Selasa, 21 Oktober 2014

Semasa Bersalin Part 1

Okay...kita sambung cerita.

Jadi setelah buat keputusan untuk dibedah pada 25 Sept, Naim on-call dan saya kerja macam biasa. Isi borang permohonan cuti bersalin dan mohon mula cuti mulai pada 22 Sept. Tapi balik kerja hari Jumaat tu, 19hb, cakap lagi dengan suami yang rasa nak balik KK pada hari Sabtu. Suami tetap kata tak boleh. Sedih betul rasa...tapi apa nak buat...sabar jelah.

Malam tu tidur jelah dengan Inarah. Berdua je sebab Naim kerja dan tidur di hospital. Malam tu balik2 bangun rasa sakit perut nak berak. Tapi tak juga berak. Terfikir yang ni mungkin 'contractions', tapi kerana jarak sakitnya agak jauh juga dan masih ngantuk dan nak tidur...tidur jelah.

Esok pagi 20hb, walaupun suami kata balik hari Selasa, tapi bangun tu, Hanum mula kemas beg Hanum. Pilih baju, seluar dan barang-barang yang nak dibawa ke KK. Bila maid nampak kita kemas, dia tanya, balik hari ni ke. kata taklah, cuma nak kemas je. Tapi nak makan sarapan takde selera.

Masa kemas-kemas tu, mula terasa perut mengeras dan pinggang mulai sakit. Ni mula betul2 terasa jam 8 pagi. Mulalah tengok jam dan buat timing. Bila timing, dapati perut tu mengeras dalam setiap 10 minit. Ada yang macam 2 kali dalam 10 minit. Bila suami balik rumah sebelum sambung lagi kerja lagi, bagitau dia. Dia tanya betul ke. Kalau ya ke hospital..periksa lagi di sana. Jam 9.20 pagi, dapati ada darah sikit di seluar dalam. Wah dah ada show. Kasi tunjuk suami. Suami kata marilah, bersiap ke hospital. Periksa je dulu.

Jadi jam 10 pagi, pergilah ke dewan bersalin Hospital Pitas. Terkejut staff sana dan segan pula mereka nak periksa Hanum. Tapi Hanum cakap, jangan segan. Buat je kerja macam biasa. Sementara mereka buat CTG dan timing contraction, Naim pergi sambung kerja.

Bila buat CTG tu, nervous. Harap sangat baby okay. Awal-awal tu CTG 'sleeping pattern'. Alahai..tukar katil dan terpaksalah maknya pakai oksigen. Baru CTG tu cantik. Lepas timing, dapati contractions dah 2 in 10. Tinggal nak periksa bukaan rahim. Itu Naim sendiri yang buat. Tapi kerana serviks masih tinggi, sakitnya masa dia periksa. Dahlah baru habis contraction. Nangis dibuatnya. Serviks dah buka 1cm. Memandangkan Hanum tak pernah bersalin biasa, jadi dianggap seperti melahirkan anak pertama. 1 cm tu bukaan rahmlah. Jadi established labour.

Tak balik rumahlah terus. Tukar baju, pakai baju pink hospital. Kawan yang on call labor room telefon pakar dan rujuk kes Hanum sebab Hanum ada bekas parut bedah. Pakar pun kata hantarlah ke Likas. Aiii...mulut masin Naim jadi lagi. Kali ini tentang Hanum akan dihantar ke KK dengan ambulans. Ambulans akan gerak jam 1 tengahari. Pergilah makan soto daging dulu di kantin hospital. Naim pun suruh sesiapa yang ada di rumah juga untuk bersiap. Hanum minta ambilkan stokin dan telekung.

Sebelum jalan, solat zuhur dan Hanum terus jama' asar terus. Perjalanan ke KK akan ambil masa dalam 2 jam setengah ke 3 jam. Jadi khuatir tak sempat solat asar kalau dah sampai Likas. Bila Naim dan Inarah hantar telekung, peluk cium dulu anak tu. Ahh...dah rasa rindu dengan anak tu. Rasa excited nak jumpa baby baru...nthahlah....lebih berdebar nervous sebenarnya.

