Happy at day 4 |
Aktif cam tu dan pada hari jumpa Dr hari kelapan (mula minggu kedua pantang), dah mula tak sedap badan. Rasa sakit sangat lebam perut tu. Nak jalan pun jadi pelan sikit berbanding hari sebelumnya. Hah, pada hari tu baru Dr nampak lebam tu, dia pun nampak terkejut. Nasib baik luka cantik dan nampak dah sembuh habis. Dia tambah ubat prolase untuk turunkan bengkak, ubat darah tinggi sebab darah tinggi masih ada dan suruh tuam ais kat lebam tu. Orang tuam panas bila pantang, Hanum lain sebab lebam. Balik dari jumpa dokter, dah rasa tak larat. Kalau hari sebelumnya boleh dukung anak naik tangga dengan bantuan JumpSac, hari tu langsung rasa tak larat. Waktu ni, mak dan ayah mertua dah balik. Suami pun dah habis paternity leave. Esok pagi, walaupun sepatutnya pergi klinik lagi untuk cek kuning anak, tapi dah tak larat. Rasa sejuk dan bila mak urut, kata kita demam. Tapi ingatkan tu demam pantang biasa. Demam pun okay bila makan ubat-ubat tahan sakit. Jadi bertahan jelah satu hari tu. Tapi untuk jaga2 pagi Sabtu tu SMS Dr, beritahu yang hanum demam dan sakit kepala. Dia terus nak jumpa jam 11 tu. Sampai2 ke hospital, tengok baju dah berdarah. Periksa di tandas, nampak darah keluar dari tempat luka. Penuh pad kita dengan darah sedangkan sebelum ni darah nifas skit. Aiiiii, nak nangis rasa. Dokter kata memang luka terbuka. Darah beku dalam lebam mencair dan cari cara keluar. Ditambahlah antibiotik lagi tapi tak ditahan wad. Jumpa dia lagi pada pagi raya. Tapi bila suami tengok dan bersihkan luka, dia kata ni lebih baik masuk wad. Raya pun tak dapat disambut gara2 luka berdarah tu. Pada pagi raya kedua setelah bincang dengan semua, akhirnya buat keputusan masuk hospital. Pilih hospital tempat suami kerja sebab selesa dan mudah sikit walaupun tiga jam perjalanan. Mak Hanum dapat temankan. Lima hari di wad. Dua hari pertama, darah dari luka masih banyak. Mulai hari ketiga dah mula sikit. Luka pun nampak bersih dan tak bernanah. Tapi paling tak tahan, ubat IV cloxacilin. Ubat tu memang sakit bila masuk. Berkali-kali nangis masa di hospital tu. Rasa minggu kedua pantang ni merupakan minggu paling teruk dalam hidup.
Beberapa hari setelah masuk wad untuk infected wound. Paksa juga untuk ambil gambar bertiga dalam masa tempoh dua minggu lepas Inarah lahir. |
Sekarang, dah nak habis minggu ketiga pantang. Keluar hospital, balik ke rumah di KK. Kali ni langsung tak turun tangga dan keluar bilik. Baby je yang keluar. Mak tolong bersihkan luka setiap hari dengan dermacyn. Makanan tambahan seperti, jelly gamat, pati ikan haruan, sarang burung dan jamu juga kita makan. Kebaikan luka ni terbuka dan darah beku tu keluar adalah, sekarang dah boleh baring mengiring kiri dan kanan. Pada minggu pertama pantang, hanya boleh mengiring ke kiri. Luka pun dah semakin kecil dan kering. Ikut suami dan adik lebih jahit balik supaya luka tu cepat tutup balik, tapi tak sangguplah nak berjarum2 lagi. Sanggup nak tunggu seminggu dua untuk luka ni tutup sendiri. Esok jumpa pakar, nak tanya pendapat dia. Kalau boleh pakai glue, lebih baik. Lantaklah mahal. Minggu ketiga pantang ni, rasa biasa-biasa jelah. Doa supaya luka tak makin teruk dan makin baik jelah.