Kawan hari tu tanya tentang suplemen ni. Maaflah...Hanum pun baru dengar tentang suplemen ni.
Hanum pun carilah di website2 tentang suplemen ni. Rupanya isi dia adalah tranexamic acid 250mg.
Aiii....ikut Malaysia ni...ubat ni masih kategori B. Iaitu mesti dipreskribsikan oleh dokter. Tak boleh dijual secara over the counter.
MAKSUDNYA tak boleh dijual orang awam atau beutician. Kat botol tu pun jelas2 tulis ****for professional use only***. Golongan professional ni siapa? Dokter jelah. Maaf ya...tapi beautician bukan golongan professioanl walaupun dia belajar untuk jadi beautician. Untuk pengetahuan semua juga, di Malaysia, semua ubat-ubatan atau suplemen yang dijarum hanya boleh diberikan oleh tenaga kesihatan yang bertauliah iaitu dokter atau nurse. Kengkawan dokter yang ambil aesthetic, tolong betulkan saya kalau saya salah.
Hanum tak nak cakap panjang tentang ni, sebab di botol tu sendiri tulis ****for professional use only***. Nak benda ni jumpa dokter yang buka klinik kecantikan. Jangan minta di klinik kerajaan ya kecuali jumpa dokter kulit kerajaan.. Jangan beli dari online2 tu. Salah tu.
Maaflah ya kepada penjual online, apapun alasan korang dengan kata kerajaan Malaysia ni ketinggalan dari segi produk kecantikan, tapi produk korang jual tu sendiri tulis ****for professional use only***. Kalau pun di negara luar, itu tetap bermaksud hanya orang yang certified yang ada lesen professional je yang boleh jual.
Wallahualam.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Terima kasih untuk ulasan/komen/pertanyaan.
Saya akan cuba balas secepat yang mungkin. Kalau inginkan maklumblas yang lebih segera, boleh ke FB atau Google+ saya.
Thank you for comments/questions.
I will try to respond as soon as possible. If need a quicker response, you can try to reach me through FB or Google+