Updated dengan gambar;
Ready for induction! |
Suami yang tetap tak nak bergambar! |
Bersama ayah mertua |
Lengang hospital pagi2 tu. Nurses pun tengah buat kerja pagi mereka masa tu. Dalam jam 6 lebih lepas diperiksa dan case note dah sampai, ubat pun dimasukkan jam 6.50 pagi. CTG baby awalnya tak berapa cantik sebab sleeping pattern, tapi alhamdulillah dapat juga nak induce. Berbaringlah selama dua jam supaya ubat tu bekerja. CTG pun berpasang. Dua jam baring memang rasa penat dan sakit pinggang. Bila mengiring, CTG jadi poor tracing pula. Bila kita dan suami tengok2 pattern CTG, macam tak berapa cantik. Susah betul rasa. Dalam jam 10 lebih Dr Krishen datang tengok CTG. Tengok reaksi dia , rasanya dia pun rasa CTG tak berapa cantik. Tapi dia bagi peluang sampai jam 11 lebih.
Pada jam 11 lebih, nurse periksa, cerviks masih posterior lagi. Jauh betul dan susah nak dirasa. Sakit jadinya bila diperiksa. Jadi terpaksalah nurse mengandaikan cerviks belum buka. Tekanan darah pun bila diperiksa, agak tinggi. Ada yang jejak 160/90. Bila dilaporkan ke Dr Krishen, dia pun suruh preparelah untuk operation jam 12 tengah hari. Memang dah dijadualkan jam 12. Nampak sangat Dr pun dah agak memang akan bedah. Aiii....banda yang dikhuatirkan tapi dah diagak akan terjadi.
Di SMC ni, terkejut juga bila nurse cukur bulu ari bila sedia kita untuk operation. Sepanjang masa belajar dan bekerja, cukur bulu ari dah tak dilakukan. Tapi ikut jelah cara Dr Krishen ni. Tengah bersiap2 tu, contraction yang kuat mula rasa. Sebelum tu ada gak rasa, tapi masih boleh tahan. Tapi yang semasa nak tunggu operation, komainlah sakit. Tak tahan betul dan buat rasa tak sabar nak dapatkan ubat bius. Teringat masa pasang CTG nila contraction tu ada yang jejak 70 lebih. Nasib baik suami dibenarkan masuk dalam bilik operation. Mula-mula dia tak nak masuk atas alasan selsema, tapi dah Dr suruh masuk, dia turut jelah. Syukur alhamdulillah suami masuk. Masa sakit contraction tu dapatlah minta tolong dia gosok belakang dan pegang tangan.
Dr bius SMC ni baik dan lembut. Pasang branulla warna pink pun dia bagi ubat bius dulu (tapi jarum). Ni pun tak biasa dilakukan oleh nurse atau Dr lain (termasuk saya sendiri. Biasanya spray lignocaine je) sebab buat apa nak cucuk 2 kali. Tapi rupanya, kebaikannya adalah, sakit atau ngilu ada IV line tu berkurang. Bila dia bagi ubat spinal pula dengan cara baring mengiring. Kalau kat Hospital Likas, biasanya dalam keadaan mak2 tu duduk. Nasib baik cucuk sekali je dah dapat bius. Berat kaki dan kebas bila dibius spinal ni.
Bila Dr Krishen dah start, Dr bius baik hati bagitau dah mula dah. Suami diam je tengok kita dibedah. Cepat je Dr krishen buat. dalam 10-15 minit. Dia bagitau juga dah ada meconium juga rupanya dan cerviks baru buka 1-2cm. Pada jam 1215 tengah hari, lahirlah baby perempuan kami. Naim disuruh ikut baby. Ingatkan dia akan datang balik. Rupanya dia terus ikut keluar je. Tapi baby sempat dibawa masuk balik oleh Dr anak lepas dibersihkan untuk ditunjuk dan dicium kita. Mula-mula kekok gak tengok baby tu. Dahlah dah buka mata. Lambat sikit reaksi untuk cium dia. Lepas cium pipi baby, baru Dr bawa keluar balik baby. Selepas setengah jam kita dijahit tutup, kita dibawa keluar. Dr bius pun ingatkan jangan gerak selama enam (baring flat) tapi dah boleh minum air biasa dulu. Keluar-keluar, mommy, daddy, mak dan ayah mertua dan suami dah tunggu kat luar. Tanya juga Naim tentang meconium tu. Dia kata memang dah berak dan agak coklat juga air ketuban. Cuma baby baru berak. tak lama sangat. Mungkin sebab tu CTG tak cantik sangat. Kiranya memang patut lahir cara bedah juga. Bayangkan, masa nak bedah, cerviks baru buka 1-2cm dia dah berak. Kalau tunggu beranak biasa, kena tunggu minimum 1 jam lagi untuk cerviks lebih buka (3-4cm) sebelum pecahkan air ketuban kalau tak pecah sendiri. Kemungkinan untuk jadi fetal distress memang tinggi. Belum lagi mengingatkan sakit contraction yang dah tak boleh tahan sedangkan baru 1-2cm. Kiranya memang Allah dah tentukan lahir cara pembedahan untuk anak ini adalah cara yang terbaik.
Welcome Inarah Zabdah |
The baby cot tag |
Father and daughter first picture |
Dengan keluarnya bayi ni, Road to Baby selesai dan bermulalah pula chapter Road of Rearing pula.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Terima kasih untuk ulasan/komen/pertanyaan.
Saya akan cuba balas secepat yang mungkin. Kalau inginkan maklumblas yang lebih segera, boleh ke FB atau Google+ saya.
Thank you for comments/questions.
I will try to respond as soon as possible. If need a quicker response, you can try to reach me through FB or Google+