Assalamualaikum..salam sejahtera kepada sesiapa yang sudi nak baca blog ni. Kali pertama buat blog jadi rasa macam rasmi sangat. Padahal selama ini dah buat 'notes' dan kongsi macam-macam di Facebook. Tapi blog lain, sebab blog boleh dibaca sesiapa sahaja. Walaupun orang yang kita tak kenal. Akhirnya, terkumpul juga keberanian untuk mulakan blog ini.
Macam-macam yang boleh dikongsi. Tapi yang utama dan yang buat Hazwani berani nak buat blog ini adalah kerana nak kongsi tentang IVF kami suami isteri. Hazwani sedar macam tak banyak blog tentang pengalaman pasangan yang buat IVF. Lagi-lagi dari orang Melayu. Mungkin salah cari kot sebab tu tak jumpa. Tapi takpelah, Hazwani akan tambahkan maklumat lagi kat internet ni. Dengan izin suami dan Allah, Hazwani mulakan blog tentang IVF ni.
Post seterusnya lebih dalam Bahasa Inggeris, sebab Hazwani dah tertaip 'journal' dan perasaan tu dalam Bahasa Inggeris.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Terima kasih untuk ulasan/komen/pertanyaan.
Saya akan cuba balas secepat yang mungkin. Kalau inginkan maklumblas yang lebih segera, boleh ke FB atau Google+ saya.
Thank you for comments/questions.
I will try to respond as soon as possible. If need a quicker response, you can try to reach me through FB or Google+