Khamis, 6 September 2012

Inarah Menyusu

Hari tu ada cakap nak cerita tentang breastfeeding. Jadi Hanum nak ceritalah sikit tentang pengalaman Hanum. Selama belajar dan bekerja ni, puas sangat beri nasihat ke ibu-ibu tentang penyusuan. Tahun lepas pergi kursus 20 jam dan setelah itu sentiasa jadi penceramah untuk kursus penyususan di hospital atau klinik. Kerana klinik dinilai untuk menjadi klinik rakan bayi, sebelum bersalin Hanum dinilai tentang penyusuan oleh jabatan. Jadi, Hanum patutnya mahir dan bersedialah untuk menyusu Inarah!

Tapi, taklah mahir sangat. Kerana dah berniat dari awal memang nak fully breastfeed jadi research tambahan dibuat. Selain bahan bacaan kementerian, cari lagi bahan di internet. Banyak lagi ilmu tentang breastfeeding ditambah. Cara pilih breastpump, bagaimana nak mulakan botol dengan baik, jumlah susu yang nak dicairkan dan macam-macam lagi. Jadi sentiasalah membaca.

Bila Inarah lahir, jeng2. The moment of truth come. Can we do it? Alhamdulillah, yes, we can! Walaupun dalam keadaan terbaring lentang dan tak ditinggikan kepala katil kerana spinal anesthesia, dapat juga susukan Inarah. Hanum baringkan je dia atas badan Hanum, jadi dia menyusu dalam keadaan tengkurup. Hidung dia memang tertutup, tapi tak bermasalah. Sekali-sekala je tekan sikit payudara supaya hidung tak tertutup. Lepas tu kena kuat semangat je untuk bangun setiap dua atau tiga jam untuk susukan dia. Alhamdulillah mak, mak mertua dan suami tolong pada dua minggu pertama pantang untuk angkatkan dia dari baby crib.

Ada dua masalah yang Hanum hadapi dalam menyusukan Inarah terjadi pada minggu pertama. Pertama adalah sakit semasa menyusukan. Berdasarkan ilmu yang ada, Hanum dah tahu yang ini akan terjadi pada minggu pertama dan dah prepare mental. Tapi...sakit tetap sakit. Bertahan jelah semasa susukan Inarah. Tarik nafas dan hembus nafas bila Inarah menyusu. Nasib baik Inarah jenis banyak pause masa tu. Bila Hanum dah rasa tak tahan kebetulan dia pause. Jadi dapatlah bertahan.

Masalah kedua ialah nipple sore. Ini pun terjadi pada minggu pertama. Mungkin kerana mak dan anak sama2 belajar menyusu, maka terjadilah nipple sore ni. Bertambahlah sakit semasa menyusu. Malam terakhir Naim paternity leave Hanum menangis masa Inarah menyusu (Manjalah sikit sama suami plus memang tak tahan sakit dah). Tapi tetap Hanum bertahan susukan Inarah secara direct. Atas rekomendasi Angah, untuk nipple sore ni Hanum sapukan Bepanthen. Bagus betul cream tu. Terus berkurang sore tu.

Hanum tak rasa ini merupakan masalah, tapi mungkin pada beberapa orang ini adalah masalah...masa dan jumlah menyusu. Inarah kadang-kadang menyusu sampai nak dekat satu jam. Bukan apa...dia suka berhenti-henti atau tertidur dan kejap lagi minta lagi. Itu yang bikin lama. Lepas tu sekarang, kadang-kadang baru menyusu sejam yang lalu dah nak menyusu lagi. Kerana Hanum tak buat-buat apa2 kecuali berehat dan main komputer, Hanum layan jelah breasfeeding demand Inarah. Lagipun research lagi, breastfeeding baby memang macam tu. Kalau tak kerana itu mungkin dah berfikir, aku ni tak cukup susu dan mulalah nak bagi formula. Susu ibu ni tak cukup hanya bila berat anak tak naik dengan cukup.

Melalui pengalaman Hanum ni, Hanum simpulkan bahawa menyusukan anak itu tidaklah mudah. Kerana itu Allah kurniakan pahala dan Islam melihat kerja isteri hanya melahirkan, menyusukan dan membesarkan anak selain layan suami. Jadi ibu-ibu mesti kuat semangat dan bersabar. Sekarang ni Alhamdulillah Hanum masih dapat direct breastfeeding dan Inarah masih exclusive feeding. Lain hari Hanum akan cerita pasal pumping dan expressed breast milk pula.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih untuk ulasan/komen/pertanyaan.
Saya akan cuba balas secepat yang mungkin. Kalau inginkan maklumblas yang lebih segera, boleh ke FB atau Google+ saya.

Thank you for comments/questions.
I will try to respond as soon as possible. If need a quicker response, you can try to reach me through FB or Google+