Rabu, 30 Julai 2014

Selamat Hari Raya

Hari ini ringkas jelah ya...

Hanum dan keluarga mengucapkan selamat hari raya dan maaf zahir batin.

Raya kali ni tak balik kampung suami. Raya di kampung nenek Hanum di Kota Marudu. Taklah semeriah di Batu Pahat, tapi kami cuba yang boleh. Ada juga parents Hanum.

Masak ketupat, rendang, sambal kacang, sambal goreng pengantin dan lodeh. Puaslah makan pada raya pertama tu. Pasal GDM? Wahahahaha....kita lupakan kejap.







Inarah pun comel je dengan baju raya dia. Baju kurung raya tahun lepas, dipakai pada malam hari. Tahun ni baru muat dan ngam di badan dia. Tahun depan baru buat lagi baju kurung atau jubah dengan kain sama ngan mak.




Sekarang ni dah nak masuk 30 minggu kehamilan. Tapi terasa betul macam baby kali ni besar dari Inarah. Adik Hanum pun ngandung sama. EDD kami tak jauh. Tapi jauh beza saiz perut. Takpelah. Tawakal je. Insyaallah semua berjalan lancar. Amin.

Jumaat, 4 Julai 2014

Second child, 26 Weeks

Alhamdulillah......

Setelah sekian lama tak update...sedar tak sedar sekarang Hanum dah masuk usia kandungan 26 minggu. Macam-macam berlaku sejak update yang lepas. Kita mulakan dari mana ya?

26 weeks with Inarah


Kita mulakan dari review dengan pakar pada 20 minggu. Alhamdulillah semua okay waktu tu. Hanum juga pergi buat detail scan dengan pakar feto maternal di Sabah Care Specialist Clinic. Alhamdulillah, pakar tu kata takda nampak kecacatan. Legalah juga. Kali ini takda CD USG baby ni. Tapi takpelah. Susah juga nak simpan CD ni. Letak merata jadinya. Cukup dengan gambar-gambar jelah.

Pada usia kandungan 22 minggu, Hanum buat ujian MOGTT, iaitu ujian maternal oral glucose tolerance test. Ujian ini dilakukan untuk mengesan samada ibu hamil itu ada kencing manis kehamilan atau tidak. Kerana adik Hanum ada glucometer, Hanum pinjam dan bawa glucose tu di rumah (mentang2lah dokter). Lepas sembahyang subuh, cek darah. Alhamdulillah, nilai gula ialah 5.3. Masih normal. Bancuhlah 75g glucose tu dalam air (tak ingatlah pula sekarang berapa mil), dan minum dalam sekali teguk. Memang manis yang teramat sangat. Sebab tu kena minum sekali teguk. Takleh pelan2. 2 jam kemudian, cek darah lagi. Kali ni 7.9. alalah.....ni dah kira GDM, Gestational Diabetes Melitus. Kencing Manis Kehamilan. Sabar jelah.

Mulalah diet sikit. Diet kencing manis ni sebenarnya taklah susah sangat. Masih boleh makan nasi dalam 2 senduk. Tapi kena lebihkan sayur. Makanan dan minuman manis mesti dielakkan. Tapi kerana Hanum ni memang suka makanan manis, adalah juga makan. Cuma bila makan tu, taklah makan banyak. Kalau dulu satu bekas kecil kek coklat leh dihabiskan sekali makan, sekarang hanya makan satu sudu sahaja setiap kali makan. Jam makan pun kena teratur. Alhamdulillah, stakat ini, Blood Sugar Profile (BSP) Hanum masih terkawal.

Tak lama lepas dah tau ada kencing manis, Hanum dihantar berkursus di Klang. Tahan diri jelah bila tengok makanan manis di buffet yang tak seberapa tu. Berkursus kali ni, Hanum tak bawa Inarah. Kali pertama tinggalkan Inarah selama 2 malam. Hanum tinggalkan Inarah dengan bibik dan mak Hanum. Alhamdulillah, takda masalah sangat. Inarah okay je. Maknya yang tak berapa okay. Hehehehe...yang paling tak okay ialah bila flight balik. Rasa sakit pinggang duduk dalam flight selama 2 jam setengah tu. Rasa dah tak larat dah nak naik kapal terbang lama2 sepanjang mengandung ni.

Apapun sekarang dah masuk bulan puasa. Alhamdulillah okay berpuasa. Inarah hanya menyusu di malam hari. itu pun sekejap. Jadi tahanlah juga puasa. BSP masa puasa pun okay. Semoga okay jelah sepanjang masa puasa ni.