Khamis, 26 September 2013

Updates...Updates...

Salam.....

Lama tak tulis di blog. Anyway Inarah dah nak masuk 14 bulan. Alhamdulillah. Tadi dia dah pandai jalan beberapa langkah. Sedih gak sebab yang pertama kali nampak ialah pembantu dan bukannya Hanum. Tapi apakan daya. Bersyukur jelah anak mempunyai perkembangan yang normal dan dijaga baik oleh pembantu.

Inarah Satu Tahun

Inarah masih menyusu badan. Tapi, bila dia dah besar ni gaya dia nak menyusu beragam. Sampai tertonggeng2. Memilih pula tu nak belah mana. Nasib baik dia tak besar sangat. Jadi takdelah rasa berat atau terganggu dengan gaya dia. Apapun kena bersabar dengan breastfeeding ni. Hanum masih memerah, tapi tak serajin dulu. Bial Inarah dah mula makan, menyusu tak banyak sangat. Dan kerana bila dia setahun dah boleh makan makanan keluarga, Hanum mula berikan full cream milk sebagai salah satu diet dia. Tapi kalau ada maknya ni, langsung tak nak susu yang lain. Nak directly fresh.

Bila anak ni dah setahun, Naim dah mula tanya untuk next baby. Kami merancang nak buat FET awal tahun depan. Dah hubungi Likas. Alhamdulillah, Likas dah ada embryologist mereka sendiri. Jadi FET boleh dibuat bila2 masa ikut haid kita sendiri dan kalau embryologist dan dokter tak bercuti. Syukur sesangat. Masa menunggu akan berkurang. Jadi kepada yang nak IVF good luck.

Jumaat, 3 Mei 2013

Cerita Sedikit Bagaimana Politik Mempengaruhi Keluarga Saya.

Sebelah ayah. Lahir di tahun 1959 dan membesar di Sabah . Nenek dan atuk bukannya orang berpelajaran. Kerja dengan orang Cina, jual kuih dan bercucuk tanam. Akhirnya dapat beli tanah di kampung dan juga sekolahkan anak-anak mereka. Ayahku akhirnya berjaya mendapat tawaran ke UM di Semenanjung. Kerana tidak berkemampuan mereka meminta bantuan kerajaan (USNO) sewaktu itu. Nenek cerita untuk mendapat bantuan tersebut, mereka kena bayar beberapa ratus ringgit. Atuk nak jual tanah tapi nenek menentang kerana takut hilang tempat untuk berteduh dan mencari rezeki setelah menjual tanah. Tapi mungkin rezeki ayahku, USNO kalah dalam pilihanraya waktu itu dan PBS menang di daerahnya. Bantuan diberikan kepada ayahku tanpa syarat dan tanpa wang. Alhamdulillah dia berjaya menjadi graduan UM dan bekerja sebagai pegawai kerajaan negeri.

Sebelah ibu. Lahir dan membesar di Johor. Merupakan anak FELDA. Alhamdulillah berkat usahanya dan bantuan dari abang-abangnya, ibu berjaya ditawarkan di UM. Ibu bertemu jodoh dengan ayah di UM. Ayah menyaran ibu menjadi guru. Setelah lulus KPLI, ibu datang ke Sabah menyusul ayah. Dari tahun 1983 ke Sabah hinggalah sekarang. Dalam lebih kurang 10 tahun pertama ibu berada di Sabah, PBS memerintah Sabah. Kemudian BN pula memerintah. Apa yang ibu saya dapati sikap masyarakat Sabah yang dulunya 'anti Malaya' berkurang sejak BN memerintah.

Cerita saya pula. Belajar okay dengan didikan orang tua ku. Selalu gak dapat antara top student. Masa tingkatan 3 nak mohon asrama penuh sebab waktu di sekolah kampung. Entah kenapa tiada borang di sekolah, padahal borang sepatutnya ada di setiap sekolah. Disembunyikan kot, tak nak pelajar cemerlang lari atau bertambah cemerlang. Atau mungkin untuk golongan keluarga tertentu? Wallahualam. Nasib baik mak dengar di radio tentang MRSM. Dapat mohon ke sana dan diterima. Belajar lagi hinggalah menjadi dokter dengan bantuan biasiswa.

Sekarang dah kerja di klinik kesihatan daerah yang agak pedalaman di Sabah. Nasib baik letrik, air dan jalan raya ada. Sayangnya kalau nak melawat beberapa klinik desa dalam kawasan, jalan raya terputus-putus bahagian bertarnya. Bahagian yang paling menyedihkan bukanlah aspek fizikal daerah ini, tapi mentaliti sebahagian besar masyarakat sini. Lebih banyak mengharapkan bantuan kerajaan dari nak berusaha bekerja dan belajar. Masih ramai yang hanya menyekolahkan anak mereka sampai darjah enam atau tingkatan 3. Ada ibu yang kata untuk anak berjaya ke universiti, orang itu mesti ada tanah. Apa pemimpin tempatan mereka lakukan untuk mengubah mentaliti ini?

Ah...sungguh banyak lagi cerita kehidupan yang dapat dikaitkan dengan politik tetapi sebahagian besarnya adalah rahsia kerajaan. Tapi yang saya dapat simpulkan ialah apapun parti politik yang memerintah di Sabah ataupun Malaysia, yang akan menentukan kejayaan seseorang individu atau keluarga ialah usaha dan peluang yang ada, dicari dan terus diambil.