Apapun jam satu geraklah dengan ambulans. Kalau ikutkan nak duduk je, tapi tempat terhad, sebab letak barang-barang lagi. Jadi baring jelah di katil stretcher tu. Walaupun goyang-goyang dan ada juga sakit contraction, tapi alhamdulillah, dapat juga tidur semasa perjalanan tu. Jadi dapatlah cover sikit kurang tidur malam sebelumnya yang akibat balik-balik bangun sakit perut.

Akhirnya dalam jam 3 lebih nak dekat jam 4, sampailah ke Hospital Likas. Daftarlah diri sebagai pesakit Likas pula. Ada beberapa staff masih kenal Hanum. MO yang bertugas malam tu lelaki, Dia ada tanya nak MO perempuan tak untuk periksa, tapi cakap tak  kisahlah. Tak nak menyusahkan mereka sangat. Bukan tak tahu macam mana kerja mereka. Tapi HO, auto segan sikit dengan MO sebagai pesakit, tapi untuk mereka ambilkan darah dan pasang IV line, Hanum bagi je. Sepanjang dulu masa IVF proses, ada medical student pun Hanum tak kisah.

CTG di PAC tu pun mula-mula agak sleeping pattern. Nervous jadinya. Terpaksa kali ini pasang IV drip. Lepas ada IV drip, baru okay CTG lagi. Hanum dah terfikir akan LSCS lagilah kalau macam ni. Kerana sakit contraction, MO offer Nubain. Kerana serviks baru 2 cm, dan contraction baru 2 in 10, Hanum terima offer tu. Lepas dapat Nubain, tak lama kemudian masuk wad. Di wad, Hanum terus tidur, penanngan Nubain tu. Troli makanan lalu, Hanum dengar, tapi tak larat nak bangun. Lagipun tempat makan pun takde. Masuk Maghrib, baru rasa nak bangun. Sembahyang Maghrib dan jama' terus Isyak. Lepas tu baring lagi sambil tunggu Naim datang untuk bawakan barang-barang dan makanan.

Tak lama lepas tu, Naim sampai bawakan barang-barang dan makanan. Dia bawakan ayam dan spaghtetti carbonara Pizza Hut. Cubalah makan. Tapi mungkin kerana Nubain, mual jadinya nak makan carbonara tu. Dapat masuk sikit. Ayam dapat habiskan. Tapi, tak lama lepas tu muntah semua tu. Nasib baik Naim bawakan susu kotak dan cereal yang kotak-kotak kecil tu. Dapatlah makan dan yang ni tak keluar.

Naim lepak jap dan tak lama lepas tu dia balik dan Hanum tidur.

Gambar Setelah Admit Wad
Jangan lupa jaket sbb hospital ni sejuk

Khamis, 2 Oktober 2014

Sebelum Bersalin

Lama tak update....maaflah ya...bukan tak nak update...tapi bila dah ada satu anak, susah sikit nak curi masa. Masa yang ada pun untuk hobi yang lain. hehehe...sorry lagi sekali.

Kerana lama tak update, jadi banyak juga yang nak diceritakan. Supaya lebih teratur, Hanum akan cerita dalam tiga bab..Bab Sebelum Bersalin...Bab Semasa Bersalin dan di Hospital..dan Bab Pantang.

Jadi terus jelah ya ke Bab Sebelum Bersalin. Last Hanum cerita ialah masa raya. Sebelum raya tu, Hanum berklinik dengan Dr Hatta. Growth scan biasa dan review GDM bila temujanji dengan pakar. Usia kandungan dalam 28 minggu. Lumayan gak saiz baby waktu tu. Kepala dia dah berukuran 32 minggu. Lingkar perut dan paha pula dalam 30 minggu. Waktu tu juga Dr Hatta tanya nak bersalin di mana, swasta ke kerajaan. Sebenarnya Hanum pun bingung nak jawab soalan tu.

Memandangkan yang pertama dibedah, kalau nak cuba bersalin biasa,sebaiknya di kerajaan kerana di swasta lebih cenderung untuk bedah...apatah lagi ini anak IVF. Tapi nak bersalin di kerajaan, memikirkan masalah pelawat takleh datang suka hati, dan takleh ada peneman selalu. Tanya balik soalan tu pada Dr Hatta. Bagi pandangan dia apa yang terbaik. Dia akhirnya kata, kita tengok lagi pada 36 minggu. Keadaan baby besar ke atau yang lain2 masalah.

