Wah...tak sedar yang tak update tentang after chemically pregnant. Bila whatsapp dengan kawan tadi baru perasan.
Anyway...alhamdulillah. Kehamilan Hanum sekarang dah mencapai 14 minggu. Pada minggu ke 6 dan 12 scan dengan Dr Hatta dan Dr Dayang.
Kali ini memang yang menjadi satu je. Tapi tetap ada bleeding. Terpaksalah upkan dos utrogestan. Alhamdulillah baby okay dan sekarang bleeding stop. Tapi scan pada 12 minggu hari, dokter nampak macam ada retroplacental clot. Apa retroplacental clot? Maksudnya ada darah beku belakang tembuni. Mungkin bekas perdarahan dulu.
Teruslah dibagi nasihat untuk tidak stress, jangan angkat berat dan travel yang jauh dan banyak. Ubat duphaston kena teruskan sampai 20 minggu. Usia 20 minggu, scan lagi. Susah juga untuk tidak stress, tak angkat berat dan tak travel ni.
Stress sebab kerja dan melayan kerenah anak, suami dan bibik..tapi....masih okaylah. Takdelah sampai nak tarik rambut punya stress. Tak angkat berat....paling berat, Inarahlah sekarang ni. Dalam 9 kg. Lain dari tu, suruh suami atau bibik yang angkat.....Travel.....emmm...lawatan kerja ke klinik yang jalannya buruk...tak buat..tapi kalau ke Kota Kinabalu, Kota Marudu atau Kudat...macam seminggu sekali pasti pergi ke salah satu tempat tu. Tawakal jelah bila buat benda2 tu semua...Tapi yang utama dielakkan juga ialah mencegah membuat hubungan suami isteri..(segan nak cakap sebenarnya. Tapi rasa penting untuk dikongsikan). Yalah...hubungan tu selamat kalau kehamilan takda masalah...tapi kalau dah macam ni...terpaksalah dielakkan.
Morning sickness tak teruk sangat...tapi afternoon dan motion sickness pula. Bila tak tahan, ambil jelah Veloxin. Tapi alhamdulillah, masih leh kerja dan layan Inarah.
okaylah...ni update malam-malam sebab rasa malas nak tidur...namun, mata dah tak tahan. Nighty nite.
Ahad, 6 April 2014
Rabu, 29 Januari 2014
2WW done
Mesti ada yang menunggu keputusan Beta HCG Hanumkan? Maaflah, seminggu lepas embryo transfer Hanum ke Batu Pahat dan KL. Balik kampung suami dan menghadiri perkahwinan sepupu dan adik dia.
Hanum periksa darah di Hospital Putra Batu Pahat. Bayar makmal Clinipath RM45. Alhamdulillah dapat keputusan pada hari yang sama. Hanum periksa darah pada 22 Januari. Dan sebenarnya sebelum terbang ke Johor ada periksa UPT pada 20 Jan.
Nampak tak dua garis tu?
Nampakkan nilai 367.9?
Dan gambar kami berdua yang gembira dengan keputusan darah ini?
Alhamdulillah, Hanum sekarang dah chemically pregnant. Maksudnya FET kali ini berhasil. Kenapa chemically pregnant? Sebab, embryo yang menampal tak semestinya menjadi fetus. Boleh jadi blighted ovum atau molar pregnancy. نعوذ بالله من ذلك. Tapi itulah kemungkinan-kemungkinan bila seseorang perempuan mempunyai UPT positif. Sekarang tinggal menunggu minggu depan, dalam 5 atau 6 Feb untuk TVS. Kalau nampak fetal heart, sahlah pregnant.
So, tunggu minggu depan untuk update seterusnya.
Hanum periksa darah di Hospital Putra Batu Pahat. Bayar makmal Clinipath RM45. Alhamdulillah dapat keputusan pada hari yang sama. Hanum periksa darah pada 22 Januari. Dan sebenarnya sebelum terbang ke Johor ada periksa UPT pada 20 Jan.
| UPT Results |
| Quantitative Beta HCG |
| Results, Inarah and I |
Alhamdulillah, Hanum sekarang dah chemically pregnant. Maksudnya FET kali ini berhasil. Kenapa chemically pregnant? Sebab, embryo yang menampal tak semestinya menjadi fetus. Boleh jadi blighted ovum atau molar pregnancy. نعوذ بالله من ذلك. Tapi itulah kemungkinan-kemungkinan bila seseorang perempuan mempunyai UPT positif. Sekarang tinggal menunggu minggu depan, dalam 5 atau 6 Feb untuk TVS. Kalau nampak fetal heart, sahlah pregnant.
So, tunggu minggu depan untuk update seterusnya.
Jumaat, 10 Januari 2014
Second 2ww Start
Alhamdulillah, tadi pagi dah buat embryo transfer. Ada tiga embryo. Satu gred 1 dan 2 lagi gred 2. Walaupun begitu, embryologist cakap insyaallah boleh melekat juga.
Lepas transfer, utrogestan dimasukkan dan suntikan proluton diberikan oleh dokter. Lepas transfer Hanum kali ni terus bangun. Terlupa pula yang boleh baring2 jap dalam 10-30 minit. Tapi takpelah, dulu Dr Cheong kata takpa kalau terus bangun. Insyaallah, boleh melekat juga.
Balik rumah, sampai2 je, suami suruh baring. Kesian Inarah. Mama tak dibenarkan dukung dia, sbb berat. Tengahari td sampai sekarang takat peluk2 jelah. Hanum masih nyusukan dia. Tapi terpaksalah kawal ragam dia. Kita tawakal jelah. Semoga Allah berikan rezeki anak kedua dengan FET ni.
| Inarah tidur dengan mama lepas balik dari klinik |
Langgan:
Catatan (Atom)