Memaparkan catatan dengan label Breastfeeding. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Breastfeeding. Papar semua catatan

Selasa, 2 Ogos 2016

Support Breastfeeding

Breastfeeding support is about supporting the mother and baby in receiving the best milk in the best possible way able by the mother. Lets all work towards it, as it isn't as easy as it seems.


Penyokongan penyusuan susu ibu adalah menyokong ibu dan bayi dalam mendapatkan susu yang terbaik dengan cara yang terbaik yang mampu oleh ibu. Mari sama-sama usahakannya, kerana ia tak semudah disangka.




Isnin, 22 Jun 2015

Salam Ramadhan

Lama dah tak post..Alhamdulillah berjumpa lagi dengan bulan Ramadhan. Tahun lepas sedang hamilkam Ijlal. Sekarang menyusukan Ijla.

Ijla dah 9 bulan dan Alhamdulillah, Hanum masih boleh breastfeed. Ramadhan ni pun masih ada tenaga untuk memerah dan menyusukan Ijlal. Tapi memang tak dinafikan ia mencabar.

Hanum hanya pastikan kurma dan air yang banyak diambil masa buka dan sahur. Jam perah pun takleh ubah sangat. Konsisten is the key.

Kepada yang sedang berusaha IVF, sedang hamil atau menyusu...kuatkan semangat. Insyaallah Ramadhan ini kita akan cemerlang.

Mohon maaf juga sekiranya ada salah dan silap sepanjang Hanum menulis blog ini.

Rabu, 11 Mac 2015

Freemie As A Suggestion

Okay...so post2 Hanum sebelum tetang Hanum pam sambil kerja atau buat apa2 adalah dengan bantuan handsfree pumping bra dan nursing cover.

Tapi baru2 ini Hanum terjumpa produk yang cukup menarik iaitu Freemie colloection cups. Boleh dipakai dengan macam2 jenis pam.

Boleh tengok di website dia. Freemie ni kelihatan amat mudah untuk dipakai. Junior Hanum pun sarankan untuk pakai, sebab sangat mudah untuk bila2 masa.



Tapi Hanum ni hanya beri saranan. Hanum rasa sayang nak beli sebab Ijlal dah nak 6 bulan dan untuk tambah anak, lum tentu lagi. Pam guna handsfree bra dan nursing cover pun masih memadai untuk Hanum.

Tapi Hanum hanya nak kongsi produk yang Hanum rasa amat membantu untuk wanita bekerjaya dan ingin memberi susu ekslusif untuk anaknya.

Jumaat, 6 Mac 2015

Pumping Masa Kerja

Ini kiranya sambungan post yang sebelum ini. Ada yang bertanya di page FB Hanum. Jadi Hanum bawa ke sini.

Pertama tanya beli handfree bra di mana. Kalau di KK ni, leh cari di Happy Mums dan Baby Wonderland. Kalau online, Google je Simple Wishes handsfree pumping bra. Hanum pernah belanja di littlewhiz.com.

Kedua, masa kerja tu...part botol dan pam tu Hanum buat macam mana.

Lepas Hanum pam, Hanum simpan je botol dan part2 pam tu ke dalam plastic storage, dan masukkan je dalam cooler bag Hanum. Bila nak perah, perah je terus. Hanum tak bilas atau cuci. Kenapa?




Sebab susu perahan yang tertinggal di botol dan pam itu seperti susu perahan yang kita dah simpan dalam plastik breastmilk. Ia akan dijaga oleh suhu sejuk dalam cooler bag tu.

Sebab tu jugalah Hanum pakai cooler bag yang agak besar dan ice pack yang agak banyak. Supaya semua botol dan part2 tu sejuk. Kalau ofis ada peti sejuk, masukkan jelah dalam peti sejuk. Susu perahan dalam peti sejuk biasakan leh tahan 3-5 hari.

Cuma bila tak cuci ni, Hanum akan anggap semua susu tu diperah pada waktu yang sama, walaupun sebenarnya tak. Susu perahan tu Hanum akan label dengan masa susu perahan pertama pada hari itu. Jadi semua susu perahan semasa kerja tu Hanum akan label dengan masa yang sama. Faham tak? Tengok gambar mesti fahamnyalah.



Lupa nak add dulu, berapa lama session pumping Hanum. Hanum ni selalunya perah dalam 15-30 minit. Ikut keadaan masa. Puratanya dalam 20 minitlah setiap session. Hasil..seperti yg diketahui..berubah2 ikut hari. Jadi jangan stress tengok jumlah. Yang penting perah je.

Hope this helps.

Khamis, 5 Mac 2015

Pumping and Storing EBM For Ijlal

Kali ini Hanum akan cerita macam mana Hanum pump dan simpan EBM.

Pertama Hanum akan beritahu barang-barang wajib yang perlu ada untuk pumping terutama masa kerja serta review ringkas tentangnya. Ada apa2 nak tanya..tanya ya.

1. Breastpump
    Nak pakai tangan kaedah marmet pun boleh, tapi Hanum pernah terpaksa marmet dua hari....Hanum tak berapa sangguplah. Sebab ambil masa dan lenguh bahu bila marmet

    Jadi untuk Ijlal ni, Hanum pakai Medela Freestyle (FS). Memang berbeza dengan Autmunz dan Swing Hanum yang dulu. Freestyle lebih ringan, kecil, timer dan battery yang sedia ada membuatkan FS ini jauh lebih mudah untuk dipakai semasa kerja atau berjalan. Battery dia pun tahan agak lama. Rasanya setiap 2-3 hari kerja je Hanum perlu caj.

My FS

   Hanum beli FS di website tropikababies.blogspot.com. Hanum beli basic set sahaja, sebab yang lain-lain Hanum dah ada. Hanum beli ni pun masa Ijlal dah berumur 2 bulan lebih. Sebelum itu Hanum pakai Swing dan Autmunz Hanum.

