Tapi di musim PKP ini saya rasa post ini dapat membantu ibu bapa seperti saya. Agak panjang dan kalau ada yang nak bertanya leh ke FB saya dan bertanya di sana.
Rasanya agak lambat untuk saya membuat post ini. Tapi saya harap ia dapat membantu ibu bapa untuk membuat akaun e-mel untuk anak-anak dengan cara yang selamat dan benar bagi sesiapa yang belum membuat lagi akaun e-mel untuk anak-anak mereka.
Saya menggunakan
Google Family Link dan juga Office Family. Secara peribadi saya rasa Google Family
Link adalah lebih mudah dan praktikal. Kedua-dua akaun memerlukan anda sendiri
sebagai orang tua mempunya akaun Google atau Office. Anda boleh ke link berikut
untuk mendapatkan secara langsung cara-cara membuat e-mel untuk anda tersebut.
Kalau anda
mempunyai Office Home atau Pro, ahli keluarga anda dapat menggunakan produk
Office penuh seperti anda juga. Oleh itu, ahli keluarga anda tidak perlu
membeli Office untuk komputer atau laptop mereka.
Antara kegunaan
membuat e-mel anak anda ialah anda boleh menyimpan gambar anak-anak di akaun
Google dia sendiri dengan membuat pengecaman muka anak2 anda di Google Photo.
Di masa sedang
PKP ini juga, anda boleh membuat Google Classroom untuk anak -anak masuk serta
sekiranya guru mereka menggunakan Google Classroom atau anda sendiri
mengumpulkan kerja sekolah yang diberikan guru-guru di Google Classroom anda
sendiri dan kemudian anak-anak ‘Join classroom’ anda untuk membuat kerja
sekolah tersebut.
Figure 1 Google Classroom Saya
Figure 2 Google Classroom Anak Saya
Figure 3 Koleksi Gambar Anak Dengan Cara Share Gambar/Album dengan Akaun e-mel
anak
Sekiranya
anak-anak memerlukan e-mel untuk mendaftar ‘game’ anda juga boleh memantau
anak-anak anda.
Jadi, secara
ringkas berikut adalah cara membuat akaun e-mel anak anda.
Google
Ada beberapa cara
untuk membuatnya tapi saya hanya memilih 2 cara ini.
Menggunakan app Family Link yang boleh
didownload di phone menggunakan Google Play.
- Dari akaun anda, anda ke Family Link app.
Dari app tersebut semasa menambah atau menjemput ahli keluarga, anda akan diberi
pilihan membuat akaun untuk ahli keluarga yang tidak mempunya akaun Google.
Pilih untuk buat akaun dan daftar seperti biasa dengan mengisi nama anak dan
mempersetujui ‘Terms and conditions’
Di komputer
- Pergi ke ‘create Google Account’ atau buat
Google Account baru
- Masukkan data-data anak
- Masuk ke dalam akaun anda sendiri dan
pilih cara untuk memberi persetujuan orang untuk akaun anak anda
- Anda akan mendapat pengesahan setelah
akaun berjaya dibuat.
Microsoft
- Log in ke akaun Microsoft anda dan pergi
family.
- Invite family dan buat akaun buat ahli
keluarga yang tidak mempunyai e-mel.
- Pilih jenis akaun iaitu akaun yang akan
dipantau.
- Buat akaun mengikut arahan dan setelah
selesai akan nampak akaun anak dalam senarai yang dijemput.
- Log ini akaun anak dan terima jemputan.
- Setelah itu anak boleh menggunakan akaun
tersebut untuk menggunakan/install produk Office di alat peranti dia sendiri. Kita
sebagai ibu bapa boleh memantau penggunaan peranti anak menggunakan akaun family
kita.
Selamat mencuba
dan semoga bermanfaat.
Wallahualam.