3 Ogos pada 31 minggu 2 hari


Jadi Hanum kerja macam biasa. Cuba kawal makan dan periksa BSP dalam 2 minggu sekali sebab ada glucometer sendiri. ok jugalah kawalan gula walaupun ada makan durian, coklat dan aiskrin serta manisan lain sikit2.

Tiba masa 36 minggu. Waktu tu, Dr Hatta tengah sibuk, jadi Dr Natirah yang scan. Saiz baby dia kata dalam 2.6 kg ikut scan. Dalam hati, tak caya. Sebab perut Hanum memang dah besar waktu tu. Adik pun rasa mesti dah capai 3 kg. Tapi itulah scan..Memang akan tambah tolaknya. Kalau dari scan 2.6 kg, tambah tolak 500 gm. Jadilah baby tu 3 kg. Lepas tu bincang lagi tentang pilihan cara nak bersalin. Nak cuba beralin biasa ke atau bedah je. Kerana saiz baby okay, GDM terkawal, tekanan darah terkawal...okay je untuk bersalin biasa.

Tapi Hanum masih gelisah nak beranak dengan cara apa dan di mana. Kenapa gelisah? Beranak biasa memang lebih baik untuk ibu dan anak. Itu Hanum takkan sangkal. Tapi kelahiran pembedahan yang dirancang adalah kurang berisiko untuk anak yang dikandung, walaupun risiko untuk ibu lebih sikit. Yalah...semasa proses kelahiran biasa, kita takkan tahu apa akan jadi pada baby tu pada bila-bila masa semasa proses nak bersalin. Tali pusat mngkin kat leher, baby terberak dan nak lemas atau mulut rahim tak buka-buka dan macam-macam lagi. Yang pasti Hanum tak nak di'induce'. Ini kerana induce labor lebih berisiko dari sakit bersalin spontan. (Ini pendapat untuk kehamilan Hanum. Induce labor secara umum adalah selamat dan dilakukan dengan prosedur yang betul untuk memastkan keselamatan ibu dan anak. Tanya dokter anda lebih tentang induce kalau ada keraguan. Jangan buat keputusan bersalin anda berdasarkan blog saya ya).

Pergilah jumpa Dr Mary di KPJ Sabah Specialist (dulu namanya SMC) pada 37 minggu kehamilan. Ni minta pandangan kedua. Dia pun scan dapat 3 kg. Pandangan dia memang jangan induce. Kalau datang sakit bersalin spontan, okay. Cuba bersalin biasa. Tapi kalau nak bedah, boleh bedah pada 40 minggu kehamilan. Maksudnya dia bagi masa untuk datang sakit bersalin spontan. Kiranya samalah dengan apa yang Hanum nak dan juga konsisten dengan Likas juga buat.

Keputusan di tangan Hanum. Setelah bincang dengan suami dan solat istikharah selama lima malam, akhirnya pada pagi Isnin tu 15 September, usia kandungan 37 minggu 3 hari, Hanum hubungi jururawat klinik fertiliti dan minta tarikh pembedahan di Likas. Ini kerana Hanum tak nak induce dan rasa kali ni, takpelah bersalin di kerajaan walaupun dengan cara bedah. Kerana kita ni laki bini dokter, selalunya dapat jugalah kelonggaran sikit di mana yang boleh, bila masuk wad. Jangan pula kerana baca ni, nak buat komplen ke hospital ya. Hanum cakap sikit kelonggaran, bukan kelonggaran penuh. Jangan berkira sangatlah ya. :D

FB post semasa membuat keputusan dapat tarikh bedah


Setelah dibelek-belek oleh jururawat tu, dapatlah tarikh bedah 25 September. Kira cantiklah juga tu pada usia kandungan 38 minggu 6 hari. Suami pun mulalah atur 'on-call' dia supaya dapat ada pada hari bedah tu dan terus ambil 'paternity leave'. Kalau timbul sakit bersalin sebelum tu, akan cuba bersalin biasa.