2. Handsfree pumping bra



    Hanum pakai jenama Simple Wishes. A bit expensive tapi ia sungguh mudah untuk dipakai semasa pumping bila2 masa (actually, I am typing this while pumping. I had also pump while driving and while seeing and scan patients). Hanum ada tengok jenama lain yang lebih murah, tapi ia amatlah leceh untuk dipasang. Sekarang Hanum ada dua. Masa Inarah dulu, Hanum ada satu je.

3. Belt bag

Beli di Daiso je.

    Ya..Medela ada belt clip, tapi agak susah sikit nak selit klip tu di baju kurung masa kerja. Kerana FS ni kecil, jadi masukkan jelah dalam belt bag dan klip di pinggang. Belt bag ini juga berfungsi untuk simpan pump, tubing dan chargernya. Semua tu masukkan je terus dalam beg kerja atau beg masa jalan. Kalau malas nak pakai belt bag ni, Hanum selitkan je dalam poket White Coat Hanum masa kerja. Tapi kalau di rumah, masa nak pam sambil buat breakfast ke atau apa2, lebih mudah pakai beg belt ni. I couldn't have done this with Autmunz or Swing.

4.  Breastmilk storage bags and pen marker


Bila dah perah ni...mesti ada tempat untuk simpankan. Hanum memang suka pakai breast milk storage bagslah. Senang nak pakai. Nanti kita akan cerita macam mana Hanum pakai. Hanum pakai jenama Autmunz sebab tu yang Hanum leh dapat pada harga yang agak murah di kedai Baby Wonderland di KK. Dalam sebulan Hanum akan menggunakan 6 ke 8 kotak.

Pen tu tentulah utk label tarikh. Yang penting permanent marker.

5.  Nursing cover


   Kerana nak perah sambil kerja atau drive...nursing cover apron style wajib. Kekadang bila pam di rumah pun Hanum pakai sebab segan dengan pengasuh budak2 tu walaupun dia tu perempuan. Sekarang Hanum ada dua nursing cover. Masa Inarah dulu ada satu je.

6. Cooler beg dan ice pack


Hanum pakai cooler bag Nestle..mak mentua Hanum berikan. Okay gak beg tu. Tapi kena pakai dua ice pack baru cukup sejuk sampai petang.

Jadi, seperti yang diceritakan sebelum ini Hanum perah dalam 4 kali sehari bila kerja ni. Pertama bila bangun atau sampai2 je ke tempat kerja. Kedua bila dalam jam 9 ke 11. Ketiga dalam jam 12 lebih sebelum balik rumah tengah hari dan last dalam jam 4 petang. Waktu malam dalam jam 9 atau 10 kalau rasa perlu.

So itu bahan2 yang diperlukan. Sekarang macam mana nak store milk.

1. Bila dah siap perah, pastikan berapa oz atau ml yang ada.

Kalau sebelah lebih banyak, Hanum akan sama ratakan
Biasanya Hanum ni akan dapat dalam 2 oz ke 8 oz. Kekadang 110ml.

2. Sediakan breastmilk storage bag


    Jumlah susu yang ada Hanum bahagikan kepada beberapa plastik kalau perah dapat banyak. Kalau sikit, satu plastik je. Selalunya Hanum akan simpan 2oz-110ml setiap beg.

   Hanum akan labelkan tarikh dan masa perah. Bawahnya tarikh expired 6 bulan kemudian, sebab Hanum simpan susu dalam deep freezer. Terakhir Hanum akan tulis jumlah susu yang disimpan.

3. Simpankan susu dan pastikan hampir semua udara dikeluarkan.

Udara yang sikit akan mengurangkan freezer burn pada susu dan juga sudut susu yang agak tajam.

4.  Bekukan susu secara rata. Ini akan membuatkan beg nipis dan mudah disusun. Kalau simpan sikit2, akan lebih nipis dan rata. Sebab tu Hanum tak simpan banyak2. Cukup2 untuk sekali feeding je. Ijlal tak minum banyak setiap kali feeding. Jadi paling banyak memang simpan 110ml. Lagipun bila simpan nipis, susu nak defrost dan memanas pun cepat.


Pertama memang Hanum bekukan di freezer peti sejuk biasa. Susun je dengan benda2 lain dalam freezer.

5. Bila dah beku...pindahkan dan susun ke dalam plastic storage freezer yang besar. Nak beli plastik storage besar yang murah...beli di Daiso. Jenama dalam gambar ni, harganya dalam RM11 sekotak, dan ada dalam 15 ke 16 plastik je.  


Satu beg plastik ini bila dah penuh, cukup untuk Ijlal dalam 3-4 hari kerja. Kekadang seminggu pun boleh.

6. Hanum tandakan plastik storage besar itu dengan paper clip yang dilabel.


 Satu bermaksud plastik dengan stok susu yang paling awal. Dua dan seterusnya untuk stok susu yang seterusnya. Hanum tak label plastik storage besar tu dengan tarikh, sebab plastik tu boleh dipakai balik atau dipakai untuk simpan makanan lain.

Lagipun bila plastik satu dah habis...Hanum hanya perlu pindahkan klip2 itu ke plastik yang seterusnya. Hanum ada lima klip...bermaksud Hanum ada lima beg plastik berisi stok susu. Plastik keenam Hanum tak klip, sebab ianya setiap hari akan dibuka untuk simpan stok baru. Bila yang keenam dah penuh, selalunya yang pertama pun dah habis. Jadi klip pun berpindah plastik.

Faham tak bahagian ni? Tak faham leh tanya.

7. Susun plastik ikut turutan.


Jadi Hanum susun stok ikut turutanlah. Yang menegak tu adalah plastik satu dan enam. Ia untuk memudahkan nak ambil dan simpan stok. Plastik 2 hingga 5 Hanum susun secara rata, bertindih antara satu sama lain dengan 2 paling atas dan lima paling bawah. Seminggu sekali bila beg satu dah habis, Hanum susunlah balik supaya letak beg lima di bawah. Tapi okaylah. tak juga susah sangat.

Semua stok dalam gambar ini terkumpul dalam 2 bulan lebih sikit. Hanum ada dua plastik di rumah di KK, yang Hanum kumpul semasa pantang dan bila berada di KK.

