa-biasa jelah. Doa supaya luka tak makin teruk dan makin baik jelah.