Jadi minggu tu, Hanum kerja lagi....dan gelisah...kali ni....kerana belum siapkan beg untuk ke hospital. Baju baby, kain bedung, towel baby dah cuci..tapi lum masuk beg. Barang2 untuk Hanum langsung belum kemas. Arghh..nak balik KK. Tapi suami tak bagi Dia kata dua hari sebelum bedah je baru balik KK. Sabar jelah kita. Apa nak buat. Tunggu jelah harinya.

Kita akan sambung lagi di bab seterusnya.


Rabu, 30 Julai 2014

Selamat Hari Raya

Hari ini ringkas jelah ya...

Hanum dan keluarga mengucapkan selamat hari raya dan maaf zahir batin.

Raya kali ni tak balik kampung suami. Raya di kampung nenek Hanum di Kota Marudu. Taklah semeriah di Batu Pahat, tapi kami cuba yang boleh. Ada juga parents Hanum.

Masak ketupat, rendang, sambal kacang, sambal goreng pengantin dan lodeh. Puaslah makan pada raya pertama tu. Pasal GDM? Wahahahaha....kita lupakan kejap.







Inarah pun comel je dengan baju raya dia. Baju kurung raya tahun lepas, dipakai pada malam hari. Tahun ni baru muat dan ngam di badan dia. Tahun depan baru buat lagi baju kurung atau jubah dengan kain sama ngan mak.




Sekarang ni dah nak masuk 30 minggu kehamilan. Tapi terasa betul macam baby kali ni besar dari Inarah. Adik Hanum pun ngandung sama. EDD kami tak jauh. Tapi jauh beza saiz perut. Takpelah. Tawakal je. Insyaallah semua berjalan lancar. Amin.

Jumaat, 4 Julai 2014

Second child, 26 Weeks

Alhamdulillah......

Setelah sekian lama tak update...sedar tak sedar sekarang Hanum dah masuk usia kandungan 26 minggu. Macam-macam berlaku sejak update yang lepas. Kita mulakan dari mana ya?

26 weeks with Inarah


Kita mulakan dari review dengan pakar pada 20 minggu. Alhamdulillah semua okay waktu tu. Hanum juga pergi buat detail scan dengan pakar feto maternal di Sabah Care Specialist Clinic. Alhamdulillah, pakar tu kata takda nampak kecacatan. Legalah juga. Kali ini takda CD USG baby ni. Tapi takpelah. Susah juga nak simpan CD ni. Letak merata jadinya. Cukup dengan gambar-gambar jelah.

Pada usia kandungan 22 minggu, Hanum buat ujian MOGTT, iaitu ujian maternal oral glucose tolerance test. Ujian ini dilakukan untuk mengesan samada ibu hamil itu ada kencing manis kehamilan atau tidak. Kerana adik Hanum ada glucometer, Hanum pinjam dan bawa glucose tu di rumah (mentang2lah dokter). Lepas sembahyang subuh, cek darah. Alhamdulillah, nilai gula ialah 5.3. Masih normal. Bancuhlah 75g glucose tu dalam air (tak ingatlah pula sekarang berapa mil), dan minum dalam sekali teguk. Memang manis yang teramat sangat. Sebab tu kena minum sekali teguk. Takleh pelan2. 2 jam kemudian, cek darah lagi. Kali ni 7.9. alalah.....ni dah kira GDM, Gestational Diabetes Melitus. Kencing Manis Kehamilan. Sabar jelah.

Mulalah diet sikit. Diet kencing manis ni sebenarnya taklah susah sangat. Masih boleh makan nasi dalam 2 senduk. Tapi kena lebihkan sayur. Makanan dan minuman manis mesti dielakkan. Tapi kerana Hanum ni memang suka makanan manis, adalah juga makan. Cuma bila makan tu, taklah makan banyak. Kalau dulu satu bekas kecil kek coklat leh dihabiskan sekali makan, sekarang hanya makan satu sudu sahaja setiap kali makan. Jam makan pun kena teratur. Alhamdulillah, stakat ini, Blood Sugar Profile (BSP) Hanum masih terkawal.