Hanum ada deep freezer ni sebenarnya bukan khas untuk susu, tapi beli kerana peti sejuk bahagian freezer Hanum kecil...tak muat nak simpan ayam, ikan, udang kalau balik belanja dari tamu. Serai, lengkuas, halia, kunyit, cekur, rempah-ratus dan daun2 untuk masak pun Hanum simpan dalam freezer. Deep freezer Hanum ni pun saiz kecil dan sepertiga (nampak macam separuh, tapi bawah plastik tu ada bahagian freezer yang tinggi) yang dipenuhi dengan stok susu dan ice pack.

Jadi, inilah cara Hanum simpan susu EBM Hanum. Sekadar berkongsi pengalaman. Thank you for reading.

Jumaat, 27 Februari 2015

Breastfeeding and Bottle feeding Ijlal dan Inarah

Alhamdulillah...untuk breastfeeding Ijlal, Hanum takde masalah sangat. Nipple sore dan bengkak di ketiak pun takde. Okay je sepanjang pantang sampailah sekarang. Yang penting breastfeeding ni ialah, POSITION, ATTACHMENT, LATCHING yang betul. Lepas tu jangan putus semangat dan jangan stress sangat. Insyaallah boleh. Doa banyak-banyak dan niatkan breastfeeding kerana Allah.

So yang penting untuk diceritakan ialah pumping and storing breast milk kerana Hanum ialah working mom yang nak berikan exclusive breast milk feeding untuk anaknya.

Pertama Hanum nak beritahu ialah bila Hanum mula memerah dan berapa kali sehari memerah. Hanum mula memerah semasa hari ketiga atau keempat lepas bersalin lagi.

Waktu tu colostrum dan susu mula nak membanyak, tapi baby masih minum sikit sehingga kalau tidak diperah, payudara akan bengkak dan sakit. Ini juga salah satu sebab kenapa kali ini Hanum takde bengkak ketiak semsa dalam pantang. Jangan risau kalau lepas perah, (payudara rasa kosong dan perah pun memang dah tak banyak susu yang menitik), baby nak minum. Bagi je baby minum. Susu tetap akan mengalir bila bayi yang hisap lepas kita memerah. Hisapan bayi berbeza dengan mesin perah.

Semasa dalam pantang dan cuti bersalin itu, Hanum memerah dalam 2-3 kali sehari. Biasanya sekali waktu pagi lepas bangun tidur dan sekali waktu malam sebelum tidur. Kalau payudara rasa penuh atau mula menitik dan Ijlal tak nak minum atau tidur waktu tu, Hanum akan perah je.

Untuk Ijlal, semua susu perahan Hanum terus bekukan. Hanum tak pernah berikan susu perahan segar kepada Ijlal. Semua yang defrosted. Ini untuk mencegah dia dari memilih susu seperti kakaknya, Inarah.

Hanum juga mulakan ajar Ijlal terima susu perahan dari botol apabila dia berusia 4 minggu. Hanum bagi sekali atau dua kali sehari. Ini juga untuk mencegah dia dari menolak botol atau susu perahan. Ini Hanum lakukan berdasarkan pengalaman dengan Inarah dan juga dari panduan http://www.breastandbottlefeeding.com/. Mulai itu juga, Hanum pun dah dapat gerak sendiri untuk buat apa2 urusan.

Puting susu yang Hanum gunakan tetap Fiffy dan NUK orthodontic latex. Takde cuba yang lain. Hanum beli je yang untuk newborn dan Inarah juga pakai puting yang sama. Alhamdulillah takde masalah mereka berkongsi botol dan puting. Lagipun harganya taklah mahal sangat.

Gaya dua beradik ni

Sayangnya, Inarah memang tak nak susu perahan. Dia dah kenal sangat susu Dutch Lady dia. Tapi takpelah. Bila Hanum cek blog Hanum, Hanum takde pula cerita macam mana Inarah breastfeeding lagi. Hanum dan keluarga gelarkan beri susu badan ni, "mimi".

Inarah masih mimi sampai umur dia 2 tahun 2 minggu. Maksudnya Hanum okay je beri mimi Inarah sepenjang mengandung. Memang agak penat, tapi okaylah. Hanum mula kenalkan Inarah dengan susu formula bila umur dia setahun lebih. Sekarang dia minum susu tepung dan susu kotak full cream milk Dutch Lady. Yang tepung dibancuh waktu siang dan sebelum tidur. Kalau berjalan dan waktu malam Inarah nak susu, kami bagi susu kotak kecil Dutch Lady tu. Senang sikit, sebab tak perlu bancuh2.

Bila nak hentikan Inarah susu badan tu, waktu tu Inarah hanya menyusu di malam hari je sebelum tidur atau kalau terbangun tidur. Bila nak hentikan tu, Hanum hanya tahan diri tak beri dia dan pujuk je dia untuk minum susu dari botol sambil peluk dia. Kesian juga kat dia waktu tu dan memang rasa sedih sangat bila tak beri bila dia berkali2 sebut "mimi" sambil tarik baju Hanum...tapi memang kena kuatkan semangat untuk tak bagi supaya dia berhenti. Waktu tu pun Hanum dah mula rasa sakit breast sebab susu dah kurang dan juga mengandung. Alhamdulillah selepas seminggu Hanum tahan diri, Inarah dah tak minta mimi sampailah adik dia lahir. Dia pun macam dah tak ingat sangat tentang mimi.

Beberapa minggu pertama lepas Ijlal lahir dan Inarah nampak Ijlal mimi, dia senyum je. Kalau Hanum tengah baring dan baru lepas mimikan Ijlal, dia akan datang dan main2 mimi sambil senyum. Tapi dia dah tak hisap betul2. Cuma nak ikut adiknya. Tapi itu sekali-sekala je.

Okay...tu jelah dulu part breastfeeding dan bottle feeding anak2 Hanum. Lepas ni Hanum akan kongsi cara Hanum pump dan simpan EBM. Thanks for reading.


