Sebelah ayah. Lahir di tahun 1959 dan membesar di Sabah . Nenek dan
atuk bukannya orang berpelajaran. Kerja dengan orang Cina, jual kuih dan
bercucuk tanam. Akhirnya dapat beli tanah di kampung dan juga sekolahkan
anak-anak mereka. Ayahku akhirnya berjaya mendapat tawaran ke UM di
Semenanjung. Kerana tidak berkemampuan mereka meminta bantuan
kerajaan (USNO) sewaktu itu. Nenek cerita untuk mendapat bantuan
tersebut, mereka kena bayar beberapa ratus ringgit. Atuk nak jual tanah
tapi nenek menentang kerana takut hilang tempat untuk berteduh dan mencari
rezeki setelah menjual tanah. Tapi mungkin rezeki ayahku, USNO kalah
dalam pilihanraya waktu itu dan PBS menang di daerahnya. Bantuan
diberikan kepada ayahku tanpa syarat dan tanpa wang. Alhamdulillah dia
berjaya menjadi graduan UM dan bekerja sebagai pegawai kerajaan negeri.
Sebelah ibu. Lahir dan membesar di Johor. Merupakan anak FELDA.
Alhamdulillah berkat usahanya dan bantuan dari abang-abangnya, ibu
berjaya ditawarkan di UM. Ibu bertemu jodoh dengan ayah di UM. Ayah
menyaran ibu menjadi guru. Setelah lulus KPLI, ibu datang ke Sabah
menyusul ayah. Dari tahun 1983 ke Sabah hinggalah sekarang.
Dalam lebih kurang 10 tahun pertama ibu berada di Sabah, PBS memerintah
Sabah. Kemudian BN pula memerintah. Apa yang ibu saya dapati sikap
masyarakat Sabah yang dulunya 'anti Malaya' berkurang sejak BN
memerintah.
Cerita saya pula. Belajar okay dengan didikan orang
tua ku. Selalu gak dapat antara top student. Masa tingkatan 3 nak mohon
asrama penuh sebab waktu di sekolah kampung. Entah kenapa tiada borang
di sekolah, padahal borang sepatutnya ada di setiap sekolah.
Disembunyikan kot, tak nak pelajar cemerlang lari atau bertambah
cemerlang. Atau mungkin untuk golongan keluarga tertentu? Wallahualam.
Nasib baik mak dengar di radio tentang MRSM. Dapat mohon ke sana dan
diterima. Belajar lagi hinggalah menjadi dokter dengan bantuan biasiswa.
Sekarang dah kerja di klinik kesihatan daerah yang agak pedalaman di
Sabah. Nasib baik letrik, air dan jalan raya ada. Sayangnya kalau nak
melawat beberapa klinik desa dalam kawasan, jalan raya terputus-putus
bahagian bertarnya. Bahagian yang paling menyedihkan bukanlah aspek
fizikal daerah ini, tapi mentaliti sebahagian besar masyarakat sini.
Lebih banyak mengharapkan bantuan kerajaan dari nak berusaha bekerja dan
belajar. Masih ramai yang hanya menyekolahkan anak mereka sampai darjah
enam atau tingkatan 3. Ada ibu yang kata untuk anak berjaya ke
universiti, orang itu mesti ada tanah. Apa pemimpin tempatan mereka
lakukan untuk mengubah mentaliti ini?
Ah...sungguh banyak lagi
cerita kehidupan yang dapat dikaitkan dengan politik tetapi sebahagian
besarnya adalah rahsia kerajaan. Tapi yang saya dapat simpulkan ialah
apapun parti politik yang memerintah di Sabah ataupun Malaysia, yang
akan menentukan kejayaan seseorang individu atau keluarga ialah usaha
dan peluang yang ada, dicari dan terus diambil.
TETAPI, peluang
yang disediakan oleh kerajaan pula haruslah telus dan terbuka kepada
semua tanpa memilih orang dan latar belakang. Dasar yang dibentuk
mestilah adil dan bijaksana agar keamanan yang tercapai. Fasilti yang
disediakan haruslah berkualiti dan berpatutan supaya orang tidak curiga
ia hasil rasuah. Kerja yang yang diamanahkan harus dilaksanakan dengan
jujur oleh semua peringkat kerajaan supaya ia memberi hasil yang bagus.
Barulah rakyat tahu yang mereka harus berusaha dan akan berjaya.
Saya harap pilihanraya ini, pemimpin yang terpilih nanti akan
menjadikan Malaysia lebih baik. Saya sebagai pegawai kerajaan berharap
dapat bekerja dengan ikhlas untuk kerajaan yang terbentuk nanti.
Mohon maaf panjang bercerita. Terima kasih kepada yang sudi baca.