Selasa, 2 Ogos 2016

Support Breastfeeding

Breastfeeding support is about supporting the mother and baby in receiving the best milk in the best possible way able by the mother. Lets all work towards it, as it isn't as easy as it seems.


Penyokongan penyusuan susu ibu adalah menyokong ibu dan bayi dalam mendapatkan susu yang terbaik dengan cara yang terbaik yang mampu oleh ibu. Mari sama-sama usahakannya, kerana ia tak semudah disangka.




Selasa, 21 Jun 2016

Ramadhan 2016

Salam ramadhan semua.

Alhamdulillah kita bertemu lagi dengan bulan Ramadhan. Alhamdulillah Hanum masih menyusukan Ijlal. Tapi sekarang Ijlal dah minum susu formula bila Hanum kerja. Direct feeding je bila Hanum ada di rumah. Tapi kerana sekarang kadang-kadang ada out station, Hanum buat EBM gak pada masa tu. Kejap lagi Ijlal dua tahun dan pada masa tu Hanum akan cuba wean off.

Bulan puasa kali ni okaylah. Hari ni baru puasa balik setelah uzur. Harapnya akan lebih kuat dari sebelum ni. Apapun kurma dan air madu antara yang mesti ada masa sahur. Selebihnya tawakal.

Pada masa bulan Ramadhan nilah, kita rasa apa yang orang lain yang tiada makanan atau tidak boleh makan rasa, walaupun hanya beberapa jam. Apa maksud Hanum dengan yang tidak boleh makan? Orang sakit selalunya tidak boleh makan. Ada yang berpantang makan, ada yang memang dipuasakan, ada yang dipuasakan berhari-berhari atau kalau dah teruk...berpuasa sehingga ajal menjemput.

Dulu bila Hanum kerja di hospital, kesian tengok budak-budak di wad bedah kanak-kanak yang terpaksa dipuasakan. Mereka masih kecil, kekuatan akal belum terbentuk, kawalan nafsu makan belum dilatih. Fisiologi badan yang otomatik terangsang bila melihat dan menghidu makanan juga tak boleh dikawal. Rasa lapar dan ingin makan tentu timbul walaupun sedang sakit.

Tetapi yang buat Hanum sedih bukanlah keadaan mereka yang terpaksa berlapar (kerana ia untuk kebaikan mereka). Namun keadaan mereka terpaksa melihat penjaga mereka yakni ibu mereka sendiri makan di depan merekalah yang membuat Hanum rasa hiba dan marah. Adalah beberapa penjaga yang Hanum tegur supaya jangan maka depan anak-anak tersebut. Tak kasihankah mereka pada anak-anak mereka?

Ini juga bermaksud, kalau nak mengajar budak kecil berpuasa alihkanlah perhatian dia dari makanan. Kalau sukar dielakkan (seperti disekolah atau masa jalan-jalan), beri kata-kata positif dan semangat untuk membentuk kekuatan mental dan melatih nafsu makan.

Jadi di bulan Ramadhan ini kepada yang berpuasa, hayatilah rasa lapar dan perasaan yang timbul bila melihat orang lain makan. Kalau refleks otak, perut dan air liur terangsang sangat bila tengok orang lain makan sampai nak marah orang tu...tenangkan diri dan anggap orang-orang itu sepert budak-budak yang tidak berpuasa. Anda takkan marah budak kecil yang tidak berpuasakan?

Wallahualam.


Rabu, 23 Mac 2016

Tropika Beauty

Lama tak ..dan post lagi pasal Tropika Beauty lagi.

Bukan apa..Hanum dapati web yang Hanum share dulu dah tutup. Buat pengetahuan, stokis tu ada masalah sikit.

Sekarang Hanum beli dengan stokis yang berada di Sabah. Nak tahu dengan lebih lanjut pasal produk Tropika leh kunjungi FB mereka. Tropika Beauty Official FB Page

Alhamdulillah, perniagaan sampingan Hanum yang ini masih berjalan. Dari beli stok yang minimal, sekarang suami bagi beli stok yang lebih banyak.

Anak-anak pun masih menunjukkan respon yang baik dengan minyak Tropika ini.

Jadi sesiapa yang nak mencuba boleh beli yang kecil je dulu. Kalau okay baru beli yang besar.

Hanum jual di area Pitas. Tu leh ambil anytime kecuali hujung minggu (inform awal2...boleh saja). Area lain yang Hanum boleh COD ialah Kudat dan KM.

Ewah2...dah promotelah pula kan.