Ahad, 1 Februari 2015

Selepas bersalin, minggu pertama

Lama juga cerita ya. Anyway lepas balik hospital, Inarah alhamdulillah okay je. Memandangkan suami lum lagi balik dari Pitas, malam tu kami bertiga je buat kali pertama. Hanum tidur di tengah2. Inarah hanya sebab sebut baby sambil tunjuk kat adik dia bila dia nampak adiknya. Takdelah juga dia memukul atau nak menolak adiknya. Tapi, tak juga dia nak memanjang cium je.

Takde apa sangat yang berlaku dalam pantang ni. Bila bersalin biasa ni, mudah sikit nak gerak. Memang coccydynia Hanum agak teruk, tapi pain killer memang membantu. Tapi yang paling Hanum syukuri apabila tak dibedah ialah dapat dukung Inarah sekali sekala, sekejap sekejap.

Bukannya apa, untuk mencegah Inarah cemburu, setiap kali dia panggil Hanum, Hanum akan cuba layan. Walaupun tengah menyusu Ijlal, Hanum akan cuba juga untuk layan. Alhamdulillah, cemburu Inarah tidak terlalu teruk dan Hanum tak pernah lagi perlu marah Inarah kerana Ijlal.

Ijlal dan Raudha, sepupunya lahir di awal bulan

Inarah dan Ijlal first pic together 

Gambar buka mata pertama

Gaya tidur waktu malam kalau maknya lum tidur lagi

Baby's tag Ijlal untuk kenangan

Mother's tag untuk kenangan
Alhamdulillah juga sepanjang minggu berklinik di KK Menggatal, semua okay. Jaundice Ijlal menurun dan tekanan darah Hanum tak naik. Memandangkan Ijlal dulu tak kencing dalam 24 jam, ujian darah fungsi ginjal dia perlu diperiksa lagi pada umur seminggu. Alhamdulillah juga, fungsi ginjal dia pun okay.

Cerita2 pasal KKIA Menggatal, susanannya dah jauh lebih baik berbanding waktu Inarah dulu baru lahir. Masa menunggu lama atau sekejap, tak perlu ceritalah ya. Itu rezeki masing2 dan menunggu itu biasa. Anyway keep up the good work KKIA Menggatal.
   

Selasa, 13 Januari 2015

Selepas Bersalin, Day 0

Dah bersalin...sekarang kita cerita lepas bersalin.

Hanum di wad dua hari lepas bersalin. Kerana hari pertama bersalin jam 2 pagi dan masuk wad jam 9 atau 10 pagi (kot...memory tak berapa ingat dah), jadi tak mungkinlah dapat keluar petang tu juga. Lagipun kerana ada GDM masa mengandung, baby Ijlal perlu diperiksa kadar glucose dia setiap 4 jam selama 24 jam. Ini untuk memastikan baby tak kekurangan gula kerana bila dalam perut dah terbiasa dengan gula yang tinggi, bila keluar dan baby mungkin tak dapat nak stabilkan kadar gula dia.

Setiap kali cek, berdoa yang tak hypo(kurang). Tapi adalah sekali di waktu petang, Ijlal hypo. Berabislah lepas tu pujuk dia supaya menyusu. Alhamdulillah bila diperiksa setengah jam kemudian, glukose dia normal. Jadi takdelah Ijlal perlu diberi cup feeding. Tapi risau juga waktu tu, sebab Ijlal kuat tidur. Susah betul nak bagi dia menyusu waktu tu. Balik2 kena bangunkan dia.

Cerita pasal hypo ni....ada satu pesakit Hanum GDM masa mengandung. Lepas lahirkan anak dia, anak dia balik-balik hypo. Seminggu ditahan di wad kerana hypo tu. Pada umur 7 bulan, didapati anaknya perkembangan lambat. Bila dibawa ke pakar, pakar mengesahkan anak dia cerebral palsy dan besar kemungkinan disebabkan kejadian hypo semasa lahir. Itulah ujian Allah pada keluarga tu yang disebabkan GDM.

Kes seperti ini memang jarang terjadi, tapi itulah antara risiko pada bayi yang dilahirkan oleh ibu2 GDM. Jadi pada siapa2 yang GDM atau DM tu, jaga makan baik2 dan control glukos dengan baik. Lepas bersalin, breastfeeding anak tu cukup2. Doa banyak2.

Bab breastfeeding pula, Alhamdulillah dengan Ijlal ni Hanum tak sakit sangat masa mula2 menyusu. Mungkin sebab Hanum baru je hentikan Inarah menyusu dalam 2 minggu lebih sebelum bersalin. Jadi susu masih ada dan payudara agak lembut. Tapi nanti kita cerita lebih pasal breastfeeding Ijlal ni.

Tengahari lepas Hanum bersalin, mak Hanum datang. Bawakan barang-barang yang tak sempat di bawa dan makanan sikit lagi. Kerana kali ni bersalin biasa, Hanum terus dibelikan bengkung kain yang moden punya. Dah siap ada tali dan pakai macam tali kasut. Sedap sikit belakang bila dah pakai bengkung. Mak Hanum memang sungguh2 ajar dan suruh pakai bengkung. Tapi Hanum tak nafikan bengkung memang penting. Masa Inarah, pakai corset Skiva (jenis velcro. Bukan jenis yang kancing) selepas 1 bulan lepas bersalin. Bengkung atau korset yang dipakai masa pantang ni boleh membantu membentukkan badan selain dari breastfeeding, sebab badan masa pantang ni senang sikit nak buang lemak tambahan gara2 mengandung tu. Jadi rajin2 ya pakai bengkung atau corset kalau nak cantik balik.

Ramai juga yang ziarah Hanum hari tu. Pertama menang mak Hanumlah. Kedua adik hanum, Hanim dan kelurganya. Lepas tu sepupu Hanum pun datang ziarah sebab kebetulan anak dia masuk wad kanak-kanak. Di waktu petang pula, pakcik Hanum dan isterinya datang ziarah. Seronok juga dapat banyak tetamu, tapi penat gak...sebab tidur lum cukup.