Tak lama lepas dah tau ada kencing manis, Hanum dihantar berkursus di Klang. Tahan diri jelah bila tengok makanan manis di buffet yang tak seberapa tu. Berkursus kali ni, Hanum tak bawa Inarah. Kali pertama tinggalkan Inarah selama 2 malam. Hanum tinggalkan Inarah dengan bibik dan mak Hanum. Alhamdulillah, takda masalah sangat. Inarah okay je. Maknya yang tak berapa okay. Hehehehe...yang paling tak okay ialah bila flight balik. Rasa sakit pinggang duduk dalam flight selama 2 jam setengah tu. Rasa dah tak larat dah nak naik kapal terbang lama2 sepanjang mengandung ni.

Apapun sekarang dah masuk bulan puasa. Alhamdulillah okay berpuasa. Inarah hanya menyusu di malam hari. itu pun sekejap. Jadi tahanlah juga puasa. BSP masa puasa pun okay. Semoga okay jelah sepanjang masa puasa ni.


Ahad, 6 April 2014

14 weeks dah

Wah...tak sedar yang tak update tentang after chemically pregnant. Bila whatsapp dengan kawan tadi baru perasan.

Anyway...alhamdulillah. Kehamilan Hanum sekarang dah mencapai 14 minggu. Pada minggu ke 6 dan 12 scan dengan Dr Hatta dan Dr Dayang.

Kali ini memang yang menjadi satu je. Tapi tetap ada bleeding. Terpaksalah upkan dos utrogestan. Alhamdulillah baby okay dan sekarang bleeding stop. Tapi scan pada 12 minggu hari, dokter nampak macam ada retroplacental clot. Apa retroplacental clot? Maksudnya ada darah beku belakang tembuni. Mungkin bekas perdarahan dulu.

Teruslah dibagi nasihat untuk tidak stress, jangan angkat berat dan travel yang jauh dan banyak. Ubat duphaston kena teruskan sampai 20 minggu. Usia 20 minggu, scan lagi. Susah juga untuk tidak stress, tak angkat berat dan tak travel ni.

Stress sebab kerja dan melayan kerenah anak, suami dan bibik..tapi....masih okaylah. Takdelah sampai nak tarik rambut punya stress. Tak angkat berat....paling berat, Inarahlah sekarang ni. Dalam 9 kg. Lain dari tu, suruh suami atau bibik yang angkat.....Travel.....emmm...lawatan kerja ke klinik yang jalannya buruk...tak buat..tapi kalau ke Kota Kinabalu, Kota Marudu atau Kudat...macam seminggu sekali pasti pergi ke salah satu tempat tu. Tawakal jelah bila buat benda2 tu semua...Tapi yang utama dielakkan juga ialah mencegah membuat hubungan suami isteri..(segan nak cakap sebenarnya. Tapi rasa penting untuk dikongsikan). Yalah...hubungan tu selamat kalau kehamilan takda masalah...tapi kalau dah macam ni...terpaksalah dielakkan.

Morning sickness tak teruk sangat...tapi afternoon dan motion sickness pula. Bila tak tahan, ambil jelah Veloxin. Tapi alhamdulillah, masih leh kerja dan layan Inarah.

okaylah...ni update malam-malam sebab rasa malas nak tidur...namun, mata dah tak tahan. Nighty nite.

Rabu, 29 Januari 2014

2WW done

Mesti ada yang menunggu keputusan Beta HCG Hanumkan? Maaflah, seminggu lepas embryo transfer Hanum ke Batu Pahat dan KL. Balik kampung suami dan menghadiri perkahwinan sepupu dan adik dia.

Hanum periksa darah di Hospital Putra Batu Pahat. Bayar makmal Clinipath RM45. Alhamdulillah dapat keputusan pada hari yang sama. Hanum periksa darah pada 22 Januari. Dan sebenarnya sebelum terbang ke Johor ada periksa UPT pada 20 Jan.

UPT Results
 Nampak tak dua garis tu?
Quantitative Beta HCG
 Nampakkan nilai 367.9?
Results, Inarah and I
Dan gambar kami berdua yang gembira dengan keputusan darah ini?

