Salam ramadhan semua.
Alhamdulillah kita bertemu lagi dengan bulan Ramadhan. Alhamdulillah Hanum masih menyusukan Ijlal. Tapi sekarang Ijlal dah minum susu formula bila Hanum kerja. Direct feeding je bila Hanum ada di rumah. Tapi kerana sekarang kadang-kadang ada out station, Hanum buat EBM gak pada masa tu. Kejap lagi Ijlal dua tahun dan pada masa tu Hanum akan cuba wean off.
Bulan puasa kali ni okaylah. Hari ni baru puasa balik setelah uzur. Harapnya akan lebih kuat dari sebelum ni. Apapun kurma dan air madu antara yang mesti ada masa sahur. Selebihnya tawakal.
Pada masa bulan Ramadhan nilah, kita rasa apa yang orang lain yang tiada makanan atau tidak boleh makan rasa, walaupun hanya beberapa jam. Apa maksud Hanum dengan yang tidak boleh makan? Orang sakit selalunya tidak boleh makan. Ada yang berpantang makan, ada yang memang dipuasakan, ada yang dipuasakan berhari-berhari atau kalau dah teruk...berpuasa sehingga ajal menjemput.
Dulu bila Hanum kerja di hospital, kesian tengok budak-budak di wad bedah kanak-kanak yang terpaksa dipuasakan. Mereka masih kecil, kekuatan akal belum terbentuk, kawalan nafsu makan belum dilatih. Fisiologi badan yang otomatik terangsang bila melihat dan menghidu makanan juga tak boleh dikawal. Rasa lapar dan ingin makan tentu timbul walaupun sedang sakit.
Tetapi yang buat Hanum sedih bukanlah keadaan mereka yang terpaksa berlapar (kerana ia untuk kebaikan mereka). Namun keadaan mereka terpaksa melihat penjaga mereka yakni ibu mereka sendiri makan di depan merekalah yang membuat Hanum rasa hiba dan marah. Adalah beberapa penjaga yang Hanum tegur supaya jangan maka depan anak-anak tersebut. Tak kasihankah mereka pada anak-anak mereka?
Ini juga bermaksud, kalau nak mengajar budak kecil berpuasa alihkanlah perhatian dia dari makanan. Kalau sukar dielakkan (seperti disekolah atau masa jalan-jalan), beri kata-kata positif dan semangat untuk membentuk kekuatan mental dan melatih nafsu makan.
Jadi di bulan Ramadhan ini kepada yang berpuasa, hayatilah rasa lapar dan perasaan yang timbul bila melihat orang lain makan. Kalau refleks otak, perut dan air liur terangsang sangat bila tengok orang lain makan sampai nak marah orang tu...tenangkan diri dan anggap orang-orang itu sepert budak-budak yang tidak berpuasa. Anda takkan marah budak kecil yang tidak berpuasakan?
Wallahualam.