Bila dah sampai waktu malam, mak Hanum balik. Alhamdulillah okay je walaupun coccyx sakit dan susah nak bergerak, tapi Hanum lebih mudah nak uruskan diri dan bayi sendiri. Jadi malam tu tinggal Hanum dan baby di wad menunggu esok hari datang.




Jumaat, 4 Julai 2014

Second child, 26 Weeks

Alhamdulillah......

Setelah sekian lama tak update...sedar tak sedar sekarang Hanum dah masuk usia kandungan 26 minggu. Macam-macam berlaku sejak update yang lepas. Kita mulakan dari mana ya?

26 weeks with Inarah


Kita mulakan dari review dengan pakar pada 20 minggu. Alhamdulillah semua okay waktu tu. Hanum juga pergi buat detail scan dengan pakar feto maternal di Sabah Care Specialist Clinic. Alhamdulillah, pakar tu kata takda nampak kecacatan. Legalah juga. Kali ini takda CD USG baby ni. Tapi takpelah. Susah juga nak simpan CD ni. Letak merata jadinya. Cukup dengan gambar-gambar jelah.

Pada usia kandungan 22 minggu, Hanum buat ujian MOGTT, iaitu ujian maternal oral glucose tolerance test. Ujian ini dilakukan untuk mengesan samada ibu hamil itu ada kencing manis kehamilan atau tidak. Kerana adik Hanum ada glucometer, Hanum pinjam dan bawa glucose tu di rumah (mentang2lah dokter). Lepas sembahyang subuh, cek darah. Alhamdulillah, nilai gula ialah 5.3. Masih normal. Bancuhlah 75g glucose tu dalam air (tak ingatlah pula sekarang berapa mil), dan minum dalam sekali teguk. Memang manis yang teramat sangat. Sebab tu kena minum sekali teguk. Takleh pelan2. 2 jam kemudian, cek darah lagi. Kali ni 7.9. alalah.....ni dah kira GDM, Gestational Diabetes Melitus. Kencing Manis Kehamilan. Sabar jelah.

Mulalah diet sikit. Diet kencing manis ni sebenarnya taklah susah sangat. Masih boleh makan nasi dalam 2 senduk. Tapi kena lebihkan sayur. Makanan dan minuman manis mesti dielakkan. Tapi kerana Hanum ni memang suka makanan manis, adalah juga makan. Cuma bila makan tu, taklah makan banyak. Kalau dulu satu bekas kecil kek coklat leh dihabiskan sekali makan, sekarang hanya makan satu sudu sahaja setiap kali makan. Jam makan pun kena teratur. Alhamdulillah, stakat ini, Blood Sugar Profile (BSP) Hanum masih terkawal.

Tak lama lepas dah tau ada kencing manis, Hanum dihantar berkursus di Klang. Tahan diri jelah bila tengok makanan manis di buffet yang tak seberapa tu. Berkursus kali ni, Hanum tak bawa Inarah. Kali pertama tinggalkan Inarah selama 2 malam. Hanum tinggalkan Inarah dengan bibik dan mak Hanum. Alhamdulillah, takda masalah sangat. Inarah okay je. Maknya yang tak berapa okay. Hehehehe...yang paling tak okay ialah bila flight balik. Rasa sakit pinggang duduk dalam flight selama 2 jam setengah tu. Rasa dah tak larat dah nak naik kapal terbang lama2 sepanjang mengandung ni.

Apapun sekarang dah masuk bulan puasa. Alhamdulillah okay berpuasa. Inarah hanya menyusu di malam hari. itu pun sekejap. Jadi tahanlah juga puasa. BSP masa puasa pun okay. Semoga okay jelah sepanjang masa puasa ni.


Jumaat, 10 Januari 2014

Second 2ww Start

Alhamdulillah, tadi pagi dah buat embryo transfer. Ada tiga embryo. Satu gred 1 dan 2 lagi gred 2. Walaupun begitu, embryologist cakap insyaallah boleh melekat juga.
Lepas transfer, utrogestan dimasukkan dan suntikan proluton diberikan oleh dokter. Lepas transfer Hanum kali ni terus bangun. Terlupa pula yang boleh baring2 jap dalam 10-30 minit. Tapi takpelah, dulu Dr Cheong kata takpa kalau terus bangun. Insyaallah, boleh melekat juga.
Balik rumah, sampai2 je, suami suruh baring. Kesian Inarah. Mama tak dibenarkan dukung dia, sbb berat. Tengahari td sampai sekarang takat peluk2 jelah. Hanum masih nyusukan dia. Tapi terpaksalah kawal ragam dia. Kita tawakal jelah. Semoga Allah berikan rezeki anak kedua dengan FET ni.

Inarah tidur dengan mama lepas balik dari klinik


Khamis, 26 September 2013

Updates...Updates...

Salam.....

Lama tak tulis di blog. Anyway Inarah dah nak masuk 14 bulan. Alhamdulillah. Tadi dia dah pandai jalan beberapa langkah. Sedih gak sebab yang pertama kali nampak ialah pembantu dan bukannya Hanum. Tapi apakan daya. Bersyukur jelah anak mempunyai perkembangan yang normal dan dijaga baik oleh pembantu.

Inarah Satu Tahun

Inarah masih menyusu badan. Tapi, bila dia dah besar ni gaya dia nak menyusu beragam. Sampai tertonggeng2. Memilih pula tu nak belah mana. Nasib baik dia tak besar sangat. Jadi takdelah rasa berat atau terganggu dengan gaya dia. Apapun kena bersabar dengan breastfeeding ni. Hanum masih memerah, tapi tak serajin dulu. Bial Inarah dah mula makan, menyusu tak banyak sangat. Dan kerana bila dia setahun dah boleh makan makanan keluarga, Hanum mula berikan full cream milk sebagai salah satu diet dia. Tapi kalau ada maknya ni, langsung tak nak susu yang lain. Nak directly fresh.