Alhamdulillah, Hanum sekarang dah chemically pregnant. Maksudnya FET kali ini berhasil. Kenapa chemically pregnant? Sebab, embryo yang menampal tak semestinya menjadi fetus. Boleh jadi blighted ovum atau molar pregnancy. نعوذ بالله من ذلك. Tapi itulah kemungkinan-kemungkinan bila seseorang perempuan mempunyai UPT positif.  Sekarang tinggal menunggu minggu depan, dalam 5 atau 6 Feb untuk TVS. Kalau nampak fetal heart, sahlah pregnant.

So, tunggu minggu depan untuk update seterusnya.

Jumaat, 10 Januari 2014

Second 2ww Start

Alhamdulillah, tadi pagi dah buat embryo transfer. Ada tiga embryo. Satu gred 1 dan 2 lagi gred 2. Walaupun begitu, embryologist cakap insyaallah boleh melekat juga.
Lepas transfer, utrogestan dimasukkan dan suntikan proluton diberikan oleh dokter. Lepas transfer Hanum kali ni terus bangun. Terlupa pula yang boleh baring2 jap dalam 10-30 minit. Tapi takpelah, dulu Dr Cheong kata takpa kalau terus bangun. Insyaallah, boleh melekat juga.
Balik rumah, sampai2 je, suami suruh baring. Kesian Inarah. Mama tak dibenarkan dukung dia, sbb berat. Tengahari td sampai sekarang takat peluk2 jelah. Hanum masih nyusukan dia. Tapi terpaksalah kawal ragam dia. Kita tawakal jelah. Semoga Allah berikan rezeki anak kedua dengan FET ni.

Inarah tidur dengan mama lepas balik dari klinik


Isnin, 6 Januari 2014

Appointment Today

Sekarang ni tgh tunggu di farmasi untuk ambil ubat. Harap2 semua ubat ada. Kalau tak, trpaksalah membeli.

Anyway, alhamdulilah tadi buat TVS dan didapati ET 8.1mm. Meaning dah ready untuk FET. Insyallah hari Khamis ni akan buat FET. Harap2 Naim leh ikut. Kalau tak susah pula nanti nak cari parking dan drive balik walaupun sebenarnya takda papa.

Hari ini tambah 2 lagi ubat. Doakan second child TTC ni menjadi.

Rabu, 1 Januari 2014

Second Child Attempt

Assalamualaikum dan selamat tahun baru. 2014 dah sekarang ni.

Lama tak post di blog. Inarah nak masuk 1 tahun 4 bulan pada bulan Januari ni. Setelah berfikir dan bincang dengan Naim, kami bersetuju untuk untuk FET pada bulan Januari ini.

Mula dari November lepas, Hanum dah hubungi Dewi dan Dr Hatta di klinik fertiliti HWKKS. Setelah datang bulan pada bulan Disember, temujanji dibuat untuk ambil ubat. Kalau nak transfer pada bulan Januari, kena ambil ubat Progynova pada hari kedua haid yang akan datang.itupun kalau dokter dan embryologist tak cuti masa hari yang sesuai untuk transfer.

Kerana haid teratur, haid Hanum datang pada 27 Disember petang. Tapi Hanum sibuk dan terpaksa terbang ke KL pada Sabtu pagi sampai terlupa nak bawa ubat Progynova. Hubungi jelah Dewi. Alhamdulillah katanya okay. Hanum mulakan ubat pada hari ketiga haid, 29 Disember petang. Pada 6 Januari ni akan scan untuk tengok endometrial thickness (ET). Kalau dalam minggu tu dapat ET 7mm ke atas, insyaallah dapat buat FET minggu tu.

Doakan FET kali ini berjalan lancar macam FET yang lepas. Kalau tak, terpaksa buat OPU lagi sebab dah takde frozen embryo lagi. Sebab tu jugalah nak buat FET awal tahun, supaya ada masa untuk buat OPU. Maid pun tengah nak kerja lagi dengan Hanum, jadi cubalah dapatkan second baby.

Moga-moga Inarah akan membantu mama dan abahnya ni untuk dapat adik. Sorry sayang, mama nak cepat sikit dapat adik. Tapi mama tetap sayangkan Inarah. Muah2.