TETAPI, peluang yang disediakan oleh kerajaan pula haruslah telus dan terbuka kepada semua tanpa memilih orang dan latar belakang. Dasar yang dibentuk mestilah adil dan bijaksana agar keamanan yang tercapai. Fasilti yang disediakan haruslah berkualiti dan berpatutan supaya orang tidak curiga ia hasil rasuah. Kerja yang yang diamanahkan harus dilaksanakan dengan jujur oleh semua peringkat kerajaan supaya ia memberi hasil yang bagus. Barulah rakyat tahu yang mereka harus berusaha dan akan berjaya.

Saya harap pilihanraya ini, pemimpin yang terpilih nanti akan menjadikan Malaysia lebih baik. Saya sebagai pegawai kerajaan berharap dapat bekerja dengan ikhlas untuk kerajaan yang terbentuk nanti.

Mohon maaf panjang bercerita. Terima kasih kepada yang sudi baca.

Sabtu, 30 Mac 2013

Inarah Dah Tujuh Bulan

Alhamdulillah Inarah dah tujuh bulan. Dia dah pandai 'Rambo crawling'. Dah pandai sebut ababa dan dada, jerit dari tekak dan macam-macam lagi. Hanum pun dah bagi bubur. Ada yang buat sendiri dan juga beli. Tapi Inarah ni macam lebih suka makanan kita. Hari tu bagi 'Cerelac' campur tiga titik kuah asam pedas, bertambah makannya. Bila bagi dia rasa kuah laksa, sampai melompat kaki dan keluar perkataan maam. Ehhh...comel sangat rasa.

Tapi dalam banyak yang gembira dengan perkembangannya, ada yang perlu lebih diwaspada. Buat masa ini, Inarah dah 2 kali jatuh katil. Uhuhuhuhu......nangis dibuatnya bila tengok dia kat bawah. Kali pertama jatuh, salah Hanum, sebab Hanum bagi dia nyusu sambil baring atas dada Hanum. Tak sangka Hanum tertidur dan balikkan badan. Bergoleklah Inarah terlepas dari tangan. Nasib baik tak kena kepala dulu. Tapi rasa bersalahnya. Kali kedua, baru je berlaku tadi. Hanum nak bersiap tukar baju untuk bawa dia jalan. Letak di tepi katil, tapi adalah jarak sejengkal. Letakkan seluar yang Hanum baru pakai dekat dia dan pergi ambil seluar di almari. Merengek dia nak minta dukung. Tak sampai 30 saat tu dan bup....dia terjatuh lagi. Nasib baik dia tengah pegang seluar Hanum dan ter'flip' dan jatuh dada dulu. Dagu dan muka selamat sebab dia tengah kemam seluar Hanum. Dia terjatuh sebab merangkak kejar Hanum.

Aii....bila anak dah mula pandai rangkak ni, memang tak boleh letak di atas katil tanpa pengawasan penuh. 30 saat je pun dah cukup untuk datangkan kemalangan. I have to make full use of the baby cot. Nanti dia dah pandai berdiri pula baby cot kena tukar jadi sangkar.

Take care people. Pray that we all can care better for our children. NO NEGLIGENCE!

Ahad, 3 Mac 2013

Inarah's First Oversea Travel

Salam semua. Post pertama di 2013. Semoga tahun ni berjalan lancar. Lama nak tulis tapi, memang tak hobi sangat tulis blog. Itu yang menyebabkan baru sekarang Hazwani post. Lama dah post ni dalam draft.

Pada 26 Januari sehingga 31 Januari 2013 yang lepas, Hazwani, suami dan Inarah ke Bandung, Indonesia. Itulah perjalanan ke luar negara pertama kami bersama-sama. Alhamdulillah perjalanan menyenangkan. Nasib baik Inarah hanya breastfeeding, jadi senang berjalan. Waktu itu, Inarah baru 5 bulan lebih. Jadi tak perlu bawa apa-apa makanan. Hazwani hanya bawa satu botol, sudu dan breastpump. Bila breakfast, adalah EBM untuk disuapkan pada Inarah supaya dia pun rasa seperti makan.

Tips untuk traveling dengan baby banyak di internet. Alhamdullillah ianya bagus dan tepat sebagai panduan. Hanum pakai stroller Esprit untuk bawa-bawa Inarah jalan. Strollernya ringan dan mudah dilipat. Tapi di Pasar Baru, stroller jadi troli. Inarah didukung guna ring sling carrier. Hehehe...belanja banyak punya pasal.

Seronok melancong dengan suami dan anak walaupun terover budget. Hehehe...satu je yang tersampai hajat. Selalunya kalau Hazwani ke Indonesia mesti cari salon untuk buat rawatan rambut atau berurut. Kali ni tak dapat sebab masa berjalan yang kurang sesuai dan tak boleh nak tinggalkan Inarah serta spa hotel yang fully booked.Tapi, takpelah. Demi anak, apapun boleh berkorban walaupun 'mommy's time'.

Dalam keretapi Business Class Jakarta to Bandung

Di Pasar Baru. Abah nak dukung guna Mothercare 6 in 1 Baby Carrier