Bila anak ni dah setahun, Naim dah mula tanya untuk next baby. Kami merancang nak buat FET awal tahun depan. Dah hubungi Likas. Alhamdulillah, Likas dah ada embryologist mereka sendiri. Jadi FET boleh dibuat bila2 masa ikut haid kita sendiri dan kalau embryologist dan dokter tak bercuti. Syukur sesangat. Masa menunggu akan berkurang. Jadi kepada yang nak IVF good luck.

Isnin, 24 Disember 2012

Inarah Menyusu Lagi

Wah....lama dah tak menulis. Sebenarnya lama nak post tapi susah betul nak gerak untuk menaip. Lebih suka nak main game, tengok TV dan main dengan Inarah. Tapi hari ni, sedang hujan di klinik dan tiada pelanggan, Hanum menaiplah.

Hanum nak cerita tentang breast pump lagi. Hanumkan pakai Medela Swing sebelum ni. Bagus memang bagus, tapi bila dah mula kerja adalah kekurangannya. Kekurangannya ialah Swing hanya boleh pump sebelah saja pada satu masa. Memang ada cara untuk guna Swing pump dua2 belah, tapi takut cepat rosaklah pula kalau buat macam tu. Kenapa Hanum nak pump dua belah satu masa? Sebab nak cepat. Bila dah kerja, nak ambil break setengah jam atau 40 minit untuk pump, rasa stress bila tengok banyak lagi patient tengah tunggu giliran untuk diperiksa. Jadi Hanum nak double pump supaya ambil break 15-20 minit sahaja.

Setelah pujuk2 dan fikir2, double breast pump yang dibeli ialah Autumnz - ULTIMATE Double Electric Breastpump. Puas juga mencari review tentang product ni, tapi tak banyak yang ada. Jadi Hanum akan bagi review Hanum.
Autumnz - ULTIMATE Double Electric Breastpump *BPA Free*
Nilah gambar pump yang Hanum beli. Produk ni buatan Malaysia. Tak mahal sangat. Hanya RM499. Motornya pun tak berat, hanya dalam setengah kilo dan saiz pun tak besar sangat. Muat je dengan cool box dalam beg Medela Citystyle Hanum. Bunyi dan suction dia agak kuat bila banding dengan Swing. Kerana suction dia kuat, agak sakit sikit juga bila pump, tapi Hanum pakai yang paling rendah je. Okaylah bila pump dan cepatlah sikit. Bahan2 yang digunakan pun berkualiti bagus. BPA free dan spare part pun senang nak cari secara online.

Namun Hanum tetap sukakan Medela lebih dari Autumnz. Reasons are.......Medela parts tak banyak. Autumnz terlalu banyak parts yang kecil2. Ini bikin susah nak assemble. Kedua yang Hanum tak suka ialah corongnya besar dan mesti dipasang ke botol sebelum pam. Kerana Hanum pakai breast pump bra, Hanum dapati agak susah sikit nak pasang breast pump kalau dah sambung dengan botol. Kalau pakai Medela, boleh pasang bra dulu, kemudian pasang corong. Bila rasa leceh nak pasang....jadilah stress dan dapat pump sikit je.

Jadi, untuk memudahkan Hanum, Hanum beli spare parts Medela. Beli corong size S, connector, head valve, valve dan tube baru. Guna barang2 Medela dan sambung ke tube Autmunz. Dapat juga pump guna motor unit Autmunz tapi barang2 Medela untuk yang lainnya. Sekarang ni pun Hanum tinggalkan motor, pumping bra dan tube2 di klinik. Bawa balik dan datang kerja benda2 yang perlu dicuci dan satu Medela tube je. Di rumah pump pakai Swing. Rasa mudah je sekarang bila pump di tempat kerja.

Mesti ada yang nak tahu berapa banyak Hanum dapat pump. Sebenarnya Hanum hanya dapat dalam 3-6 oz je setiap kali pump. Tapi ini mencukupi untuk Hanum sebab masih ada yang frozen dan Hanum ada balik lunch. Lepas tu Inarah tak menyusu banyak masa Hanum kerja. Mungkin kalau Inarah lebih banyak nyusu, Hanum kena lebih rajin pump supaya lebih banyak susu. So, lain baby and mother, lainlah keperluannya. Wishing all the best kepada yang nak BF. It is truly a wonderful experience.

Selasa, 16 Oktober 2012

Inarah Menyusu Part 3

Banyak cerita pula tentang breastfeeding ni. Tapi pengalaman breastfeeding ni memang macam-macam. Direct feeding once dah okay, takde masalah sangat. Tapi yang lebih mencabar untuk ibu yang berkerja adalah penyediaan EBM dan pemberian EBM.

Hanum pakai Medela Swing untuk dapatkan EBM. Hanum mula pakai dari minggu pertama lepas bersalin lagi. Alhamdulillah pump ni sesuai untuk Hanum. Selesa dan tidak menyakitkan. Mudah nak dipasang dan dicuci. Kalau pakai suction yang rendah, bunyinya tak kuat. Hanum mula pumping untuk buat stok dan kenalkan EBM pada umur Inarah 5 minggu. Waktu tu belum beli sterilizer lagi, jadi sterilizekan dalam microwave. Hanum masukkan tiub Swing....Ohhoh.....Cair tiub tu jadinya. Jadi pengajaran, tiub tu tak perlu disterilkan. Cuci bila perlu dan air dry je. Gara-gara tercair tiub, satu minggu tertangguh untuk EBM sebab tunggu sparepart datang. Kebaikan Medela ni, senang sikit nak cari sparepart. Hanum beli tube baru di onebabyworld.com. Cepat juga sampai.

Mula-mula pump, satu jam pump baru dapat 3oz. Sedih rasa. Bila pump 20 minit dapat 1.5oz. Bacalah rata2 tentang nak tingkatkan EBM. Uumnya, kena rajin pump. Jadi, Hanum tak putus asa. Pump empat kali sehari bila breast dah rasa tegang dan Inarah tengah tidur. Lepas tu Medela bagitau size breastshield boleh mempengaruhi production EBM. Jadi Hanum beli size yang kecil dari mybreastpumpshop.com. Alhamdulillah, sekarang rata-rata 20 minit pump boleh dapat 3oz. Tapi tetap ada masa 1.5oz je. Rekod paling best 5oz. Tapi setakat ini, cukup untuk Inarah feeding sebab sekali feeding Inarah hanya habiskan 1.5oz-2.5oz.

Rekod terbaik Hanum di satu pagi. Lepas rehat dan minum yang cukup.


Tentang struggle Hanum memberi EBM kepada Inarah...dah berakhir. Hujung minggu lepas Hanum pergi ke Milimewa Kota Marudu. Hanum beli puting botol orthodontic latex jenama FIFFY berdasarkan pengalaman kawan nurses Hanum dan makcik saudara Naim (NUK). Anak mereka nak botol bila dikenalkan dengan puting latex, walaupun dikenalkan pada usia yang lebih besar dari Inarah. Alhamdulillah dia nak. Tapi bibik yang kena bagi dan mesti semasa digendong serta dalam keadaan yang tidak terlalu lapar dan menangis. Hanum rasa kalau pakai NUK orthodontic latex pun okay kot, tapi di sini manalah nak cari. Pos pun ambil masa seminggu. Tak kisahlah jenama apa, asalkan selamat dan anak nak. Tapi website ni, breastandbottlefeeding.com memang byk membantu. Nak beli nanti bukunya untuk tambah ilmu dan bantu ibu lain pula.
Calm with this bottle teat


Jumaat, 12 Oktober 2012

Inarah Menyusu Part 2

Alhamdulillah, Inarah breastfeeding dengan baik. Berat pun cantik dan naik. Jadi, Alhamdulillah setakat ini susu cukuplah. Sekarang masuklah tahap baru pula, iaitu mengenalkan EBM pada Inarah.

Kalau menurut WHO dan KKM, EBM ni sebaiknya diberikan melalui cup/spoon feeding. Tak digalakkan menggunakan botol. Ini adalah untuk mencegah nipple/flow preference. Hanum setuju dengan pendapat ini. Tetapi kebaikan botol adalah mudah untuk kita beri susu kepada anak dalam apa jua posisi anak.

Jadi Hanum carilah artikel2 di internet tentang bottle feeding breastfed babies. Sebelum melahirkan Hanum hanya baca 2 atau 3 artikel je. Hanum hafal guidelines untuk bottle feeding (kalau tak salah) dari AAP(American Academy of Paediatrics); Hanum tengok di YouTube.
1. Established breast feeding
2. Started at around age 4-6 weeks
3. Breast feeding given when ever possible

Berdasarkan guidelines ini Hanum start kenalkan botol berisi EBM pada Inarah pada usia 6 minggu. Sebelum tu pun ada bagi tapi sikit2. Nak mulakan pada 5 minggu tapi Hanum tercairkan breastpump punya tiub.

Botol yang Hanum mula bagi adalah botol Medela Calma. Inarah reject. Langsung tak hisap. Sekali dua je dia hisap sampai habis 1oz lebih semasa dia tengah separuh tidur. Bestnya Medela Calma ialah dia tak drip. Kekadang je drip tapi itu pun kalau tak pasang dengan betul. Hanum hanya perlu tekan sikit di lubang air valve dia. Flow rate memang tergantung cara baby hisap dan ketat kita pasang botol tu. Leceh sikit sebab banyak komponen kena pasang. Botol yang bagus tapi sayangnya Inarah tak berapa suka.

Botol kedua yang Hanum pakai ialah Breastflow. Prinsip botol yang bagus. Lebih kurang macam Calma. Cuma botol ni dripping walaupun dia kata tak drip. Botol yang ni Inarah okay. Tapi okay hanya untuk satu dua hari je. Lepas tu, dia reject lagi. Aii...susah hati dubuatnya. sekarang ni dah dekat tiga minggu nak ajar Inarah guna botol. Ada hari dia terima Breastflow tu, ada hari dia tak nak. Bila dia tak nak, terpaksalah bagi guna cup feeding.

Minggu lepas bagi botol dari jam 8 hingga jam 1030 pagi. Minggu ni dari jam 8 hingga 12. Konon2 pergi kerja separuh hari. Tapi Inarah ni, hari Isnin je yang paling baik. Makin ke hari Jumaat makin dia tak nak EBM. Baru tadi maid bagitau, botol tak nak, cup feeding pun tak nak. Kerana tak dapat 'mimi' dia nak bergendong je. Terpaksalah maid gendong je. Aii...sanggup dia berlapar. Hanum tahan diri je dari keluar bilik ni.

Tak tahulah Inarah ni jenis memang nak direct feeding je atau belum jumpa puting yang best lagi untuk dia. Hanum harapkan belum jumpa puting yang best je. Anyway kerana susah Inarah nak terima botol ni, Hanum cari lagi tentang bottle feeding breastfed babies. 'Mistake' yang Hanum buat ialah introduce pada 6 minggu. Patutnya Hanum introduce pada usia 3-5 minggu. Setelah introduce mesti maintain setiap hari ada pakai botol. Insyaallah baby tu mudah bertukar dari breast ke botol.

Tapi memang ada baby yang memang reject habis botol. Ada yang dah pandai botol lepas tu reject je. Apa boleh buat, sekarang ni cuba cari lagi puting yang sesuai. Kalau dalam sebulan ni dia masih tak dapat bertukar ke botol/cup dengan baik, memang terpaksalah maid datang bawa Inarah ke tempat kerja in between.

Link ke artikel yang membantu Hanum untuk introduce botol
1. http://theleakyboob.com/2012/03/bottle-feeding-breastfed-babies/
2. http://kellymom.com/bf/pumpingmoms/feeding-tools/bottle-feeding/
3. http://www.whattoexpect.com/breastfeeding-to-bottle-feeding.aspx
4. http://www.pumpstation.com/pumpstation/dept.asp?dept_id=3279

Khamis, 27 September 2012

Nursing Bras

Lama tak post. Hah...kali ni nak cerita tentang nursing bras pula. Gambar tak lawa tapi takpe. Seperti ramai perempuan lain yang niat nak menyusukan anak, nursing bra merupakan satu keperluan yang memudahkan breasfeeding. Di Sabah ni mula susah sangat nak cari nursing bra. Tapi mungkin salah cari kedai. Jenama macam-macam tapi umumnya ada dua jenis.

Yang paling selalu kelihatan di pasaran adalah seperti yang dibawah. Cangkuk cup bra tu di atas. Jadi buka dari atas ke bawah. Senang juga nak buka dan pasang balik. Yang kurang best adalah apabila bukaan untuk areola tak cukup besar. Yelah, bila pakai nursing pad dan baju, buka je bra tu, byk bagian yang terlipat dan tebal. Jadi kekadang baby jadi susah latch. Tapi Hanum suka pakai bila tidur sebab senang tutup. Tak tersangkut pun, dia susah nak terbuka balik.
Cangkuk yang mudah buka dan pasang balik. Boleh juga jadi cangkuk untuk 'getah' buat hands free pumping
Nursing bra cangkuk atas

Bukaan di tengah. Bagian atas dan bawah boleh menyukarkan breast feeding.
Nursing bra kedua adalah jenis butang di tengah. Bestnya adalah bukaan memang besar. Senang nak BF. Tapi sayangnya, nak tutup balik agak susah sebab kena tekan betul2 butang tu. Hanum suka pakai ni bila siang. Bila jalan memang susah sikit, sebab agak lambat nak tutup balik, tapi okaylah.

Ni butangnya

Bukaan yang luas
Okaylah. Ni je untuk kali ni.

Khamis, 6 September 2012

Inarah Menyusu

Hari tu ada cakap nak cerita tentang breastfeeding. Jadi Hanum nak ceritalah sikit tentang pengalaman Hanum. Selama belajar dan bekerja ni, puas sangat beri nasihat ke ibu-ibu tentang penyusuan. Tahun lepas pergi kursus 20 jam dan setelah itu sentiasa jadi penceramah untuk kursus penyususan di hospital atau klinik. Kerana klinik dinilai untuk menjadi klinik rakan bayi, sebelum bersalin Hanum dinilai tentang penyusuan oleh jabatan. Jadi, Hanum patutnya mahir dan bersedialah untuk menyusu Inarah!

Tapi, taklah mahir sangat. Kerana dah berniat dari awal memang nak fully breastfeed jadi research tambahan dibuat. Selain bahan bacaan kementerian, cari lagi bahan di internet. Banyak lagi ilmu tentang breastfeeding ditambah. Cara pilih breastpump, bagaimana nak mulakan botol dengan baik, jumlah susu yang nak dicairkan dan macam-macam lagi. Jadi sentiasalah membaca.

Bila Inarah lahir, jeng2. The moment of truth come. Can we do it? Alhamdulillah, yes, we can! Walaupun dalam keadaan terbaring lentang dan tak ditinggikan kepala katil kerana spinal anesthesia, dapat juga susukan Inarah. Hanum baringkan je dia atas badan Hanum, jadi dia menyusu dalam keadaan tengkurup. Hidung dia memang tertutup, tapi tak bermasalah. Sekali-sekala je tekan sikit payudara supaya hidung tak tertutup. Lepas tu kena kuat semangat je untuk bangun setiap dua atau tiga jam untuk susukan dia. Alhamdulillah mak, mak mertua dan suami tolong pada dua minggu pertama pantang untuk angkatkan dia dari baby crib.

Ada dua masalah yang Hanum hadapi dalam menyusukan Inarah terjadi pada minggu pertama. Pertama adalah sakit semasa menyusukan. Berdasarkan ilmu yang ada, Hanum dah tahu yang ini akan terjadi pada minggu pertama dan dah prepare mental. Tapi...sakit tetap sakit. Bertahan jelah semasa susukan Inarah. Tarik nafas dan hembus nafas bila Inarah menyusu. Nasib baik Inarah jenis banyak pause masa tu. Bila Hanum dah rasa tak tahan kebetulan dia pause. Jadi dapatlah bertahan.

Masalah kedua ialah nipple sore. Ini pun terjadi pada minggu pertama. Mungkin kerana mak dan anak sama2 belajar menyusu, maka terjadilah nipple sore ni. Bertambahlah sakit semasa menyusu. Malam terakhir Naim paternity leave Hanum menangis masa Inarah menyusu (Manjalah sikit sama suami plus memang tak tahan sakit dah). Tapi tetap Hanum bertahan susukan Inarah secara direct. Atas rekomendasi Angah, untuk nipple sore ni Hanum sapukan Bepanthen. Bagus betul cream tu. Terus berkurang sore tu.

Hanum tak rasa ini merupakan masalah, tapi mungkin pada beberapa orang ini adalah masalah...masa dan jumlah menyusu. Inarah kadang-kadang menyusu sampai nak dekat satu jam. Bukan apa...dia suka berhenti-henti atau tertidur dan kejap lagi minta lagi. Itu yang bikin lama. Lepas tu sekarang, kadang-kadang baru menyusu sejam yang lalu dah nak menyusu lagi. Kerana Hanum tak buat-buat apa2 kecuali berehat dan main komputer, Hanum layan jelah breasfeeding demand Inarah. Lagipun research lagi, breastfeeding baby memang macam tu. Kalau tak kerana itu mungkin dah berfikir, aku ni tak cukup susu dan mulalah nak bagi formula. Susu ibu ni tak cukup hanya bila berat anak tak naik dengan cukup.

Melalui pengalaman Hanum ni, Hanum simpulkan bahawa menyusukan anak itu tidaklah mudah. Kerana itu Allah kurniakan pahala dan Islam melihat kerja isteri hanya melahirkan, menyusukan dan membesarkan anak selain layan suami. Jadi ibu-ibu mesti kuat semangat dan bersabar. Sekarang ni Alhamdulillah Hanum masih dapat direct breastfeeding dan Inarah masih exclusive feeding. Lain hari Hanum akan cerita pasal pumping dan expressed breast milk pula.